Saturday, October 8, 2011

Review, Pendapat Aku Tentang Filem Al-Hijab

Wah lama dah aku tak tengok cerita melayu kat panggung, last sekali cerita Nur Kasih yang tak best tu.. dan hari ni aku pertaruhkan duit aku sebab nak tangok first day punya show Al-Hijab.. jangan cakap aku kedekut macam haji bakhil haha.. mungkin korang tahu sebabnya.. secara jujur aku tak tengok lagi KL Gangster yang orang cakap best gila babi tu.. hatta yang passing passing daripada pendrive download free pun.. yaaaa.. ada perkataan hatta disana..

Sekarang mari baca pendapat aku pulak pasal filem Al-Hijab.. mungkin berbeza atau lebih kurang dengan pendapat bloggers Baguses lain yang dapat tiket free tayangan khas tu.. tapi tak pe la, tak dapat free pun aku still tak rasa menyesal atau rugi dengan duit lapan henggit aku haha..

official poster filem Al-Hijab

Tahniah kepada Pierre Andre, beberapa tahun menyepi tanpa filem seram yang best selepas Jangan Pandang Belakang.. ko memang masih hebak pasal bab bab cerita hantu ni.. gua tabek sama lu..

Al-Hijab adalah filem seram yang sangat ringkas, sangat mudah untuk difahami.. dan sesuai sangat dengan orang macam Kita ni.. hantu dia pun memang macam betul, make-up dia hidup dan tahap keseraman yang boleh dipuji.. ada beberapa part yang buat aku berasa kemaluan masa dalam panggung, jerit sebab terkezutt.. ni mungkin sebab hantu dia yang nampak macam real dan ditambah pulak dengan kesan bunyi yang mengejutkan.. ya, kesan bunyi dia ok, sesuai serta tidak berlebih lebih bagi aku..

Pierre Andre agak berani dengan menyelitkan unsur humour dalam filem ni.. ketika Bell Ngasri and the gang tumpangkan si Rafael kereta.. memang menjadi lawak kat situ, dan agak seram masa mat indon tu cakap yang si Rafael sebenarnya ditemani awek cun, sedangkan yang lain tengok dia sorang je yang tahan kereta diorang tadi.. tapi sedikit kecewa sebab pengarah tak tunjukkan hantu yang duduk kat belakang hilux bersama sama dengan si Rafael tu.. aku nak sangat tengok..

macam siot hantu duduk kat sebelah dia pun dia tak nampak..

Filem ni sedikit je pelakon dia, tak ramai mana pun.. semua hebat termasuk Nur Fathia yang dikatakan baru memegang watak penting dalam filem.. masa dia kejutkan si Rafael daripada tidur kat atas lantai, Qiss (Nur Fathia) nampak cantek bercampur wajah dengan seram.. serius aku terperanjat time tu hahaha.. I segan..

Apa yang tak seberapa nak menjadi filem ni?.. first, bagi aku 15 minit yang pertama Pierre Andre dengan kebolehan dan pengalaman yang dia ada, dia mungkin sepatutnya boleh buat yang lebih bagus daripada itu.. aku rasa macam tak seberapa best pulak part ni.. aku nak lagi seram.. paling kurang pun tinggalkan tanda tanya/ perkaitan dengan the whole story, ka aku yang kurang faham kat situ hahaha.. 20 minit seterusnya seperti biasa, a bit boring sebab pengarah seperti hendak memperjelaskan lagi awal jalan cerita dia..

wah hantu merangkak.. "hang buat apa kat situ?"..

Second, sedikit pelik dengan Mak Itam yang terhutang budi dengan mak si Rafael tu, boleh pulak dia tahu nombor telefon dan hajat si Rafael yang nak berjumpa dengan dia.. aku berpositif  sahaja bahawa Mak Itam ni kan dah tak ada hijab, meant dia mungkin dah berkomunikasi dengan spesis2 hantu tang hal itu.. ya la kot.. hehe..

Third aliran masa yang agak pelik dimana jangka masa malam dia yang tersangatlah panjang.. mungkin sebab pengarah nak konsistenkan adegan seram dia kot.. banyak sangat perkara yang berlaku pada satu malam.. mungkin sepatutnya Pierre Andre kena pecahkan kot dan letak lagi banyak hantu hantu yang seram haha.. secara jujur, disebabkan hantu dia yang nampak seram tu la aku lagi suka kalau dia padatkan dengan kemunculan lagi banyak entiti.. tapi jangan banyak sangat la.. kang temuntah hantu...

scene yang ni aku tak nampak semalam.. kalau korang pegi tengok, tolong cek ade ke tak de hahaha

Seterusnya, "dubbing" yang fail bagi aku.. kalau aku tengok filem dengan mulut dan suara macam tak ngam emmm.. memang hilang mood aku.. nasib baik la fail dubbing dia tak banyak.. cuma di awal awal cerita jak.. mungkin penggiat filem melayu kena banyak belajar lagi pasal benda ni.. hahaha.. yeah!!

