Saturday, September 24, 2011

Operasi Menyelamat Kucing yang Terperangkap

Ini adalah entry bergambar..
Pada suatu suatu petang yang indah terdapat seorang sahabat berjalan kaki bertujuan untuk mengambil angin di salah sebuah kawasan di Subang.. tiba tiba... jeng jeng jeng...

dia terdengar bunyi anak kucing yang kuat seakan akan meminta pertolongan (tolong tolong!!) datang daripada sebuah kereta berhampiran yang diletakkan di tepi jalan.. beliau mendapati kucing tersebut terperangkap di dalam engine kereta dan beliau cuba menyelamatkannya, kasihan kat kucing tu huk huk.. ekoran kesukaran yang dihadapi, beliau terus menghubungi pihak Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam..

pihak Jabatan Pertahana Awam cuba sedaya upaya menyelamatkan anak kucing itu tanpa mengapa apakan kereta tersebut.. korek punya korek jolok punya jolok tapi tak dapat gak nak selamatkan.. kejadian turut disaksikan oleh orang ramai yang berada disekitar kawasan tersebut..

namun dengan kepakaran yang kurang sedikit berbanding pihak bomba, mereka masih gagal untuk menyelamatkan anak kucing itu sehinggalah kehadiran pegawai bomba yang lengkap dengan kereta pemadam api mereka.. "tabek gua sama lu orang!!"

tanpa disedari oleh pemilik kereta yang pegi minum kat kedai mamak tengok game MU lawan Chelsea mengkali, pegawai bomba mengorek kereta cuba untuk melihat bahagian atas engine kereta tersebut.. "kot kot kucing tu ada kat situ"..katanya..

sementara anggota yang lain menyelongkar bahagian dalam kereta.. hebakla bomba ni, demi seekor anak kuceeen.. pemilik kereta masih tidak muncul kerana mungkin masih meraihkan kejayaan MU pada masa itu..

akhirnya dengan usaha bertungkus lumus oleh mereka semua anak kucing hitam yang terperangkap berjaya dikeluarkan daripada engine kereta tersebut.. oyeh!!

orang ramai yang menyaksikan operasi menyelamatkan anak kucing yang terperangkap itu memberikan tepukan gemuruh kepada pasukan Bomba dan JPA yang berjaya menyelamatkan anak kucing tersebut..

atas perasaan simpati terhadap kucing tadi yang tidak memiliki rumah/ tuan.. saudara yang menghubungi pasukan penyelamat yang pakai baju color hitam dalam gambar kat atas tu.. tuuu kat atas.. dia mengambil anak kucing tersebut sebegai kucing angkat.. kini beliau memiliki berpuluh kucing yang dahulunya homeless untuk diberi perlindungan..

"Saya mengalungkan jutaan penghargaan kepada Jabatan Pertahanan Awam (Kelang), Bomba Subang Jaya dan IPD Subang Jaya kerana memberi bantuan kepada saya utk mengeluarkan kucing yang tersepit dan terperangkap didalam kenderaan. Dgn kepakaran sendiri, saya gagal menyelamatkan kucing itu kerana tuan punya kereta tidak muncul2." Shrul Nizam (saudara berbaju itang).. 

.....tamat....
jalan cerita sedikit diolah oleh penulis (abu)

Kepada sahabat blogger anda dijemput tuk join site Persatuan Perlindung Kucing  Selangor dan Kuala Lumpur (PPKSKL).. semoga dengan ini kita dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perlunya perlindungan terhadap nasib kucing makhluk kesayangan Nabi Muhammad swt. yang terbiar serta tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.. 

ps: sila jangan menganiaya kucing.. jika anda menghadapi situasi seperti di atas anda boleh menghubungi pihak Bomba dan jugak JPA untuk membantu anda.. demi untuk menyelamatkan NYAWA KUCING..^^

49 comments:

blog-tips-kurus said...

sungguh dramatik ops kucing ini. murni sungguh usaha kalian semua.. syabas JPA & Bomba!!

*besar pahala tolong kucing. :-)

Umie Artoqiemie said...

terharu gila aku baca.. sebab aku salah seorang kucing freak :)

adwafarahin said...

waaaa hebatla :)

rara pinkmafia said...

wahhhh tangkap kucing dgn bersungguh2.cayalah.

budakampung said...

hebakk ah! :D

leya said...

cmne plak kucing tu bleh ade kt tmpt enjin tu plak? macho la abg2 bomba n jpa yg tolong tu..fiiweett

harrazdani said...

alhamdulillah...kalaulah semua org prihatin mcm ni..aman dunia

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

siap bomba dan jp tu tlg..:) untung kucing tu,masih bernyawa.

Fathiah Hamim said...

perghhh dah kenapa la yang dia pi masuk enjin kete oranggg.

murah rezeki abam colar itang nuh

muhamad hanif said...

wooo..

mcm superhero dah ni..

cool !

Edy Fee said...

supermama..
haha yang kucing tu pon buang tebiat masuk smp ke enjin nak apply jd mechanic kew

YOUsoF said...

