Thursday, June 30, 2011

Transformers Dark of The Moon superb..

Nak soh aku review, aku tak reti sangat.. tapi aku tulis jak la ikut pendapat aku sendiri kat bawah ni okay. Korang tanya aku best ke tak.. mestila aku cakap best kan? tapi memang best pun, super best.. masa habis wayang tu orang bagi standing ovation termasuk aku hahaha.. kalau ada bad review pun ia tak boleh nak patahkan semangat korang yang nak sangat tengok kat panggung disebabkan reputasi lama dan pablisiti dia.. kan kan..

Cuma masalah filem ini ialah time duration yang agak panjang.. mungkin sebab Michael Bay seperti cuba nak kembangkan watak Sam (Shia Labeouf).. pasal new life, job interview dan dengan girlfriend baru dia yang hot tuh.. lepastu back story Autobots yang terhempas kat bulan dan stupid CIA tu lagi.. kalau orang jenis yang just nak tengok full-pack action dia akan cakap banyak part part yang boring, lebihkurang 2.30 jam kott.. tapi bagi aku ok jak sebab ada unsur unsur humor dan lawak..

Sentinel Prime
Seperti biasa, tak de yang berbeza Decepticons dan Autobots masih berperang tak nak berdamai.. terdapat watak baru iaitu Sentinel Prime senior kepada Optimus bekas ketua Autobots yang muncul sebagai watak antagonis.. dia telah mencipta device seperti teleporter untuk perang antara galeksi, malangnya dia dan bendalah ni terhempas bersama sama dengan kapal dia kat bulan dan telah di temui oleh manusia.. err.. nak aku cerita jugak ka.. korang tengok la sendiri nanti ya..

Bumblebee, Ratchet, Ironhide dan diketuai olah Optimus Prime wajib ada bertungkus lumus untuk menjaga kemanan bumi.. terdapat jugak robot robot baru seperti , Roadbuster, Leadfoot, Topspin etc.. karakter daripada team Cybertron masa perang diantara  Decepticons dan Autobots di luar bumi..  Team Decepticon pun banyak jugak yang baru macam Shockwave, Soundwave etc.. Megatron still ada tapi kepala dia dah buruk, beulat.. dan mudah terpengaruh dengan mulut manis gadis cantek model victoria secretes hahahaha..

New Autobots Roadbuster, Leadfoot, Topspin
Seperti yang dijangka new lover Sam Witwicky iaitu Carly (Rosie Hutington Whiteley) tidak dapat menandingi Megan Fox.. cantek memang cantek, rabbit's lag.. tapi tetap tak sama seperti Megan Fox, rasa macam lain pulak dia tak de..huhuhu..

Aku macam nak tengok lagi.. kalau ada geng nak ajak aku ok jak hahaha.. tapi kalau boleh aku nak tengok yang 3D punya, sebab dengar dengar 3D dia Michael Bay buat superb..

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday:Transformers Dark of The Moon

Malam ni kat Sunway..oyeh!!

Mari Menderma Darah: Mitos Derma Darah Jadi Gemuk

Tengok..baru jak hari tu aku cakap pasal derma darah.. hari ni aku derma darah dah tadi kat office.. borak borak dengan rakan sekerja rupanya ramai jugak yang takut nak derma darah, tapi ada jugak yang first time menderma.. kenapa nak takut, sebenarnya tak skit pun, macam kena gigit semut jak..hehehe..

Aku nasihatkan, baik korang derma darah, besar jasa yang korang buat, mungkin darah yang korang dermakan itu akan menyalamatkan nyawa orang lain.. tahu tak, pusat darah negara mengalu alukan korang berbuat demikian.. pernah sekali hospital daripada Kota Kinabalu call aku kat sini supaya mendermahkan darah aku ni.. see, betapa diroang memerlukan darah..

Aku ni jenis darah O.. orang yang pemurah la agaknya, boleh bagi darah kat semua jenis darah lain, tapi bersifat memilih, ia cuma boleh menerima jenis darah daripada O sahaja.. kasihan kan..hahaha..