Yang lain korang tengok la sendiri.. tak rugi layan filem ni, paling syok kalau tengok waktu malam, baru ada feel.. aku rasa hijab aku ni tebal la.. sebab tu sampai sekarang aku tak pernah tengok hantu lagi atau seumpama dengannya.. tapi terus terang, aku tak nak kalau hijab aku ni dibuka.. siapa yang nak kan? hahaha.. mintak mintak la aku tidak diperlihatkan benda benda macam tu.. kita just perlu yakin bahawa selain manusia Allah swt. juga menciptakan jin dan syaitan dan mereka boleh berada di mana mana sahaja...
Rating, tujuh point lima per sepuluh Abu Bagi..^^

37 comments:

Hans said...

pembetulan...pierre tak menyepi..selepas JPB dia buat filem Jangan Tegur dan Filem Seru
:-)

scene dalam gambar tu ada...masa part2 memuncakkan adrenalin dalam badan

hohohoho

adwafarahin said...

perhh cter seram mmg adwa pon x tgk la abu..takoooottTT!

ABU said...

hans: terima kasih.. nampak sangat aku tak follow.. :)
aku tak tahu pasal filem tu..

Adwa.:pgi la tengok..tak rugi dowh..:D

asnieda aziz said...

tak bestt pownn cita dye . HAHA :)

Fara E's said...

nak g tgokkk lahh

Bella Bell said...

nanti gua pergi tengok.. :)

sha my heart said...

Pergh, macam terbaik jer filem ni.

Ko review pun Abu panjang berjela, macam tak payah dah tengok sendiri. Haha~ Jangan marah.

Rtp Farra Arisha said...

filem seram best untuk ditonton!!
but most of the feedbacks regarding this film are all awesome :))

cik sakdi said...

abu,kl gangster bukan syok sangt pon. ingtkan abu layan karipap2 cinta..aku xberani la nak tengok cter hantu. takot x tdo malam lak. hahaha

dill said...

oh. belum tgk lagi. rasenye tak cukup semangat nak g tgk. dill penakut

dill.

adidahzubir said...

tahap keseraman yang tinggi pun bahaya bagi aku.
tak pasal pasal malam aku tido bilik mak aku. kehkeh
eh tapi mmg best ek ?

Nalisa Syahira said...

eh , nur kasih best kot , ahha ,

anamizu said...

wohh krtitikal seram ke nih?
aku rase aku akan donlod je cite nk kang..konfem! :P




luv,
cik ana

Abu Huzaifah said...

pergghh!! hntu boleh tahan seramnye...

ABU said...

seram la jugak.. tengok la kalau jenis yg penakut mmg seram tahap dewa la kot.. rasanya hahahaha

khairul akmal bin azman said...

filem yg agak seram.

lg ok


dari rasuk kan2

chemay said...

next week nak pergi tengok.
(even dah basi pon)
heeee
:)

Miscellaneous Smiles said...

huh hantuu

APAN said...

membe office aku ada yg da tengok...ada yg ckp sedap gak citer ni tpi jngan pandang belakang bes lagi.aku, jngan pandang belakang pun lom tengok lagi...cam x feel lak nak layan sorang2.haha...

Syuxer said...

aku baru je tengok trailer..best n seram gak

cam biasa, aku download je..maklumlah susah nak gi tengok kat panggung wayang hehe..

detail gila ko bagi kritikan dan pujian untuk filem neh hehe..kalau terbuka hijab, konfirm bawa kereta pun cam haram nak elak hantu itu hantu ini hehe

Ezad Skytech said...

lagi aq excited nak tengok citer ni....macam best je..:D

Afzainizam said...

sekarang dah banyak citer hantu masuk pawagam..... perrgghhhh musim hantu kot...

apa pun aku belum nengok lagi.... nanti ada masa ku nak gak sabar 2 tiket citer ni nanti...

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
skuter sanyang motor sym

~SaL IjOu~ said...

aku x suke cite antu! hatta yg ada unsur kelaka sekalipun..huhu~

Bro ahmad said...

apa jadi sekarang ni duk citer hantu je malaysia ni..zaman hantu ke apa ni huhuu

Ekmi Rabat said...

review yg padat, bagusssss.. leh masuk list download.

ABU said...

ampeh!! kejam tul hahahahahaha
sama mcm si Syuxer.. nak download sajoh...silakan :P

YOUsoF said...

Cheese! Aku dah rasa seram hatta aku cuma baca review kau ni je!


Kalau aku confirm terkejut lebih dari kau. Tak perlu malu, ntah² orang lain lagi terkejut badak! ;D

Yup yakin dengan kuasa Allah.

amna said...

tak tengok lagi.. ingatkan cerita insaf2 rupanya seram..

[sutera kasih] said...

best ke abu? nnti mau tgkla..mau teriak2 jgk haha

pierre andrea terbaek

syakey said...

komen kalahhhh orang profesional. HAHA

okey, konfem seram sangat sampai ada part yang tak perasan. tgh tutup mata letteww. hahah

Miecyber said...

Seram ooo...

Kantoi

Lieyly ︱ Alia said...

seram sngt ka ?

WZulhilmi said...

aku rasa piere andre(betul ke eja?malas nk check)suka ek berlakon dlm filem sendiri. hahaha.. = ="

Fyqa said...

pehhh nak gak tgkk

anamizu said...

aku rela buta mata je kalo xde HIJAB antara alam kita dgn alam deme~





luv,
cik ana

Kakiwayang said...

filem ni boleh la bagi bintang 3.5/5... walaupun banyak cite hantu skang ni, tapi ni yang cam betul2 layak dipanggil filem hantu seram... pierre memang ada talent bende2 gini... btw, kami pun ada wat review gak kat kakiwayang.com, jemput singgah ya...=)

Aimi Rosli said...

macam memang suka tengok cerita hantu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!