Friday, July 29, 2011

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

Selamat hari Jumaat.. wah mesti ramai hati yang berbunya bunga sebab esok hari Sabtu.. ada date latu!.. hahaha.. yala weekend terakhir sebelum masuk puasa..

Btw, quick update.. nampak tak kat sidebar widget 'Tukar Bloglist' sila semak nama anda.. kepada sesiapa yang letakkan url blog ini dalam sidebar korang dan nama korang tak de dalam list 'Tukar Bloglist' tu sila bagi tahu aku.. tinggalkan url anda dalam ruangan komen okay.. semoga perkongsian ilmu, info, tips, tuto dan pengalaman hidup di antara kita semua menjadi lebih interaktif..cewahh!! ya la tu abuuu....

Oh ya ini dia, klik untuk mengetahui Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M.. boleh pilih negeri dan zon kat mana korang duduk.. download dan print terusss.. tepek kat dinding dapur, bilik, asrama atau kolej korang.. ok.. :D

Selesa Dibalut Dengan Kain Kafan

Alhamdulillah demam dah semakin okay.. kira dah sihat la ni kot, boleh dah online sampai larut malam.. terima kasih kepada sahabat blogger yang mendoakan kesihatanku.. tu la besnya ada ramai kawan yang baik baik, even rakan blogger jak kan.. tapi ia tetap doa, bermakna buat diriku ini yang berada di perantauan, jauh daripada keluarga tersayang..

Eik!! napa tetiba ter-On mode syahdu ni!? tau la dan nak masuk Ramadan.. hahahaha..

Nampaknya ramai orang yang tertarik/ tergamam/ terkesima/ takut/ seram dengan gambar yang aku letak dalam entry sebelum ni.. gambar tu sebenarnya dua tahun lepas, kat Sabah masa aku tenga ikut program under Khazana.. itu adalah salah satu slot aktiviti keagamaan, lebih kurang macam kursus jugak la, cara cara menguruskan jenazah..

Disebabkan pada masa tu aku adalah peserta lelaki paling kecik ataupun nama lainya ialah comel.. so aku la yang menjadi mangsa, dipaksa jadi mayat.. sebab size badan macam aku ni tak consume banyak kain kafan, lagipun ringan dan mudah diurus hahaha..

Nak tahu macam mana perasaan aku? uh... best wok!!.. dibalut dengan kain kafan memang selesa, yang aku ingat kapas diorang letak kat area konek aku, dada, pastu ada juga yang kat bawah dagu melilit ke kepala.. nasib baik diorang tak sumbat kapas kat lubang telinga dan hidong aku ni.. masa dia dah lilit lilit dan ikat semua, aku rasa wah selesanya.. rasa macam nak duduk lama lama jak dalam kain kafan tu.. diorang siap angkat lagi dan pindahkan aku/ mayat untuk di sembahyangkan.. cuma aku tak boleh bla masa part mandikan mayat.. sebab diorang geletek aku, ada lagi yang sempat melucah hahahaha.. sib baik ustaz tu spoting..

Tapi sebenarnya masa aku tengok balik gambar yang dorang ambek aku rasa memang seram dowh.. memang betul betul macam mayat.. patutla masa aku dah siap kena balut diorang dah tak banyak cakap, diorang buat je sampai siap.. hujung hujung baru diorang bagi tahu aku yang sebenarnya masa tu aku betul betul nampak macam mayat..

Panduan pengurusan jenazah, cuba klik kat sini.. so, macam mana? bersediakah kita untuk dijemput pulang? huhuhu..
...apakah?

Tuesday, July 26, 2011

Sedapnya sup ayam time demam

Nama pun personal blog.. kalau makan mcd pun post dalam blog, kalau jalan jalan post, kalau beli talipon baru post, kalau berak pun nak post jugak.. podaa hahahaha..

Tapi tak baik juga kalau asyik cerita pasal life kita jak, sekurang kurangnya selang selikan dengan tips ka, tuto ka, info ka.. lagi best.. nanti orang meluat pulak dengan kita, kalau retiss tak pe la jugak kan..hehe..

Ok ini personal blog, aku nak bagi tahu aku MC hari ni,dua hari sebab demam..oyeh!! balik daripada sunway Ahad hari tu terus aku demam.. tula seronok sangat mengkali, tak ingat dunia.. sekarang ni tenga recover, hopefully esok kembali sihat seperti biasa.. arghh!! aku benci ubat batuk!!