Perlu korang tahu:
Keriteria utama orang yang boleh menderma darah ialah
  • berat badan melebihi 45kg
  • berumur 18-60 tahun
  • anda sihat pada hari itu
  • tidak berada dalam pengaruh alkohol atau ubat ubatan
  • tidur melebihi 5 jam
  • tidak mengandung
  • kali terakhir menderma 3 bulan yang lepas
Keistimewaan untuk penderma darah
1 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan 
2-5 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dan percuma bagi pelalian Hepatitis B 
6-10 kali - percuma rawatan pesakit luar untuk 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk 6 bulan
11-15 kali -  percuma rawatan pesakit luar untuk 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 1 bulan 
16-20 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 2 tahun
21-30 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 3 tahun
31-40 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 4 tahun

41-50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 6 tahun 
Lebih 50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.. 
Sumber: buku merah derma darah tu, daripada rujukan surat pekeliling KPK 5/2005 bertarikah 20 Julai 2005, aku salin jak daripada buku tu keh keh keh

Tengok gigih tak aku.. aku nak suruh korang derma darah ni.. derma darah cepat!!..
Oh ya.. masa dokter tu tenga cek kesihatan aku.. ada orang bertanya "betul ke kalau derma darah badan kita boleh jadi gemuk?"... dokter tu jawab "mitos!!"..

Berikut adalah gambar aku yang tampan ketika menderma darah bersama dua orang makhluk tuhan yang gedik datang menyebok..hahahahaha.


.
ps: entry auto publish, tak sempat nak bw, esok aku balas kunjugan korang ok.. tidur awal hari ni sebab badan agak lesu lesu..^^

Tuesday, June 28, 2011

Baby Dalam Semak



Alololoooo.. comelnya la bah baby ni.. napa letak dalam semak.. tak kasihan ke kat dia..
Aku terbaca kosmo onlin, bayi lelaki dijumpai di dalam semak masi hidup di Kampung Pertama Machang, Bachok, untung bayi ni masih hidup.. kalau korang nak baca lengkap pegi beli newspaper kosmo hari ni katanya..

Sedih kan tengok baby ni kena buang.. penat jak orang cakap 'jangan buang bayi, jangan buang bayi' itu perbuatan keji.. masyarakat benci.. masi tak nak dengar cakap. cuba pikir kalau kalau baby tu kena makan anjing ke apa, atau kena gigit semut.. nanti mati, lagi kasihan..

Sedap jak cakap kan, tapi mesti ibu baby ni pun tak nak buang baby dia, mesti perasaan dia pun sedih masa nak buang.. ataupun takut.. kalau tak de perasaan ni mungkin bukan manusia la kot..

Tapi cuba pikir kenapa kes macam ni selalu berlaku? takut, mungkin sebab ibu bapa perempuan tu tak nak terima anak dia melahirkan anak luar nikah, atau takut malu dengan pandangan jijik masyarakat.. abistu kenapa mengandung? sebab main dengan boyfriend, kalau buat seks sedap, pergaulan bebas.. semua sebab godaan nafsu.. abistu nak salahkan sapa? nafsu?.. sapa yang kawal nafsu?.. nak menunding jari pada siapa?.. semua bermula pada diri sendiri kan..

Sebab tu, penting untuk korang memilih kawan yang betul, jangan berkawan dengan orang yang salah.. terutama sekali yang masih duduk kat sekolah, universiti ka jangan kawan dengan orang yang korang rasa boleh bagi pengaruh negatif kat korang.. mula mula tu memang best.. tapi hujung hujung korang tahu sendirila akibatnya.. penat becakap balek balek benda yang sama.. fikir fikirkan la..

Kot kot ada ibu bapa yang terbaca entry ini kan, pesanan untuk pakcik dan makcik " kenali rakan anak anda"..

Sunday, June 26, 2011

Random Blogs Review

Korang ni asyik review blog orang lain, abu pun nak review blog la..ikut ikut..haha
Tak de segment khas just randomly pickup daripada bloggers yang ada menyimpan Kotak Kosong.. tak sempat nak review semua, next time abu review yang lain pulak okay.. untuk hari ini, mari kita lihat sapa yag kena..keh keh keh..

