Saturday, October 15, 2011

Yang di-Pertuan Agong ke-14.. Daulat Tuanku..

Patik ingin mengucapkan tahniah kepada tanah berdaulat Kedah Darul Aman diatas perlantikan baginda sultan negeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah(83) oleh Majlis Raja Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14.. patik Hang Abu (eik pelik je bunyinya) ingin menzahirkan rasa kesykuran patik kehadirat ilahi dan semoga tanah naungan Baginda Sultan berada dalam keadaan aman dan damai hedaknya..

Patik mendapat tahu berita gembira ini daripada rakyat jelata yang mengupdate blog.. sungguh laju mereka itu, ingin menarik trafik laju laju barangkali hahahaha.. mohon ampun kerana patik yang hina ini tertawa sedikit..

Dikhabarkan juga.. ini adalah kali kedua Tuanku ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.. kali pertama pada 21 September 1970 dan berakhir pada 20 September 1975 setelah 5 tahun penggal pemerintahan.. pada masa itu patik belum dilahirkan lagi dan ayah patik Hang Lebat Misai entah dimana gamaknya..

Perlantikan Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pemerintah negara akan berkuatkuasa pada 13 Disember depan.. daulat tuanku..

Ah! fail gila aku berbahasa istana..hahahaha...
Aku dah tak ingat dah turutan turutan Yang di-Pertuan Agong selepas belajar kajian tempatan masa sekolah rendah dulu tak silap aku, ohmaigot.. tak pe la yang penting kita taat, jangan buat onar dan menjadi rakyat Malaysia yang berguna itu pun dah kira cukup.. syukurla kita dikurniakan negara yang aman dan makmur.. ya dak?..

ni masa aku pegi outstation kat Negeri Sembilan, singala begambar kejap kat area Istana Besar Seri Menanti sambil mengambarkan kehidupan beristana zaman silam di situ, dan patik sebagai Hang Kebun huk huk huk... baca kat sini untuk istana di Negeri Perak pulak.. sebab dulu tengok dalam buku text je kan.. so, kalau jumpa istana istana ni aku jadi batak gila..hahaha... siapa tinggal negeri yang ada istana zaman silam macam serbuk adabi tu? ajak la aku datang kat tempat korang.. excited ni nak ber backpacker satu malaya bajet mat saleh hitang..

ps: quick update nak ke lowyat jap lagi..

30 comments:

muhamad hanif said...

patutnya letak gmbar sultan lah. Gmbar sendiri pulak ?



AHHAHAHAHA

dill said...

promote diri sendri. ucapan pasal Agong. haha!

dill.

ABU said...

Abisla semua letak gambar agong.. Aku buat yg lain pulak hahaha..

Dill: hahaha.. Ussshhh!

APAN said...

nanati murka agong baru ko tau.haha...x pasal2 kena buang daerah ma...

onie said...

ohman! hahaha....pssstttttt! nak p lowyat beli pa abu weiiiii?

adwafarahin said...

ntah nk tgk gmab sultan skali scroll
erk? gambar abu?

hahahah gurau2!

wunny said...

haha apsal kau blaja kajian tempatan psl agong?

lama tak singgah. haha xD

Lea Isnawi said...

sokong ckp hanif tuh

hahahaha

patutnya letak gambo bakal agong la

ABU said...

aigh.. Baru nak feeling feeling hang kebun yang comel.. Korang dah potong stim.. Waccha!!

izzad b* said...

eh, istana seri menanti!tempat ku nie!!!

anamizu said...

gua org PERAK weh abu.
taruk la gambar ko pakai
baju melayu 1 suit..
baru le ngam dgn entry :P




luv,
cik ana

~SaL IjOu~ said...

turutan Yang di-Pertuan Agong..aduh yg ni aku mmg ke laut~ (--")

delarocha said...

dapat Agong baru kita :-)

ena meina said...

ptt nye ltk lh pic agong,nh abu plak..xplah in de future mybe..hehe :p

Azham Vosovic said...

Yeay, Agong kali ini adalah dari negeri patik hehehehe

Anif Abdullah| AA said...

agong pon ada masa nak p lowyat eh..hahak *larik

Anif Abdullah| AA said...

agong pon ada masa nak p lowyat eh..hahak *larik

naim said...

salam alaik bro

datang bertandang ke blog bro.nice bro

nak tegur cikit

bukan BARUL. tetapi darul bro.. cepat edit..hehe

Daulat Tunku!! sebagai rakyat kedah. ceq qasa bangga..

^^^

Gen2Merah said...

ahahahaha.. ingatkan gambar agung tu.. ehe

Daulat Tuanku

Bidadari Syurga said...

heeeeeeeee... sungguh indah bahasa istana tu.... lama tak singgah sini....

Afzainizam said...

Merafak sembah kebawah DYMM Sultan Yang Di-Pertuan Agong ... Daulat Tuanku...

Apa pun dibawah Payung Negara Aman dan Makmur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jamming show Volume 10

deeya said...

izinkan patik bertemu dengan Hang Lebat Misai wahai Tuan Hamba .. patik berkenan sungguh pada yg empunya name . sungguh klasik gerangannye itu =p

Cik TeN10 said...

awatnye gambar Hang Abu ni gelap semacam je.. mesti amik gmbar dr bawah kan? betul tak betul tak ??

hidup sultan kedah ! ehh tetibe lak.. haha :p

[sutera kasih] said...

daulat Tuanku !!!

knapa jgk muka mu yg diletak haha

ciK LyndaWawa said...

lehlaa..pengganti sultan kedah pasni..hohoho

Miecyber said...

Daulat Tuanku...

MyKad Gergasi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Ain Zulaikha said...

hahahaha main2 lah dia ni...
marah YDP kang..

d_LA said...

hang kebun..haha..patik pun nak ucap tahniah jugaklah, mintak maaf patik tak buat entry pasal perlantikan tuanku..harap tuanku x murka

YOUsoF said...

Patik menjunjung kasih, menghulur senyuman... ;)


Semoga Malaysia terusssssss aman. Aminnn.


Gambar tu saja di-edit nak kasi muka kau nampak hitang ke?

sha my heart said...

Aku baru tahu. ketinggalan zaman betul la. Haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!