Sebenarnya tak de mode sangat nak online.. disebabkan aku ni seorang yang gigih, maka teronline la jugak sekejap.. sekejap kah?.. pasni nak jenguk jenguk blog sahabat, mana yang sempat jak ya.. disebabkan suhu badan aku ni kadang kadang macam water heater, kekadang macam peti ice, batuk dan kepala pusing pusing.. kadang kadang tu pulak nak sangat makan sup ayam.. oh sedapnya kalau time demam..:P

kadang kadang tu time sakit baru teringat pasal mati, manusia oh manusia.. mayat kat atas tu senyum ok.. mati dalam iman kott hahaha.. (gambar masa aku jadi mayat kursus menguruskan jenazah suatu ketika dahulu kala once upon a time..)

Monday, July 25, 2011

Seronoknya berhuha huha di Sunway Lagoon

Hujung minggu kali ni memang superb.. setelah beberapa rancangan yang di atur sebelum ni tak jadi, finally kali ni berjaya.. menghabiskan hujung minggu bersama rakan rakan di Sunway Lagoon oyeh!!.. huha huha seblum masuk puasa diorang cakap..hahaha.. memang best.. sakit tekak aku..

Kalau korang yang duduk area KL atau yang study kat Lembah Klang ni mungkin dah bosan dengan Sunway Lagoon.. aku sebenarnya baru first time masuk dalam team park dia, dulu dulu memang nak masuk tapi tak de kawan nak ajak.. kebanyakan kawan aku suka pegi kat Genting Highland.. dah beberapa kali pegi.. tapi kali ni masuk Sunway pulak sebab boleh main main air sekali, pegi dengan member member yang sporting, memang syok la..

Kitaorang memang target nak masuk awal.. alaa Puchong dengan Sunway dekat sangat, tak sampai 15 minit kott.. masuk awal dalam kul 10am lebih.. konon konon boleh main game time tak ramai orang, tapi rasanya macam sama jak.. tetap ramai, dan hampir separuh daripada diroang tu semua semua datang daripada middle east.. suka sangat diorang dengan Sunway Lagoon ni.. entahla, tempat deorang tak de kot haha.. oh, nak bagi tahu masuk sana tak boleh bawak makanan luar tau, semua makanan beli kat dalam.. harga paham paham jak la..hehehe

Kitaorang beli package RM 75, boleh masuk water park, amusement park, wildlife park, extreme park dan scream park.. beli banyak banyak park tapi sebenarnya tak sempat pun nak main semua.. penat bejalan dan bebaris jak.. game yang bodoh bodoh kitaorang skip.. bagi perioriti game yang best dan game yang tak ramai orang bebaris hehehe..

Masuk je terus ke amusement park, first game jak dah jerit macam nak beranak.. main bendalah yang pusing pusing buat aku pening hahaha.. ada orang tu jerit daripada mula dia hayun sampai benda tu stop.. tak boleh blah.. pegi wiled wiled west main basah basah, dan main rogol rogol seladang haha.. paling best dalam amusement park ni Pirate Ship dan rollecoaster.. yang lain biasa biasa jak tapi boleh buat korang jerit jugak la dan sentap dengan air yang siram korang time tak besedia lagi nak basah basahkan baju..

Masuk dalam scream park memang macam sial.. hantu dia orang betul dowh, dah la takut takutkan orang dengan rupa dia yang hodoh, pastu busuk pulak tu mulut diorang.. bagi aku tak seram la.. cuma tekejut jak dengan cara dia tu nak takutkan orang.. siap tanya lagi jenama kasut kawan aku, adoyai.. boleh hantu buat macam tu..hahaha..

Extreme park pun syork jugak, suka main All Terrain Vehicle (ATV), Paintball, memanah, Jumping Bungee Trampoline dan Flying Fox.. hehehe kelakar ada orang jatuh daripada ATV pastu yang lain sibuk begambar..what the hell la diorang ni hahaha.. kepahlawanan bugis dalam diri aku ni terserlah apabila berjawa memanah tepat ke yellow area..tepat kah? hahaha.. ada tiga game dalam extreme park yang super best Go-Kart, Bungy Jumping dan G-force tapi semua tu kena bayar lain.. kalau tak huhuhu.. memang aku try main sebab semua tu game game yang super extreme..


Abis main flying fox kitaorang terus main main air.. oh seronok, tapi tak semapt nak main semua game.. dia tutup pukul 6pm, wildlife lagsung aku tak masuk, sorang jak kawan kitaorang pegi sebab dia tak main air, dia cakap dia tengok tapir kura kura mengawan dan banyak lagi binatang yang tak pernah jumpa kat tepi jalan..hehe.. oh, gambar time main air aku tak attached sebab ada unsur unsur 3GP hahahaha..
ps: entry autopulblish, aku rasa macam demam sekarang ni.. nak MC..

Saturday, July 23, 2011

Nak Jadi Fulltime Blogger?!