Dengan tema color blog warna ungu..Leya lova lova..sweet je dia ni, seorang yang peramah, dan baik hati.. terjah la, ikut terus..dia pasti membalas kunjungan korang..
http://leyamaleya.blogspot.com/

Yang kat atas ni pulak blog Diary Amni, mungkin ramai yang dah kenal.. lama jugak dia ni menghilang, busy mengkali sebab baru masuk UiTM Machang..
http://limelog.blogspot.com/

Sapa yang tak kenal bloh Nostalgia Klasik milik Abu Huzaifah.. abu kuasa dua hahaha.. tema blog lukis lukis.. smart lukisan dia.. dia ni pun selalu masuk blog abu.. kalau nak tengok hasil lukisan dia yang unik terjah la blog abu..
http://thisisguitarburok.blogspot.com/

Selalu bercerita pasal keagamaan blog Azrin Rahim..tak silap abu dia ni bakal cikgu, bagus bekwan dengan cikgu.. boleh tanya tanya pasal ilmu.. jangan bekawn dengan gangster, nanti bagi bad influence kat kita..
http://azrinrahim.blogspot.com/

Ni serius blog comel.. nama blog dia Saya Bintang Tapi Awak Bulan Ke? kalau bintang bulan angkat tangan hahaha .. abu suka blog dia ni, godek godek entry dia gelak jak abu baca, even ada lagu tapi senang jak masuk, ringan simple and nice..terjah blog cik memy..
http://cikmemy.blogspot.com/

Ini pulak spacial kes, blog Nurul Chemay.. dalam blog dia ada sejuta bintang.. dia pernah review blog Bunyi Kotak Kosong.. so abu pun nak review la dia balik, you review me, I review you back.. hahaha.. dia, selalu singgah kat blog abu, baik dan sweet orangya.. singgah la blog chemay kalau nak bekenalan dengan dia...
http://teddysweetheart.blogspot.com/
 
*penggunaan kata nama Abu pulak hari ni...hahahaha

Saturday, June 25, 2011

Tips, Cara, Petua Ingin Menjadi Gemuk

Sapa nak jadi gemok? hahaha...Sebelum korang teruskan memebaca ada baiknya korang tengok enrty aku yang ini dahulu..hensem kan hahaha.. ade ke orang nak jadi 'gemuk'? selalu orang nak jadi kurus jak kan.. jawapanya ialah ada.. aku pernah berada di situasi itu.. maksud gemuk disini ialah berisi tak keding macam yang pernah aku alami.. gemuk sikit sikit jak la..hahahaha..

Tapi aku rasa cara aku ni bukanlah mengikut fakta sains semata mata.. macam auta pun ada jugak, kalau nak terangkan secara saintifik mungkin cara aku ni tak seberapa nak betul.. tapi kalau orang tanya macam mana aku boleh jadi berisi aka 'gemuk'.. inilah jawapan aku..hek keh keh.. sebelum tu mari tengok gambar aku masa 2006 dahulu..

ini adalah gambar aku dan kawan aku bersama sekelompok gadis gadis hehe

Tengok la gambar kat atas tu kurus kan.. tapi kalau korang tengok yang kat sini lagi scary.. dulu aku nak sangat jadi gemuk berisi.. at least, tak de la keding sangat.. ni nampak macam tengkorak hidup jak bejalan kesana kemari hahaha.. aku start mengalami kegemukan masak aku satdy kat Shah Alam, final year..

Tahu apa yang aku buat? macam ni.. korang pernah tak dengar orang cakap kalau kita dermah darah berat badan kita boleh naik, sama ada betul atau tidak aku tak tahu sangat.. tapi itula target aku, nak sangat buat dermah darah supaya berat badan aku boleh naik.. sebab masa aku keding aku tak boleh nak dermah, berat badan aku tak lepas.. tahu tak berat aku masa tu berapa.. cuma 42 kg you.. berat model tu..hahahaha.. 

Syarat dermah darah kena 45kg ke atas.. tapi hasil usaha gigih masa hujung tahun 2007 berat badan aku naik ke 44kg, awal pagi tu memang aku makan banyak pun hahaha.. aku ingat lagi pegawai kesihatan tu (kat PKNS) cakap tak boleh, sebab berat tak lepas.. tapi aku nak jugak plez plez plez.. aku okay.. ha sampai macam tu sekali hahaha.. darah memang lambat kuar, tak silap aku satu bag pun tak penuh macam bag darah orang lain yang aku tengok..