Syabas untuk kalian terutamanya saudara berbaju hitam yang sanggup bersusah payah demi keselamatan seekor kucing hitam.. ;)


Ni kes bila ni Abu?

ABU said...

18hb ari tu..hebak kan!! jom join PPKSKL..:D

chemay said...

rindu pulak kucen kat rumah
:(

meaw said...

kesina kucing tu,nasib takdak pape

anamizu said...

wahhh! ni mcm SUPERbomba! kekehkeh
sipbek kucing tu x pape :)









cik anamizu :)

dill said...

tucen, takmo main2 kat enjin lagi ye. bukan takat jadi hitang dah. rentung terus nnt

dill.

Abu Huzaifah said...

orang malaysia pun sgt prihatin :)

Hans said...

terima kasih pada abang2 bomba

~SaL IjOu~ said...

wah..begitu nekad & bersemangat!~ =)

Nalisa Syahira said...

fuhhhhhhh , gara gara seekor kucing .

APAN said...

aku ingat ko dah yg baju itam tu bro...siap datang ngan loro besar tu ye...kucing je pun...kalau gajah besar mana la lori nanti.haha...
tp...pe cter pasal tuan keter tu?dia tau x?haha...

[sutera kasih] said...

terbaeklah bomba & JPA..terima kasihhhhhh sbb selamatkan kucing tu :)

ABU said...

dia tak tahu la kott sebab kereta ditutup seperti sediakala, seperti tak de apa yg berlaku..kepakaran bomba, hebak..huhuhu..

i am S!L4H.. said...

kucing itam. wuwuwuw

Fara E's said...

bomba memang awesome !

adan said...

syukur la.. sedangkan kucing memerlukan pembelaan yg sewajarnya dari kerajaan.. apatah lagi rakyatnya.. hehe

Cik TeN10 said...

ahaa i suka kucing jugak!! naseb baik la ade org yg baik hati dan prihatin mcm tu kan.. :)

aiman fanboy k-pop said...

demi seekor kucing,...ermmm.......mmg hebat!
nice entry one!

cik sakdi said...

pergh sungguh suspen olahan abu sampaikan aku berpeluh peluh nak tau kesudahan cter ni. haha nasib baik xpayah kokang kereta tu kan. syok sgt tuan kereta tengok MU. haha

Rtp Farra Arisha said...

ha'ahh, hebat la..but then, all things need sacrifice including this case..sayangilah nyawa seekor kucing :)

Liyana Zahim said...

Kucing pun ada nyawa.. Nyawa tu pnting! Siannye kat kucing tu.. Jgn men2 lam enjin da pahni okeh? Men lam ekzos tape.. Herherher..

schaze zainn said...

baik hati sungguh sanggup selamat kucing tu :d

sangat respect beliau :D

amna said...

wah! mulianya hati..
alhamdulillah :) syukur semuanya selamat~

amna said...

wah! mulianya hati..
alhamdulillah :) syukur semuanya selamat~

Zul Fattah said...

ooo.. cam tu eh.. tp ada kes yg jaga kucing terbiar, x beri mkan.. kecian kat kucing tu

Lieyly ︱ Alia said...

awat rmai sngt wat entry sal kucing , kucing alia kena belah ngn moto smpai terkeluar kulit.. T_____T

nsib xmati..

Ummi_R❀salici❀us said...

masih ada lagi yang prihatin dengan haiwan camnih...
like! Tuhan saja yang dpt mbalasnya :)

Afzainizam said...

kesian kucing tu ... nasib baik lahhh ramai yang simpati berusaha sedaya upaya menyelamatkan hanya seekor kucing yang tersepit tu....Tahniah dan syabas pada pasukan Bomba dan JPA

Tiadalah (haiwan) yang melata di bumi dan tiada pula burung yang terbang dengan dua sayapnya melainkan semuanya itu umat seumpama kamu juga" Surah Al-An'aam 38

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta

Firdaus Kasim said...

ingat ke kucing tu dah masuk dlm enjin kete.. mcm susah je nk cari.. hehe

link blog kau dah aq masukkan dlm bloglist.. tapi aq x jumpa pun blog aq dlm ni?

ciK LyndaWawa said...

walaupun kucing itu hitam tapi comel...=]

syrupmasin said...

perghh mcm tuh sekali kucing tu diselamat kan..

alif haris said...

hehe ..kucing aku dulu aku jumpa dlm enjin kete mak aku ..nth amna datagnya .. aku pn bela smpai skrg ..

aiEz said...

ak ske kucing tu selamat...ak mmg suka kucing...

haiwan kesayangan nabi ni,so kiter jgn wat naya..tak kira la kat kucing ke apa,utk segala bnda yg bernyawa ni..:)

Eera Shera said...

baiknye..tabik la kat dorang semua!

syakey said...

sampai begitu sekali... kesian kucing tu,trauma gamaknyaa

amir aizat said...

terbaik lah!

Addin said...

baik sungguh hati orang tu :) kagum

Azham Vosovic said...

saya kureng ckit dgn kucing ni.... takut heheheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!