Malam tadi aku berjaya tengok Herry Potter7 second time, kali ni dengan budak budak yang gojes oyeh!! hahaha.. Apa khabar korang, harap semua sihat.. terima kasih sebab singgah kat blog aku ni.. jeles tau, korang ada banyak masa tuk blogging..

Sebenarnya majoriti follower aku ni student, yang selalu singgah kat sini pun kebanyakannya student, diorang/ korang ni banyak masa nak blogging.. korang tak de assignment ke nak buat?.. pegi buat cepat!! ciss!.. asyik blogging jak.. ka pegi beriadah, jangan duduk depan komputer jak, nanti gemok.. hahahaha

Tapi tak pe, sekarang ni korang memang banyak masa.. kalau dah kerja tahu la korang nanti keh keh keh.. untungla kalau dapat tempat kerja yang tak banyak mencuri life korang.. kalau dapat tempat kerja yang memaksa korang untuk tidak berblogging matila korang hahahaha.. saja ni nak takut takutkan keh keh keh.. unless korang nak jadi fulltime blogger.. nak ke?..hehe..

Semalam kawan aku bagi cadangan supaya aku resign kerja..
cakap macam ni dengan dokter (bos aku)..
"dr. saya nak resign..."
kalau dr. tanya napa nak resign..cakap..
"saya dah dapat kerja baru... jadi fulltime blogger"
korang rasa bos aku bagi tak aku resign? hahahahahaha..
bagus sungguh cadangn kawan aku tu.. rasa macam nak sekeh jak kepala dorang satu satu.. keh keh keh..

kawan kawan sila bebaris..aku nak sekeh kapla korang satu satu..hahahahaha.. btw, dorang ni semua kuat makan, itu fakta...

Thursday, July 21, 2011

Look Like Busy (LLB)

Sori la kawan kawan.. jarang nak blogwalking sekarang ni.. almaklumla buat buat sebok, looks like busy (LLB) jak di tempat kerja, aku dah tak tekejar sudah dengan entry korang yang best best dan meletop tu.. aku harap korang tak kecik hati, korang datang melawat aku pastu aku pulak tak buat kunjungan balas.. hehehe bajet retissss jap!..

Apa cerita yang hot sekarang ni ya? kawan kawan kat tempat kerja aku ni dok busy cakap pasal jantan yang tukar jantina tu.. nama dia si Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz.. nama tino dia Aleesha Farana.. aku tengok dalam newpaper siap pakai tudung dan baju kurung pulak tuh, kelas kau maria!! hahahaha.. macam perempuan sudah aku tengok.. kasihan kat dia, semoga dia mendapat hidayah.. tapi kalau dia dapat hidayah macam mana dengan conek dia yang dia dah buang tu!? hahaha.. itu urusan tuhan dengan dia, biarkan jak la dia fikirkan sendiri.. perlu ka aku cakap 'Kubur Masing Masing'..
btw, aku berjaya menggunakan perkatan 'conek' di sini..huhuhu.. maafkan aku jika aku melucah..:P

arghhh!! nak sumbat kain dalam mesin basuh lagi malam ni.. kain banyak tak basuh.. habis sudah baju nak pakai.. huhuhu susahnya hidup membujang.. hahahaha...

gambar daripada BH online.. gigih aku nak scan? haha.. 

Monday, July 18, 2011

Sejarah Lagu Ulang Tahun 'Happy Birthday To You'

Melodi dari 'Happy Birthday to You' atau juga dikenali sebagai 'Lagu Ulang Tahun' telah ditulis pada tahun 1890 oleh seorang wanita AS bernama Milderd Hill.

Awalnya lirik pada melodi lagu itu ialah lagu 'Good Morning to All' yang ditulis oleh adiknya Patty Hill sebagai lagu yang dinyanyikan oleh pelajarnya kepada guru mereka di Louisville Experimental Kindergarten School.. lagu ini pertama sekali disiarkan pada tahun 1893 dan semakin popular bertahun tahun dinyanyikan di sekolah sekolah di AS.

Good morning to you,
Good morning to you,
Good morning, dear children..
Good morning to all..

Patty kemudiannya menggantikan lirik lagu 'Good Morning to All' dengan memasukkan lirik 'Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday, Happy Birthday, Happy Birthday to you..' dan lagu ini menjadi sangat terkenal.

Ia telah diterbitkan pada 1935 setelah dipopularkan pada tahun 1930 ketika dinyanyikan dalam Broadway production 'As Thousands Cheer'.. dan sejak itu ia menjadi mega-hits klasik sepanjang zaman.

