Monday, September 12, 2011

Cukai 6% Pembelian Reload Prepaid Membebankan Rakyat Jelata

Di istanakah rakyat jelata!? hahaha.. Baru baru ini kecoh seantero alam pasal cukai 6% pembelian reload prabayar oleh syarikat telekomunikasi.. mau tak bising kalau pasal tax yang difikirkan tak wajar oleh rakyat.. harusla membebankan, tambah tambah lagi yang banyak pakai prepaid ni adalah golongan pelajar.. rasanya diorang la ni yang paling kecoh dalam laman sosial dan blog blog..

Sehari selepasa tu, sebab ramai sangat yang tak puas hati kuar pulak statement daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.. begini katanya.. 

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.  

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya selepas melancarkan logo baru Maybank di Menara Maybank di sini, hari ini.  

 Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri" katanya.. BERNAMA.. 


Kalau betul la, suka hati jak dorang ni kenakan cukai 6%, tak bincang dulu.. tiba tiba je kan, ingat sikit ke tu.. cekik darah tul dorang ni, tak fikir ke pasal rakyat.. dah la harga barang makin mahal, astro naik, minyak naik, kos hidup makin tinggi, gaji pulak tak naik naik..huhuhu.. jap tekan kokulator dulu.. kalau pelajar lagi cam mana? bayar pakai duit apa.. pinjaman?..lalalala.. ayat ayat cinta pelabur topup tegar..

Kalau fikir logik betul la jugak kan.. kalau tak pakai talifon pun susah la hidup.. takkan nak pakai public phone.. tak remaja la kalau macam ni.. dah la tak mobile, tak canggih pulak tu.. teknologi ke hadapan, bukannya kebelakang..ya dak?.. orang nak yang lebih praktikal..

Tapi dari sudut pandang yang lain, sebenarnya ada jugak kebaikan dorang kenakan tax ni..hehehe... jom kita berfikiran positif pulak.. dengan tax 6% orang dan tak nak beli topup dah banyak banyak, so boleh berjimat disitu, pastu tak de dah gayut lama lama menyebabkan radiasi kepada otak.. boleh pakai tak kepositifan aku ni? keh keh..

Apa apa pun kita tunggu keputusan darpada pihak yang terlibat.. kena tax ke tak kena tax..

ps: dah lama tak beli topup..lagi jimat dengan postpaid even dah lama kena tax 6%..

25 comments:

Dhiya Fariza said...

positive side tu betul jugak, tapi tapi tapi tapi. nasib tak duduk malaysia. malas fikir XD

jalan penyelesaian : skype/ym/ internet senang cerita kot.

sha my heart said...

positif pun ok tapi.. ah, kesian la pada pelajar.

org kaya tak terasa sb dia nak kisah apa, duit banyak.

org susah ni la yg terasa kesannya sebab duit ada sehelai jer. mana nak makan, mana nak bayar sewa, transport lagi, dll.

schaze zainn said...

kalo fikir +ve mmg betul juga.

tp, kite kene pk beban masyarakat juga.

kalo pekerja biasa yg bergaji tak sampai 1k tu mcm mn pulak?

semua benda harga naik. kalo dok kl lg mcm mn? sewa umah, bil letrik.

kalo topap pun naik harga, tak ke kesian masyarakat?

mereka dah untung banyak, tp still nak kaut keuntungan lg.

mmg la bisness tp kene lihat juga komuniti yg selalu guna topap ni.

bunga said...

mmg agak keterlaluan caj tu bg bunga,...walau mmg jarang topup tepon tapi agak rasa terbeban..haaa

sleeping_maniac90 said...

lpas nih ak nk pki tepon tin letak tali tuh... sng.. xyah top up.. haha

dill said...

meraung la sape ade bf/gf tu sbb prepaid mahal. huhu

ngee~

dill.

muhamad hanif said...

nasiblah aku takda henset. So tak terasa sgt.


HAHAHAHAHAH

Addin said...

hahah mau orang tak bising .

harrazdani said...

alasan setiap kali cukai atau harga barangan perkhidmatan naik ialah...mengajar pengguna atau rakyat lebih berjimat....utk pengetahuan..kami rakyat marhaen tak tahu lagi apa yg patut dijimatkan....kenaikan cukai perlu selari dengan kenaikan pendapatan boleh guna..baru betul.

i am S!L4H.. said...

rase nak lempang kat sini.
eh!

haha

APAN said...

aku tak percaya pada statement suami rosmah tuh...
rasanya sebelum ni aku ada baca, tekanan yg diberi kerajaan membuatkan syarikat telco terpaksa menaikkan cukai....
mcm2...

Lieyly ︱ Alia said...

kesian kat budak2 cam alia neyh kalau kena cukai smua tuh..ahaha ! :p

ayat kesian pulak kan ?

Fara E's said...

aku pkai public je , tak mampu nak bli handphone , haha

Peah Glemer said...

lepas ni buleh campak tepon jejauh. mencikk

amna said...

17 juta.. curlas kau maria..
hm, sabo jela dengan tindakan cukai baru kerajaan ni T.T nak tak nak kena topup gak

Saiazuan said...

topup bnyk2.. huhuu

amir aizat said...

dah kurangkan msg, haha

aleen aiden said...

agak terbeban jugalah sbenarnye..agaga~

Syazwan Che Deraman said...

17 juta?.
banyak tu...
kerajaan nak buat ape ngan 17 juta tu?.
beli cincin untuk bini?

abadi romeo said...

Rakyat di dahulukan Pencapaian diutamakan...rakyat dahulu yang kena bayar...

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

SENANG JE GENG! DORANG NAK TERIMA BERSIH...UNTUNG BERSIH.....CUKAI DI KENAKAN KEPADA MEREKA..MEREKA PINDAHKAN KEPADA PEMBELI.....macm marah kan hehehe...cuz aku banyak guna top up huhuhuhh

YOUsoF said...

Walaupun aku jarang topup, aku jugak jarang mesej.. hahaha.


tunggu dan lihat je..

adan said...

aku jarang top up kredit.. tp aku dengar tax tu dimansuhkan.. dan aku harap akan dicancelkan.. haha

Afzainizam said...

Sama ada anda topup RM10.00, 6% atau RM0.60 akan ditolak daripada kredit anda sebagai cukai perkhidmatan. Maka, kredit yang ada pada handphone anda ialah RM9.40 setiap kali anda top up RM10 atau anda perlu membayar RM10.60 untuk membeli top up RM10.

Aku rasa kerajaan ni semakin lama semakin suka membebankan rakyat dengan cukai yang ntah ape2 ni.Tak baik tau bila suka amek duit rakyat ni.Karang tanggung kat akhirat je la -,-
Kalau tak lama dulu minyak naik harga.Sekarang ni nak topup pon kena cukai!!Memang lepas ni aku nak kena kurangkan penggunaan prepaid la.Tak pon mulai hari ni jom kita beli topup banyak2..hehe..sebab sekarang tak kene cukai lagi :D

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

M Fizan said...

kalau aku jadi PM, aku bagi topap free..undi lar aku sebagai PM ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!