Dan selapas tu aku, aku mula mengamalkan pengambilan supplement, aku makan Multivitamin Appeton dan vitamin C.. kadang kadang tu aku mintak malti kat klink UiTM.. docter kat situ bagi jak.. kawan aku selalu cakap kat aku..'ko ni kurang vitamin, sebab tu ko kurus tahu..!!'  ok fine, dan dengan tu aku pun makanla vitamin banyak banyak..hahaha..


Selain tu aku aku mengamalkan pengambilan minuman berkultur.. aku tak tahu logik ke tak tapi aku rasa minuman tu sangat bagus.. kan minuman ni mempunyai banyak bakteria baik.. sila maca kat sini untuk info lanjut.. bagi aku bakteria ni kena dimasukkan dalam perut aku biar dia makan bakteria jahat dan memperbaiki sistem penyerapan dalam usus aku.. betul ke apa yang aku cakap ni? ahahaha.. dulu aku rasa usus aku ni tersumbat, aku makan banyak pun berat badan tak naik.. aku beranggapan ini disebabkan kebanyakan vitamin ke apa apa keperluan dalam badan aku tidak di serap sepenuhnya oleh usus.. so aku minum la Vitagen/ Yakult ni...

Selapas dermah darah, mengamalkan pengmbilan malti dan minum vitagen selera makan aku bertambah.. aku jadi kuat makan dan kuat tidur sekali hahaha... lebih kuat daripada sebelumnya, nafsu semakin menjadi jadi.. then aku follow jak nafsu aku tu, aku tak kesah dah, dan yang paling penting aku tak biarkan perut aku kosong atau berasa lapar.. dan hasilnya.. taraaaaa.....

ini gambar aku dan kawan kawan kat Putrajaya

Gambar ni masa tahun 2008 final semester.. see nampak lain kan dengan gambar aku yang first.. itu la aku.. paling kurang pun tak la kurus sangat macam dulu.. nak terbang jak kalau ditiup angin..hahaha.. sebab tu aku cakap aku dah bosan dengan soalan kawan kawan lama yang selalu bertanyakan pasal kegemukan aku ni.. sekarang ni aku mempunyai potensi untuk menjadi lebih gemuk daripada ni kalau tak kotrol nafsu aku..

So, korang yang nak naikkan berat badan jangan takut nak dermah darah, selain membatu orang lain, korang jugak akan mendapat faedah daripadanya.. kebaikan mendermah darah kepada kesihatan kita ada banyak okay.. selain tu amalkan pemakan yang sihat, makan supplement dan bersihkan perut korang dengan minuman kesihatan.. ceh ceh!! hahaha..

opocohott!! hahaha.. ini masa kat ulu kenas perak last 3 months, gambar aku yang terbaru ada kat sini..


Thursday, June 23, 2011

Entry Paling Popular Konon

Aku tak de idea nak tulis apa sekarang..eeer.. ok mari kita cakap pasal entry paling popular dalam Bunyi Kotak Kosong.. tapi aku rasa entry kali ni mempunyai unsur unsur poyo.. poyo di tahap cendawan kecik..haha..

Kalau korang perasan kat sebelah kanan tu ada widget Suam Suam Kuku kan.. sebenarnya itu adalah entry paling popular dalam blog ini dan yang paling banyak di view oleh users.. kadang kadang aku rasa ia menjengkelkan jugak sebab kedudukan tu tak pandai nak berubah rubah.. macam tu jak bosan sudah bah aku tengok..

Entry Osama tu adalah entry SEO, aku tak tahu macam mana tajuk entry tu boleh di scrawl oleh google time issue tu tenga hangat, tapi yang pasti aku pingkan entry tu.. kalau tengok jumlah pageviews memang susah la kedudukan dalam Suam Suam Kuku tu nak berubah.. sama seperti entry Tips Mendapatkan Tiket Kapal Terbang Murah dan Main Dengan Nenek.. ia adalah entry SEO, cuma bezanya entry ni di google oleh users hampir setiap hari..