Untuk pengetahun korang, lagu 'Happy Birthday to You' lirik dan melodi masih di bawah perlindungan hak cipta, sehingga setiap kali kita mendengarnya dinyanyikan di TV atau radio, sepatutnya royalti masih dibayar kepada penerbit. (kini Warner Chape di AS).

ps: Happy Birthday to me, Happy Birthday to me, Happy Birthday, Happy Birthday, Happy Birthday to me..oyeh!! dah tua.. kubur kata mari!!..:P

Sumber wiki 1 dan wiki 2.

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows part 2

Korang dah tengok tak Harry Potter and The Deathly Hallows part 2..best gila, perfect, aku suka sangat.. aku tengok show malam balik daripada kerja Jumaat hari tu aku tak rasa mengantuk langsung dalam panggung.. superlike dengan final movie ni..

Sedih masa Hogwarts kena serang oleh Date Eater gang Voldemort ahli sihir jahat.. masa sihir pelindung mula jatuh dah aku rasa arghhhh!!.. pastu nampak watak watak yang mati termasuk Fred Weasley oh sedih pulak aku tengok kalau ingat ingat balik masa diorang kat Hogwarts.. dan buat pertama kalinya aku rasa kasihan kat Severus Snape masa dia dah nak mati dibunuh oleh Nagini atas arahan Voldemort.. 

Aku suka dengan watak Neville Longbottom menjadi wira yang berani di depan Voldermot dan membunh Nagini horcrux terakhir menggunakan pedang gryffindor.. oh best sebab semua orang mempertahankan Hogwarts.. ending cerita ni 19 tahun kemudian Harry dan Ginny, Ron dan Hermione, Draco masing masing menghantar anak diorang ke Hogwards di King's Cross Station..




Saturday, July 16, 2011

Aku Memang tak Suka Baby..

Tak suka? bukanla bermaksud benci okay!!..
Entry ni adalah respod daripada entry si Adan yang ini.. serius aku memang 'kurang excited' dengan baby yang baru lahir, yang skin color dia masih merah, baby yang tak bergerak.. biasanya baby berusia 4-5 hari la kot tak silap aku..err..betul? aku main agak jak.. aku tak tahu kenapa, comel tu memang la comel tapi kalau nak banding dengan baby yang dah pandai buat bunyi bunyi ogok!! ogok!!, mata dia dah terbuka, goyang goyang kaki dan tangan dia.. itu yang paling aku suka..comel bangat hahahaha.. bias kan aku grrr...

Lagipun aku takut baby yang baru lahir ni.. aku sentuh pun takut ini kan lagi nak angkat, huhu.. risau je kalau terlepas atau aku pegang kuat sangat baby tu..haha.. dah la kecik, diaaaaam je.. nak kaco kaco dia pun tak boleh sebab baby macam tu asyik tidoo jak memanjang.. hahaha..

Ntah la.. aku rasa perspectif aku ni berubah kot kalau aku ada baby kecik sendiri.. bilah la nak ada baby ni..hahaha... aku nak satu, nak dua, nak tiga, nak empat baby..keh keh keh..
macam ni la baby yang aku takut..^^

Thursday, July 14, 2011

Lowongan Kerja

Argghhh!! sori korang.. aku busy lately menguruskan projek juta juta, hal hal duniawi..keh keh.. tak sempat sangat nak blogging.. sampai minggu depan macam ni la agaknya.. tak sempat nak balas semua kunjungan korang, yang baru follow blog ni pun aku tak pegi follow balik lagi.. sob sob..

Semalam upload gambar WW jak, tengok siapa yang teka dengan betul.. tahniah kepada cucu umie, WZulhilmi, amna , Anif Abdullah @Mr AA, Lieyly ︱ Alia, dill, Syuxer, bunga, deeya, dan Abu Huzaifah,.. tak de hadiah tuk korang hahahah.. ramai jugak yang cuba meneka.. warna warni kehidupan la, cinta la, ya ya je korang hahaha.. next time buat lagi, korang teka ok.. tapi hadiah tak de :P

Gambar kenangan bersama rakan sekerja yang telah pergi.. semoga engkau tenang di sana.. doa kami kirimkan kepadamu agar engkau sentiasa berbahagia dan aman selalu.. ditempat kerja baru.. keh keh.. oyeh!! Ijan, kalau ada lowongan kerja yang lagi bagus bagi tau aku beb..hahaha..

Tuesday, July 12, 2011

Mohd Farizal Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Menghina Lagu Negaraku

gambar daripada mummynemo.com

Alahai kenapa la jadi macam ni.. tu la kalau cakap atau buat status dalam laman sosial kena la fikir dulu.. main ikut sedap jari jak kan.. benda benda begini pun boleh berlaku.. budak U pulak tu.. manalah letak kepala hotak dia.. kalau jahil/ taksub sangat macam ni la jadinya.. benda simple pun tak boleh nak bezakan mana baik mana yang buruk.. dah jadi kes polis, biar polis selesaikan.. semoga jadi pengajaran buat kita semua.. more info klik kat sini.. facebook Mohd Farizal pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)..

