Thursday, September 15, 2011

Perutusan Khas Sambutan Hari Malaysia

Terbaca dalam FaceBook, PM bakal mengumumkan beberapa perkara penting dalam perutusan khas sambutan Hari Malaysia nanti.. waahhhh apa la tu konon.. macam gempak je.. cukai kah, subsidi kah, gaji kerajaan lagi kah.. apa kah.. terujanya aku!!

En PM, ko buat la yang terbaik tuk korang boleh memenangi hati rakyat ni.. aku kalau boleh biar kerajaan buat jambatan menghubungkan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.. baru la satu Malaysia.. sapa tau kan, logik tak logik, cipta rekod dunia.. apa je yang Malaysia tak boleh buat.. Malaysia Boleh!! ye dak..


Tak yah besar sangat la.. kalau boleh wujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kat Sabah dan Sarawak tu.. rangsang ekonomi kat sana, pastu tak yah la kitaorang datang sini ramai ramai cari kerja.. kasihan kat mak bapak kitaorang kat sana.. sedih anak dia jauh jauh merantau pegi cari duit lebih kat semenanjung ni.. ini baru cakap yang pegi sini cari duit.. tak cakap lagi yang jobless atau kerja gaji tak setimpal yang ada kat sana tu.. see harap harap kerajaan pusat dapat melihat situasi sebenar apa yang berlaku.. ingat, tak lama lagi mengundi!!

Apa apa pun selamat menyambut Hari Malaysia, mari kita bersatu padu.. tak nak gado gado, hidup aman damai.. jangan rompak kedai mamak, tak nak main main acid, tak nak bunuh bunuh, rusuh rusuh bagai.. duduk diam diam depan tibi goyang goyang kaki..hahahaha

Ura ura mengatakan mungkin pilihanraya akan diadakan hujung tahun ni, ya ka?! pesanan tuk PM.. tolong letak calon korang yang terbaik kat Zon Silam.. aku nak ngundi ni.. kalau calon macam apa, tak bersemangat, haprak, hangat hangat taik babi buang masa je nak undi.. baik undi calon lain yang lagi best.. zazzzzzz....

25 comments:

nub said...

naiss

hehheee =)

vampire's lovex said...

pehhh abu ke ni ??

hahaha gengster ahhh..geng jom.....:P

Fara E's said...

aku tak tao paperw pown , wuuuu

Aki said...

pandai juga ko maen politik ah boski.. ho ho ho..

syrupmasin said...

ohh nk ngundi dah ke??

abah khalisha said...

gaji kakitangan kerajaan dinaikkan..abah yang swasta ni??adehhhh
Siapa Nak Pahala Percuma

leya said...

kemain brsemangat mat sabahan nie hehe..kire lps dh buat jmbatan tu bole le ulang alik tiap2 mnggu ek xde hal punye...:P

YOUsoF said...

Zazzzz.. Harap² hari ni En. PM bukak blog kotak kosong ni..



Tapi bab peluang kerja kat sana tu aku paham la sebab ada kawan dari sana jugak, pernah tu dekat 3 tahun dia tak balik Sabah gara² tak cukup wang nak balik sana..

ABU said...

tiga tahun tak balik..ayohh!!

Rtp Farra Arisha said...

ewahh ewahh..dgn penuh emooo kmu menulis ini ya, abu?? haha..sabar..

let's we see together apakah berita yg bakalan disampaikan..moga ianya berita yg bisa menggembirakan semua rakyat malaysia..

have a good day abu!

apik pehe said...

hahaha..takmo ngundi laaa

Christian Tadeo said...

hello, nice blog you have, i am thinking you might like to exchange link with me so i can visit you everyday if i have my time, if you want to please visit back here and comment on the exchange link section so i know, thanks! http://literasura.blogspot.com

Syuxer said...

wat jambatan hubung semenanjung ngan sabah sarawak..perghhh panjang gila KM nye heheh..angin kuat lagi..gelora laut hhehe.apapun x de mustahil kalau ada usaha..

aku pun tak sabar nak mengundi hehe

taoslayerz said...

yay esok cuti..hahaha

mesti ramai yg suka akan esok cuti

abah khalisha said...

kita tunggu dan lihat malam ni...eh rasa mcm dah komen je td kt atas..hehehe
Siapa Nak Pahala Percuma
Abah Hepi Mood

YOUsoF said...

Kau patut bersyukur selalu...

;D

dill said...

harap2 berite gumbira :)

dill.

~SaL IjOu~ said...

iye..mudah2an bite gumbire~ =)

APAN said...

luahan hati seorang pengundi ni...aku pun memikir gak nak mengundi ke x kalau de PRU nanti.haha...

delarocha said...

nak dekat pilihanraya ni mesti macam2 rakyat dapat... huuu

adwafarahin said...

slmt hr malaysia abu..adwa x daftar ngundi lg -___-

ABU said...

adwa sila daftr cepat!!!

btw text perutusan khas dah release.. akta ISA di mansuhkan..itu jak.. yaaaa... sejarah besar negara ni.. :)

harrazdani said...

mansuhkan ISA rupanya .....hmmm pru dah dekat bro

[sutera kasih] said...

iya bah..cuba bykkan lagi kerja di sabah ni..huhhhhhhhhhh

Afzainizam said...

Jalur Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Hari Malaysia besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda
-----------------------------------
Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
16 September Hari Malaysia,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.



UIHHHH KLU BUAT JAMBATAN TAKYAH NAIK FLIGHT LERRR
-----------------------------------
Salam Hari Malaysia Pada Semua
-----------------------------------

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tip membeli motorsikal second hand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!