"Eleh setakat jumlah macam tu pun nak tunjuk, blogger baru poyo macam taik".. ayat yang mungkin di sebut oleh sesetengah bloger yang tuuuttttt.. tapi tahu tak korang macam mana nak naikan semangt untuk kitaorang yang berada kat belakang? tahu tak korang macam mana supaya tak down melihat jumlah viewers korang yang berjuta juta, blog yang mendapat sambutan?..ops!! selingan sikit hahahaha...

So apa yang aku nak cakap kat sini sebenarnya ialah kalau korang nak sangat banyak viewer jangan lupa ping kan entry korang.. nampak leceh tapi sebenarnya ia sangat penting untuk  memudahkan segala jenis engine spider spider scrawl entry korang.. ada banyak tempat nak ping entry, google jak.. tapi yang penting buat tajuk yang hot, tak sengau, dan pandai bermain kata kata, dan yang penting entry mesti superb keh keh keh.. pesanan tuk diri aku sendiri gak...

Korang pernah tak dengar orang sebut "Shok Sendiri" atau SS.. ha jangan jadi macam tu sudah, biarlah orang lain sedar tentang kewujudan blog kita..ok..
untuk yang nak pingkan blog korang, cuba try kat bawah ni...good luck..
1. http://www.totalping.com/pin.totalping/
2. http://pingler.net/
3. http://pingomatic.com/
4. http://blogsearch.google.com/ping

entry ni bukan entry SEO ok!! ^^

Wednesday, June 22, 2011

Catur Berbentuk Askar Taliban

Sebuah syarikat permainan di Kanada Hedwig & Sergeant Major telah menghasilkan permainan catur berbentuk pasukan askar Taliban, Barack Obama, George W.Bush dan Osama bin Laden..

Set catur ini dijual pada harga 250 US Dollar dan pembeli boleh memilih samaada Amerika/ Kanada/ Britain  vs Taliban ataupun Amerika/ Britain vs Iraq..

Untuk pasukan Amerika, mereka memilih Bush ataupun Obama sebagai King dan patung Liberty dipilih sebagai Queen.. askar askar pulak terdiri daripada pasukan Bishop, Knight and Pawn.. sementara World Trade Center menjadi bentengnya..

Di dalam pasukan Taliban pula diketuai oleh Osama bin Laden sebagai King dan seorang perempuan memakai 'burqa' menjadi Queen.. sementara pasukan snipers, RPGs, suicide bombers sebagai askar askar Taliban..
newsfeed.time.com 

Tengok la diorang, kretip tak kretip.. macam taik jak.. oit!

Tuesday, June 21, 2011

Ketahui Jenis Kentut Anda

Beberapa hari yang lepas aku ada post entry pasal Kebakikan Kentut Dari Sudut Pandangan Positif.. sebenarnya entry itu sangat popular dan telah diview oleh ramai orang setelah aku pingkan entry itu di dalam beberapa wesite.. kalau tak baca lagi sila klik kat sini..
Pada hari ini aku ingin senaraikan jenis jenis kentut pulak, aku harap korang tidak termuntah dengan knowledge kentut yang aku ingin kongsikan.. at least masa korang kentut korang tahu jenis kentut apa yang korang sedang hasilkan.. hehehehe..

Kentut aroma
Kentut jenis ini adalah biasa, kebiasaanya si pengentut baru sahaja makan makanan yang mempunyai bau khas.. bau yang lebih kuat terhasil apabila pengentut memaksa habis kentutnya keluar daripada lubang anusnya..

Kentut tubi tubi
Sudah jelas biasanya kentut ini dihasilkan secara bertubi tubi.. sekurang kurangnya tiga kentut dihasilkan secara berturut turut dengan bunyi yang kuat

Kentut tong kosong
Kentut jenis ini biasanya berbunyi nyaring ataupun kuat tetapi tidak berbahaya.. selalunya kentut ini tidak disertakan dengan bau yang busuk..

Kentut silent killer
Jenis kentut yang bertentangan dengan kentut tong kosong.. kentut ini tidak berbunyi tetapi mengelurkan bau busuk yang sangat menakutkan.. orang yang pakar dalam kentut ini mampu menghasilkan bau yang sangat dahsyat dengan kekuatan tinggi sehingga boleh di hidu di dalam satu ruangan besar seperti kelas/ office.