Monday, July 11, 2011

Pada Aku Maksud Sebenar Terbang Tinggi Tinggi

Sapa sini tak kenal blog Terbang Tinggi Tinggi, tengok dia dah jadi model Wrangler.. tuah ayam nampak di kaki tuah orang nampak di mana?..hehe.. tahniah Hamzah..

Kalau korang nak tahu, aku sebenarnya sedang menghitung hari untuk balik ke Sabah.. aku rasa taka sabar sangat, setiap hari aku conteng kalender menunjukkan betapa aku homesick sekarang ni.. dah enam bulan aku tak balik ok, lama gila bukan.. sob sob..

Tinggal dua kali gaji lagi aku akan balik bercuti sembilan hari ke kampung halaman desa permai Lahad Datu Sabah.. oh desa la sangat.. so, sekarang ni aku tak boleh dah nak berjimba jimba, sebab nak bajet balek kampung kompom sajoh aku di kikis oleh anak buah aku dua orang tu.. cakap dalam talipon nak kasut la, nak basikal la, nak laptop la matila aku hahaha.. nak beli oleh oleh untuk ibu tercinta dan sanak sudara lagi..uh!! kalsik tak ayat aku..hahaha

Tiket aku dah beli, tapi cuti aku tak mintak lagi... pandai tak aku.. korang jangan tiru cara aku ni, silap silap boss tak bagi cuti luluh hatiku.. menangis sembah ratu kat boss nak mintak cuti hahaha.. mauhnya dia tak bagi, sebelum beli tiket hari tu aku dah conformkan dengan rakan setugas diorang boleh cover aku sepanjang keberangkatanku nanti.. so, aku dah beli tiket siap siap, jangan tak bagi.. harap boss aku baca post ni dan bagi aku cuti lama sikit sebab nampak perkataan 'homesick' kat atas tu.. untungla...

Sebelum aku terbang tinggi tinggi ni, korang rasa oleh oleh apa yang patut aku nak bawak balek tuk mak aku?.. korang rasa patut tak aku bawak balek menantu grrr.. macam ada je kan hahaha..
ps: puasa pun tak masuk lagi sebok nak terbang tinggi tinggi hahaha

Sunday, July 10, 2011

Aku Sayang Negaraku

Aku tak de la nak sokong sangat politik ni.. nak Bersih bersih la, tak nak Bersih tak pe la.. lantak korang la, bagi aku politik adalah candu masyarakat.. politik sekarang ni boleh memecahbelahkan bagsa dan agama.. even satu keluarga pun dah tak macam keluarga dah kalau masing masing mempunyai ideologi politik yang berbeza.. sembahyang berjemaah atau duduk di kedai kopi satu meja pun tak boleh.. apa cer..

Sapa cakap politik ni tak penting.. cuma masalah sekarang ni ialah pengamal politik itu sendiri yang extreme, taksub sehingga sanggup menggadaikan apa yang dipertahankan sejak zaman kemerdekaan lagi.. satu kepala batu.. satu pulak keras kepala.. eik!! apa beza.. hahaha korang fikir la sendiri..

Yang penting jujur, amanah, adil, bijaksana.. semua ciri ciri pemimpin yang baik.. jika engaku betul buktikan yang kau tu betul jika rakyat menginginkannya, sebab engkau memegang amanah rakyat, duit rakyat.. semua hak milik rakyat.. kau hanya bertuah kerana dipilih untuk memegang amanah itu.. tak guna cakap berapi api.. pilihan raya akan datang tak undi kang baru tahu! hahaha..

Aku memang tak percaya seratus peratus apa yang ada dalam media massa kita ni.. kalau tengok berita atau baca surat khabar aku rasa meluat tengok pemimpin cakap entah apa apa, kau la yang hebat, parti kau la yang bagus.. ada pulak tu cucuk sana cucuk sini, fitnah sana fitnah sini.. padahal yang di janjikan dahulu masa nak meraih undi masi tak nampak, rakyat teraniaya dan masi dahagakan pembangunan.. poda!!

Sebenarnya aku memang out kalau nak cakap pasal politik, sebab aku tak ambik port sangat, aku seperti melihat banyak sangat sandiwara.. tahu sikit sikit ada la.. takkan sampai tak tahu langsung kan.. aku tahu la PM Malaysia sekarang ni si Najib tu..hahahaha..

