Khamis, 13 Oktober 2011

Kuatnya Pengaruh Filem Tempatan

*serius entry panjang.. tak nak baca sila pangkah ^^

Mungkin korang dah tahu pasal cerita video lucah Mimi one Nation Emcees yang tersebar tu kan.. aku tak tengok lagi klip yang dikatakan tengah hot tu, aku pun tak nak tengok sebab aku tak suka lucah lucah ni.. tapi dalam blog blog dah berleluasa di canang canangkan.. sedangkan filem Klip 3gp tak kuar pun dalam pawagam lagi.. apa cer?!



Adegan seks mengairahkan Mimi dan Fikhree Bakar adalah salah satu scene dalam filem Klip 3gp terbitan Grand Brilliance.. namun menurut Aidil klip itu adalah versi yang ditokok tambah oleh pihak tidak bertanggungjawab dan bukan seperti yang diarahkannya (bharian)..


Aidil jugak berasa bersalah kerana hubungan Mimi dan balak dia si Jojo renggang disebabkan aksi ranjang yang dilakonkannya dalam filem tersebut.. Jojo tidak dapat menerima lakonan Mimi.. tapi Aidil dengan pendirinnya sendiri bahawa itu adalah lakonan semata mata dan ia bukanlah Mimi yang sebenarnya.. tahniah Mimi kerana berjaya menjiwai watak dengan baik sekali (gua.com).. bravo..


Emmm.. aku tak tahu nak cakap apa, tapi bagi aku filem Melayu ni dia mempunyai aura tersendiri, maksud aku dia sangat dekat dengan jiwa penonton, even masih ramai rakyat yang masih kurang menyokong filem tempatan.. tapi mungkin sebab filem dia yang diarahkan oleh orang kita yang sememangnya faham dan tahu jiwa dan kehendak masyarakat kita..  dipendekan huraian, maksud aku disini ialah filem melayu sebenarnya memberi pengaruh yang lebih kuat kepada orang kita berbanding filem luar..


Paling kurang pun kalau filem luar, aksi yang best best.. kita akan cakap..'wah! hebanya dia.. dahsyat gilerrrr', dan kalau aksi ganas, lucah.. kita akan cakap 'Bodoh..macam siot, memang kalau orang amareka!'..  


Persoalan juga timbul apabila sejauh mana kita boleh mengawal anak muda kita yang underage supaya tidak menonton filem filem yang dilabelkan sebagai PG dll.. mungkin sesetengah orang boleh lepas tangan dan menyalahkan ibubapa tentang hal ini.. tapi pengaruh kepada anak bangsa siapa nak jawab..


Sebab tu sebenarnya aku lebih rela melihat aksi aksi lucah atau yang terlampu dilakonkan oleh orang luar berbanding lokonan hasil anak bangsa kita sendiri.. mungkin pendapat aku ni sempit, dan tidak adil kepada industry filem tanah air.. tapi entahla.. bagi aku, lakonan2 seperti itu sangat mempengaruhi anak muda kita sekarang.. ya la dilakonkan oleh MELAYU, beragama Islam, bertutur munggunakan bahasa melayu even ada yang campur2 I..I..You..You... tapi seperti yang aku katakan di atas, ia sangat dekat dengan jiwa kita..


Mungkin penggiat seni akan memberikan alasan.. 'Ingin menunjukkan rialiti sebenar masyarakat kita.. supaya menjadi pengajaran kepada kita semua'.. tapi aku tak yakin ia begitu.. dengan aksi gairah, lucah, ganas, kepercayaan karut, tahyul dan bahasa2 tidak sopan yang digunakan pada aku sebenarnya ia lebih banyak medatangkan pengaruh negatif berbanding 'pengajaran' seperti yang dimaksudkan oleh mereka si penggiat seni..


Berkarya la, tapi tak payah la nak menonjolkan perkara perkara yang over sangat.. buat filem filem yang sesuai dengan masyarakat kita dah la.. sebab tu aku suka filem filem allahyarham Yasmin Ahmad.. bagi aku arwah menghasilakn filem yang betul betul original.. biar filem kita dengan identitinya sendiri.. 


Apa apa pun kasihan kat Mimi.. baru nak terjun dalam bidang lakonan terus dihujani dengan cabaran besar.. bad entrance.. ngko pegi belakon adegan porno macam tu siapa suruh.. agak agak la.. tengok trailer je pun mungkin ramai dah yang mencanak anunya.. kan dah betul betul jadi 3gp, simpan dalam henpon, boleh tengok dalam bilik sorang sorang.. pastu teeeettttt...


Sebenarnya aku dah lama kenal Mimi, of cost la dia tak kenal aku.. sebab dia ni dulu study kat UiTM Menggatal KK, ambek kos Diploma in Science.. dia memang aktif masa kat U, so kira famous jugak la.. sama macam si Mark Glenn One In The Million tu.. 