Kentut melodi 
Jenis kentut yang bernada.. orang yang pakar dalam jenis kentut ini boleh memainkan kentutnya dengan sebuah lagu ringkas..

Kentut cirit
Kentut yang disertakan dengan cairan berwarna keluar daripada lubang anus.. sungguh menjijikkan, biasanya terdapat tanda pada punggung si pengentut..

Kentut tidak sengaja
Selalu terjadi kepada orang yang disapa oleh orang lain secara mengejut ataupun terkejut sendiri.. si pengentut sama sekali tidak berniat untuk kentut pada ketika itu..

Kentut sambil ketawa
Sama ada terkentut semasa ketawa terbahak bahak ataupun terkentut semasa ketawa.. kedua duanya jenis kentut sambil ketawa.. kentut yang disengajakan semasa ketawa terbahak bahak adalah untuk menyembunyikan bunyi kentut si pelaku... 

Kentut sejati
Si pengentut akan mengaku dengan kentut yang dihasilkannya 

Kentut cute
Hanya sedikit gas dan bunyi perlahan sahaja yang dikeluarkan

diolah dari beberapa sumber google

Expresi Wajah Binatang

Aku cuma suka tengok gambar binatang binatang kat bawah ni.. dengan expresi wajah yang berbeza beza, macam kasihan pun ada, macam nak hempuk pun ada jugak.. alolololooo... hahahaha...

ohmaigot!! hahahaha

Monday, June 20, 2011

Cara Meningkatkan Jumlah Pageview

Page view ataupun page impression adalah jumlah halaman yang dikunjungi/ diakses oleh pengunjung dalam sekali kunjungan... sama seperti aku ramai blogger berpendapat jumlah page view yang tinggi menunjukan bahawa blog korang adalah menarik perhatian dan bermenfaat.. walaubagaimanapun untuk mandapatkan page view yang tinggi adalah tidak semudah yang kita sangkakan.. ia memerlukan beberapa teknik dan aku sekarang ni tenga mula mengamalkan teknik tersebut..ceh ceh!!..hahaha..
Oleh yang demikian disini aku ingin kongsikan cara cara untuk meningkatkan jumlah page view.. 

Rajin update blog
Yaa.. kena rajin update blog.. update dengan info info yang terkini, bermenfaat dan menarik perhatian.. dengan itu pembaca tetap korang tidak akan lari.. lagipun kalau blog tak berupdate nanti berhabuk, banyak sawang sawang.. nak tak rumah korang banyak sarang labah labah? tak nak kan.. 

Membuat entry berangkai 
Berangkai, berantai, berkait? hahaha mana mana la.. ok, walaupun teknik ini agak klasik tapi sebenarnya ia sangat berguna untuk meningkatkan jumlah page view.. buat entry bersiri atau sekurang kurangnya entry yang terbaru tu ada kaitan dengan entry yang lepas lepas.. dan jangan lupa linkkan entry tersebut.. 

Meletakkan widget entry popular/ recent post kat side bar
Teknik ni sangat mudah dan aku tengok pun ramai sangat orang gunakan.. meletakkan widget entry popular/ entry terkini kat side bar.. tambah tambah lagi kalau gambar dan tajuk entry tu menarik..  

Membuat entry yang berkualiti
Entry yang berkualiti ialah entry yang memberi menfaat kepada pengunjung dengan bahasa yang menarik minat pembaca.. yang ni aku pun try nak improve.. sebab entry yang berkualiti tentu akan menambahkan jumlah page view..

Ada banyak lagi sebenarnya trik untuk meningktkan page view dalam blog.. cuma ini jak yang aku dapat listkan, walaupun nampak mudah dan sederhana tapi ia memberi efek kepada blog korang.. kalau nak ikut aku bukannya ok sangat pun, cuma nak kongsi kongsi ilmu di petang hari hehehe.. aku masa mula mula berblog benda benda macam ni la yang aku nak baca..

ok sekian..(pantun 3 kerat)
kajang pak malau kajang berlipat..
akau tak pernah lagi makan sate kajang..
sapa nak ajak aku makan oi..hahaha...