Pilihan raya akan datang ni JIKA aku mengundi itu adalah undi aku yang pertama.. tapi sehingga hari ini aku tak nampak di mana bersihnya politik negara kita ni, aku tak tahu nak undi sapa.. di telan mati emak di luah mati bapak.. yakinkan kami sebagai anak muda generasi akan datang bahawa kami membuat pilihan yang betul.. generasi kami kecewa melihat apa yang berlaku sekarang.. 

  
Ini la Malaysia kita.. Aku sayang negaraku.. korang pun sayang jugak kan..


Saturday, July 9, 2011

Hidup Ini Seperti Kertas Double A

Korang perasan tak dalam tivi ka, novel ka, atau dalam entry entry bloggers.. hidup selalu diumpamakan dengan sesuatu benda, ataupun hidupan lain.. perasan tak?.. yang paling banyak sekali orang cakap hidup ini seperti roda, kejap kita berada di atas kejap kita akan berada di bawah, beringat ingat la konon..

Kalau Hamzah Ian pulak sekarang tenga mengumpamakan hidup sebagai sperma, berenang renang menuju kejayaan di dalam tiub fallopio, ada sperma itang, sperma baik dan sperma jahat.. ada jugak sperma yang dipersia siakan.. faham kan..hahaha.. pegi baca entry dia..

Disebabkan hidup kita yang sangant kompleks.. korang boleh terjemahkan hidup korang seperti apa sahaja yang korang suka.. nak cakap hidup ini seperti pokok pisang berangan? hidup ini umpama batu di tepi jalan?.. hidup seperti tong gas di dalam dapur.. atau hidup ini umpama kereta pun boleh jugak.. cuma terpulang pada korang merge kan menatang tu dengan hidup korang..

Sebagai contoh, aku boleh cakap hidup ini umpama kertas Double A di pejapat.. jika ia putih bersih tak berconteng ia sangat berguna, boleh print document penting, boleh print color cantik satu page bernilai 50sen, mahal tau!. tapi kalau dah tersalah print/ conteng kadang kadang orang buang macam tu jak, walhal kat belakang tu masi boleh pakai lagi..ye dak!

Samalah macam hidup kita, setiap orang mempunyai potensi untuk digilap menjadi orang yang lebih cemerlang.. tapi jika kita tersilap dalam memilih jalan hidup orang akan memandang serong terhadap kita, sedangkan daripada sudut pandangn yang berbeza kita masi mempunyai peluang lain dan kesilapan lalu masih boleh dimaafkan even parut lama masih kelihatan lagi.. ceh ceh!!

err.. korang rasa betul ke perumpamaan hidup yang aku bagi ni, main belasah jak kan.. hahaha.. bagi korang pulak, korang nak umpamakan hidup sebagai apa?.. hehehe..

Anak Kucing dan Anak Orang

Mana lagi comel anak kucen ka atau anak orang hahahaha.. ada pulak macam tu kan.. nak banding kecomelan.. tapi apa apa pun aku rasa lucu tengok gambar kat bawah ni..hahaha

Thursday, July 7, 2011

Random Blogs Review #2

Ok hari ni nak review blog lagi.. dah tak de kerja kan, so apa lagi nak buat review blog sahabat la.. rajin kan aku rajin kan.. cakapla rajin nanti aku review korang pulak..hahahaha
Seperti biasa aku ambek random ok.. tiga jantan tiga tino.. awas kalau tak terjah, penat aku buat tau!! 

First mari berkenalan dengan blog bidadari.. bidadari sangat, aku tak tahu mungkin bidadari ni kakak atau adik.. tapi ada blogger yang menggunakan kata ganti nama kedua "kakak" untuk bidadari.. apa apa pun blog dia sangat unik.. even kekadang aku tak faham sebab aku tak de jiwa kesusastraan tapi seronok je baca..
  
Kalau tak silap aku aisyah ni budak budak lagi.. tapi perangai tak serupa budak.. dia ni pemalas buat kerja sekolah, aku rotan kang baru tahu!! hahahaha. tapi aku suka blog dia.. lucu
http://ainahipp.blogspot.com/

Ni blog dari padang pasir, mana ntah middle east, dia blajar kat sana kalau tak silap aku.. blog dia ni macam seram tapi tak seram langsung, lucu adala hahaha... nama pun psycho Vampire's lovex gitew!! seronok kawan dengan dia ni.. terjah la, dia tak hisap darah korang keh keh jangan risau..

Ni kalau tak kenal Gerbang Maya Melankolika Segar resign la jadi blogger..hahaha.. blog milik syuxer, kalau tak silap dia sekarang kat kelantan.. blog dia full dengan info okay, dan update.. dia juga selalu buat segment untuk blogger lain, sebagai jambatan untuk para blogger menambah follower dan bersuai kenal..