Sekali lagi, apa apa pun.. selamat berkarya kepada penggiat seni tanah air.. ini cuma pendapat peribadi aku yang sangat sempit.. aku cuma melihat daripada sudut pandangan aku sebagai penonton yang hidup didalam kelompok masyarakat sederhana.. tidak pernah berkumpul bersama golongan golongan artis yang sememngnya Glam.. jangan sentap mak hayam sudeh!!..


Sebab tu aku lebih suka melihat teguran Tun Dr Mahadir terhadap lambakan filem seram secara general.. bukan kepada filem seram sahaja tetapi applicable kepada genre filem yang lain jugak..

37 ulasan:

Unknown berkata...

filem sekarang ? aku dah give up nak g tengok , haha

anamizu berkata...

aku takde feel pon
nak tgk cite nih..huh~



luv,
cik ana

Unknown berkata...

fuh...hot sangat eyh?

mesti ramai nak tgk...

dill berkata...

sewajarnya filem2 dibikin dengan garapan idea kreatif dan kritis pengarah2 tempatan. bukan main tangkap muat. kalau semua asyik nak kejar box office tanpa mempedulikan akhlak dan moral, akan jatuh merudumlah skala moraliti anak2 kita.

tidak terbatas kepada Muslim sahaja. turut memberi impak kepada bangsa lain. rasanya agama masing2 menyuruh penganutnya supaya menjaga keaiban dan kesucian masing2.

media massa memang memberi impak. sekarang ni kita tidak boleh terima 100% apa yang disajikan. perlu penapisan maksima. harap semua guna akal yang dikurniakan Tuhan.

yen(toka ziizokukuto) berkata...

zaman skrang,,,
dulu aku nampakbudak 4 tahun,,layan blu kat cc,,,bila tanya pandai lak dia jawab,,,umur dia 4 tahun,,gila,,,

adwafarahin berkata...

klu kita x sokong filem sendri sape lg kn..

tp teguran Tun Mahathir sgt btl la.

vendoline berkata...

susah nak cari anak melayu yang ckap pure melayu skrg

Tanpa Nama berkata...

bad3..
apela dyorg ni..xde idea laen ke nk wat cite?come on la

Abu Bagi berkata...

sebenarnya aku bukan cuba try nak kondemkan filem klip 3gp tu ya..atau mana2 tajuk filem yg lain..

akupun bukanya bagus sgt pun..keh keh..

cuma aku rasam macam something je kalau orng kita yg over sngt menculah dalam filem..

kalau filem luar aku tak kesah.. aku layan..hahahahaha..

aiEz berkata...

suka filem yg berunsur islamik..tp boleh dikira sangat berapa jer filem mcm tu...

dill berkata...

abu, ejas balik code chatbox. haha!

dill.

adidahzubir berkata...

dorang cakap cerita ni pengajaran untuk anak muda.
tapi method tu salah.
banyak lagi kot nak bagi pengajaran.
buat filem filem macam ni, aku tak rasa pengajaran tu ada.
kalau dah filem tayang aksi yang ada scene2 yang meningkatkan nafsu, kan dah salah ?
pelakonnya pulak melayu, islam.
nau'zubillah.

APAN berkata...

pendapat ko ni boleh pakai gak bro...sensitip gak bila tengok orang kita wat aksi ranjang dalam panggung...mmg filem2 gitu bnyak unsur pengajaran tpi unsur negatip lagi menonjol kot...haram jadah pe pesan jngn tinggal solat, tpi dia tu gi clubbing...bukan pengajaran dah tu.dah jadi mcm permainan lak...

[sutera kasih] berkata...

baru tgk td pasal klip 3gp d TV3..ada sedutan2 skit, mmg agak beranila babak2 tu..aku pun x tgk lg video yg digembar gemburkan tu. esok kan tayangan filem tu? tgk siapa yg serbu haha..dari sudut positif, mmg byk pgjrn, tp mgkin dr aspek storyline tu xdpt nk komen dulu sbb kena tgk dulu kan..if mcm agak over, pihak penapisan la yg patut cut apa yg patut.

Unknown berkata...

serius bro ketingalan lagi huhh malunya..ingat citer seram je XD...KALAU NK TAPIS BAIK ELOK2

Unknown berkata...

hahaa . entahlah bu .. mana yang siuk , aku tengok jak .. tapi tu lah .. haish , susah baaa ..

aQimie Ceplos berkata...

aku tak kesah kalau tgk video2 porno dr orag luar macam maria ozawa dn seangkatan dgn nye.
tapi aku tableh tgk bangse sendiri yang lakon kan.
ade rase mcm tett sikit.

Unknown berkata...

ujian ujian ujian, huhu

ciK LyndaWawa berkata...

baru semalam terbaca sal mimi tu..dia kata tu shoot ofline..tapi leh tersebar...ofline ataupun inline...dosa tu kena pk jugak..