Yaaa ini blog Apan, blog padat dengan info info yang pelik.. blog lebih kurang macam blog aku, tapi aku rasa blog Apan lagi best.. dia cakap dia nak kongsi apa yang dia suka di dalam blog dia, kira tak kedekut ilmu la ni, ok la tu, aku pun tak kedekut ilmu gak haha.. terjah blog apan,..best!!
  
Yousof.. Masi Ada Plan B, blog Yousof ni super ringan ok.. sebab tu aku suka masuk, lagipun entry dia best, kalau korang terjah dia pasti balas kunjungan korang, unless dia tak online la kot sebab dia ni pun macam biskut jugak kejap ada kejap tarak ada.. alaaa aku apa kurangnya macam sabut tenggelam timbul keh keh.. mari terjah blog yousof

oh ya pasal post aku kat Miami Beach tu, korang tak sepatutnya percaya.. sama macam korang tak sepatutnya percaya 100% berita TV1, TV2, TV3, atau mana mana media massa termasuk surat khabar.. cuba tengok post aku yang kat sini..
sat lagi aku balas kunjungan korang.. aku nak pi makan dulu..keh keh keh..

Terjumpa Blogger kat Pantai Miami

Aku nak bagi tahu korang.. minggu lalu, aku pegi jalan jalan kat Miami Beach, di suatu petang yang indah.. tiba tiba aku terjumpa sorang blogger.. firstime tau aku jumpa blogger kat luar, ni pun kebetulan.. sempat jugak ambek gambar, cakap nanti aku upload dalam blog..keh keh.. atas tu gambar kitorang dengan gayaku yang agak kurang menarik.. nama blogger tu Shamsuddin Amin.. lama dah kenal, tapi dalam blog jak..:P

Korang kalau jumpa aku kat luar tegur tegur la ya.. even tak pemes macam En. Ben, tapi aku ni baik hati walaupun agak pemalu orangnya.. eik mengaku baik pulak!!. kalau korang datang kat Puchong bagi tahu, aku belanja korang tengok wayang okay..hahaha.. korang pecaya ke tak ni..

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Elakkan disfungsi ereksi seks, mati pucuk etc.

Apa yang amat ditakuti oleh kebanyakan kaum lelaki adalah disfungsi seks, seperti mati pucuk, tak boleh naik, cepat pancut etc.and what ever.. ini disebabkan penyakit tersebut boleh mengurangkan keyakinan diri dan tidak dapat memuaskan pasangan ketika melakukan hubungan kelamin..

Sebelum itu perlu anda tahu definasi disfungsi ereksi.. ia adalah suatu keadaan dimana seseorang lelaki mengalami kegagalan dalam memulakan atau mempertahankan ereksi sehingga waktu yang diperlukan oleh kedua dua pasangan seksual untuk mencapai kepuasan..

Di sini adalah beberapa cara yang dicadangkan oleh pakar pakar kesihatan dalam menjaga kesihatan seksual bagi lelaki untuk mengelakkan disfungsi ereksi.. 

Pengambilan makanan yang sihat
Elakkan pengambilan makanan yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung.. ini kerana jantung berperanan penting dalam kemampuan ereksi ketika pengaliran darah yang diperlukan oleh penis.. banyakkan pengambilan buah, sayur, kekacang, ikan, minyak zaitun dan makanan berprotein..elakkan makanan berlemak dan goreng goreng.. 

Menjaga berat badan
Semua tahu bahawa berat badan berlebihan boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita termasuk diabetis type 2 yang dapat menjejaskan saraf dan fungsi badan. Jika ia terkena pada saraf yang mempengaruhi penis maka fungsi ereksi juga boleh terganggu.. 

Elakkan tekanan darah dan kolestrol yang tinggi
Pastikan anda mengawal tekanan darah dan kadar kolestrol dalam badan secara teratur.. ini kerana ia mampu merosakkan salur darah termasuk yang membawa darah penis sehingga boleh menyebabkan disfungsi ereksi.. kembali kepada no 1, amalkan pemakanan yang sihat..

Elakkan pengambilan minuman beralkohol
Minuman beralkohol boleh menyebabkan kerosakan pada fungsi hati, saraf dan mempengaruhi tahap kesihatan badan seterusnya boleh menggalakkan lagi disfungsi ereksi.. 

Senaman secara teratur 
Senaman seperti berjalan, berenang dan aerobik telah diketahui umum boleh meningkatkan status kesihatan seseorang.. badan yang sihat boleh meningkatkan fungsi seks seseorang.. tapi perlu diingat, elakkan tekanan berlebihan pada penis, skrotum dan anus ketika bersukan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya disfungsi ereksi.. sebaiknya sila gunakan alat perlindungan yang betul.. 