Cik TeN10 berkata...

setuju ! boleh buat karngan ni.. banyak isi-isi penting yg dihuraikan dengan baik sekali.. kalau la aku ble tulis mcm ni msa peperiksaan bahasa melayu kertas 2.. mesti aku dapat A++++ ..!

lebih byk mendatangkan impak negatif beranding kesan positif.. really agree !! tunjuk benda2 yg kurang sopan mcm tu.. aku rasa itu bkn satu cara yg baik untuk mmberi pengajaran yg berkesan.. aku tgk iklan cite pun dh mcm xsggup nk tgk.. sebab mak aku kata jangan tengok benda2 xelok.. nanti akal tumpul..

harrazdani berkata...

alasan standard....hanya mengikut skrip dan tidak lebih dari itu....

littledolphin berkata...

filem yasmin is the best!

citer lain? hmmm...

well,memang ianya reality but then tak yah lah nak over sgt adegan mcm tu. -.-

kalau dah bawa impak negative tu,reality or not,pandai2 lah paparkan relaity itu secara indirect.ini direct terus!

Unknown berkata...

huhu..nanti nak g layan al hijab lak..

N U R A L Y N berkata...

to la..alyn pon ade dengar jugak..n setuju dgn abu statement di mna,pengiat seni kate na tunjukkan kehidupan realiti masyarakat melayu supaya jadi pengajaran tetapi yg alyn tgok mereka jadikan filem to sebagai ikutan..hye,bahaya bile ade yang ta boleh pisahkan mne satu baek dan buruk.

Unknown berkata...

sokong!!!
klu ya pn mo bagi pngajaran janganla guna method yg mcm tu.. cntohny filem remp-it, korang ingat ada x yg ambk pngajaran dr crta tu?? xde nyerr... rempit2 lg semangat nak tiru aksi2 dlm filem tu ada laa...

YouSOF berkata...

Kesian dekat artis bila terjadi kes macam ni. Tahulah tuntutan kerja, nak bagi komitmen yang tiptop. Tapi komitmen terhadap Tuhan apa cerita?

Aku sokong kauw! Pengaruh filem melayu memang kuat. Pengajaran tu mungkin lekat dalam kepala 10% penonton. lagi 90& tu dapat apa?

Dapat tiru bahasa kesat, budaya buruk yang kononnya bertujuan nak mengingatkan. Terbaiklah!



Rindu aku nak tengok filem melayu islamic macam SYUKUR 21 tu!

fana.akim berkata...

haishh..pengaruh filem memang kuat..lagi lah budak2 zaman sekrang mmg cepat betul ikot..haishh..

Afzainizam berkata...

EEEMMM kalau taka ada benda gimik mana nak laku filem tu.... tapi kan banyak kontraversi yang akan melanda lepas tu... payah nak jawab tutup semua tu

so jalan selamat adalah buat lah pembaharuan sikit buat filem kearah keinsanan tak ada yang nak pertikaikan nanti

Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta

nurfatiha blacky berkata...

amboii. bekem teh. haha. betol2. baru je bace psl ni. konon diorang igt berlakon, diorng igt boleh buat benda yang entah pape, tgkk tak psl2 hubungan dgn pakwe kureng. amboii

Unknown berkata...

pengarah2 ni buat filem untuk siapa tengok ye??
untuk orang agama apa tengok???kalau untuk orang islam kenapa perlu ada aksi2 kotor dan bahasa2 tak elok ye..sedngkan dalam islam kita cuma boleh menonton filem2 yang tak de aksi2 lucah,kata2 kotor,ayat maki2...
perbuatan2 yang tak elok...
kalau kita pi tengok haram hukum nya...

Azza Azman berkata...

memang sangat sangat geli okay tengok cerita tu... tak sopan langsung adegannya...

TIPS BELOG BUAT SEMUA BLOGGER BARU

SIAPA PEMBACA BERTUAH KE 100,000?


tak suka juga cerita rempit2, bohsia lah.. eiiii menyampak tengok lakonan budak poyo..

Azza Azman berkata...

Mana lagi cerita cerita bagus macam NUR KASIH tu? kenapa? sebab ia tak membawa juta juta keuntungan pengarah pun tak nak buat?


WE WANT MORE NUR KASIH!

atiqsalleh berkata...

tue la pasal. even ada mesej yg nk disampaikan.. tapi tak tersampai yg positif.. yg sampainya negative je...
agree dgn entry nie.. yg peliknya.. bila cter tue ada berkisar tentang agama.. tak depulak meletop2..

Maira Quee berkata...

setuju pendapat awak..maira tak suke filem skrg bnyak yg tak bermoral..rakyat Malaysia seua boleh rosak sebab filem2 nie..pengajaran filem tu 1 je tp benda tak bermmorak tu 100..xpatut btul..

Tanpa Nama berkata...

Sheesshh, ni mmg boleh rosakkn otak --

Adik kte tgk cte kl gangster dah start maki2, belasah2 >< Lepastu mmg kne tangan la :D

Addin berkata...

nasib tak rajin tengok filem kat wayang . haha

Tanpa Nama berkata...

kyrie shoes
kd 12 shoes
michael jordan shoes
fear of god outlet
golden goose
bape
goyard outlet
off white
yeezy boost 350
kyrie irving shoes

Babab.net