Mengawal kadar hormon testosteron
Pada kebiasaanya kadar hormon testosteron akan mula menurun setelah seseorang lelaki berusia 40 tahun.. dan ia boleh mempengaruhi ghairah seksual seseorang.. dengan itu penting bagi seseorang lelaki memerhatikan kadar testosteron dalam badan.. macam mana nak buat? sila google atau berjumpa dengan doctor.. 

Berhenti merokok
Jika anda adalah seorang perokok, hentikan ia sekarang.. ia membahayakan kesihatan, membahayakan pembuluh darah dan menjejaskan pengaliran darah ke penis anda.. 

Jauhi seks berisiko 
Terdapat beberapa kes dimana disfungsi ereksi disebabkan oleh kecederaan pada batang penis ketika melakukan hubungan seks.. untuk mengelakkan perkara ini berlaku, hindari posisi yang berisiko dan jika penis terasa sakit sebaiknya seks perlu dihentikan dahulu.. 

Mengurangkan stress
Keadaan stress yang melampau boleh meningkatkan kadar hormon adrenalin dalam badan yang boleh mengganggu pembuluh darah, menyempit seterusnya boleh menyebabkan disfungsi ereksi.. oleh itu ketahui cara mengurangkan stress dan dorongan seks yang baik..
sumber: google dan WebMD.com

Monday, July 4, 2011

Tanjung Harapan Tempat Makan Yang Best

Semalam adalah Ahad hari ini adalah Isnin, Monday blues..selamat bekerja dan selamat meneruskan pelajaran di dunia yang fana ini..oyeh!! Life is life.. hidup mesti diteruskan, sisa sisa yang ada mesti dimenfaatkan sebaik baiknya..
Okay nice intro..what therrr...hahaha..

Mungkin anda pernah baca entry aku yang kat sini.. semalam kitaorang pegi Tanjung Harapan Lingkaran, Sultan Hishamuddin Klang, sapa kat sini yang duduk Lembah Klang tak pernah pegi Tanjung Harapan lagi?.. kalau nak makan seafood bolehla pegi sana.. konsep dia sama macam kat Bagan Lalang, tumpuan bagi penduduk kat lembah klang untuk menikmati makanan laut yang fresh konon..

Plan sebenarnya nak ke Ipoh just nak pegi makan Nasi Lemak Ayam Kampong yang popular kat bandar tu..(ada disebut dalam entry aku yang ini) tapi tukar pulak pegi Tanjung Harapan sebab kitorang gerak lambat, tunggu sorang kawan tu buat operation kaki.. tu la pakai hill lagi macam KL tower, tau la nak tambahkan ketinggian..keh keh..

Dengan bantuan gps garmin sampai jugak kitaorang kat Tanjung Harapan.. even tersesat masuk dalam taman perumahan mana ntah, bongok punga gamin hahaha.. susah jugak nak sampai sana kalau first time, sebab dia kena masuk ceruk ceruk kawasan industry, boleh tahan jugak la.. nasib baik pilot kitorang cekap.. so nak tanya dia, sesat semalam nak salahkan siapa? garmin kah? orang yang tengok garmin tu kah? orang yang set kah? ataupun nak salahkan aku yang memang jelas tak bersalah ni hehehe..

Sampi sampai jak kitorang terus pilih binatang laut apa nak di bantai, banyak pilihan nak Squidward, Mr.Krap, udang, kerang, lala, Spongebob, Petrick, atau siakap sinohong gelama ikan duri.. pilih jak yang mana, pastu timbang, nak masak apa dan tunggu untuk dilahap.. kitorang pilih siakap masak tiga rasa, tomyam seafood, lala masak sedap (tak tahu masa apa), sotong goreng tepung dan beberapa aksesori tambahan seperti kailan, telur dadar masak something, fresh orange, plane rice and chinese tea.. banyak tapi semuanya habis okay, tak membazir sebab membazir itu sahabat syaitan.. lagipun nasib baik ada orang tu yang berbadan kecik tapi kuat makan, selamatla huhuhu...

Kalau korang nak pegi boleh la.. ajak family atau dengan member ramai ramai.. alaa sekali skala, seronok jugak.. makanan dia pun sedap, kira berbaloi la.. Tanjung Harapan tu luas, ada banyak tempat makan sebenarnya, pilih jak yang mana korang nak.. kemudahan tandas dan surau pun ada.. selesa pulak tu, view laut dengan kapal kargo macam titanic, pernah tak tengok kapal titanic? tak pernah kan.. kalau bertuah korang boleh tengok dolphin loncat loncat dalam laut.. pegi petang sikit baru best.. ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!