Sunday, June 19, 2011

Sihir tak Bermenfaat

Keh keh keh.. gempak je tajuk..
Kalau korang ingat aku sebenarnya dalam proses nak menghabiskan buku harry potter sebelom filem last dia kuar kan..tengok kat sini.. tapi 'sepertinya' aku mengahadapi masalah, aku baru jak sampai buku yang ke empat Goblet of Fire.. ada tiga lagi, semua tebal tebal.. gila aku tak sempat sebab masa huhuhu.. ka ini cuma alasan aku jak hahahahaha. Tak pe rasanya sempat kot sebab filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 keluar kat Malaysia tak silap aku 14 July.. kena baca laju laju ni hahaha.. untuk pengetahuan korang aku baca yang melayu punya okay.. tak de la bongok sangat bi, cuma aku tak nak tanggung risko, kang aku tak paham, buat apa nak malu kan hehehe..

Jika korang adalah peminat Harry Potter mungkin korang sangat familiar dengan mantera kat bawah.. ini adalah mantera daripada ahli ahli sihir JK Rowling.. ada banyak lagi sebenarnya..

ALOHOMORA  Membuka pintu atau tingkap yang terkunci
APPARATE  Muncul di tempat manapun yang diinginkan. Catatan: Hanya boleh dilakukan oleh penyihir berusia minimal 17 tahun dan telah lulus ujian khas. Tidak dapat dilakukan di dalam Hogwarts, serta merupakan salah satu mantera yang amat sukar dan kompleks, jika tersilap salah satu anggota tubuh si penyihir akan tertinggal di tempat asalnya sebelum ia berpindah.
AVADA KEDAVRA  Salah satu Sihir Tak Terampun. Menyebabkan kematian sementra. terdapat pancaran cahaya berwarna hijau dan biasanya tidak meninggalkan bukti kerosakan pada tubuh mahupun penyebab kematian sehingga tidak dapat kenal oleh kaum Muggle.
EXPECTO PATRONUM  Mencipta Patronus (pelindung) untuk mengusir Dementor. Catatan: Sebentuk asap kelabu/perak akan keluar dari hujung tongkat sihir ketika menggunakan mantera ini. Bentuknya bermacam macam, biasanya binatang. Kekuatan Patronus, bergantung kepada kekuatan fikiran penyihir. Patronus adalah jelmaan fikiran-fikiran baik dan bahagia penyihir.
EXPELLIARMUS  Melucuti senjata lawan.
FINITE INCABTATUM   Menghentikan mantera-mantera yang sedang bekerja.
LOCOMOTOR MORTIS  'Mengikat' kaki mangsa, sehingga tidak dapat bergerak.
LUMOS   Menyalakan cahaya kecil di hujung tongkat.
MOBILICORPUS   Menggerakkan atau memindahkan tubuh seseorang. Catatan : Biasanya digunakan ketika mangsa dalam keadaan tidak sedar atau tidak berdaya.
MORS MORDE   Mewujudkan bayangan tengkorak yang bercahaya, ke langit, dan seekor ular keluar dari mulut tengkorak. Merupakan tanda Lord Voldemort dan para pengikutnya Deats-Eaters.
OBLIVIATE   Memadam atau mengubah ingatan seseorang kebiasaangya kepada Muggle
REDUCTO   Menghancurkan benda padat yang menghalang jalan.
RIDDIKULUS    Mantra untuk berhadapan dengan Boggart. Catatan : Mantera ini membolehkan Boggart berubah menjadi sesuatu yang kita sukakan
SERPENSORTIA  Mengeluarkan ular besar dari hujung tongkat yang mengarah ke musuh penyihir
WINGARDIUM LEVIOSA   Menerbangkan benda.

ok fine info ini sangat tidak berguna sama seperti info Krabby Patty tu.. hahahaha..
sumber wiki: List of spells in Harry Potter

Aku dah Mula Bosan dengan Facebook

Malam tadi kotak kosong ada terbaca blog bangku kosong.. even tak tinggalkan jejak kan tapi sebenarnya aku masuk je blog blog popular ni.. macam blog en ben, ujang, ayeem, hanis zalikha, tubelawak, hamzah ian, en eq, budu dan belacan etc.. tapi aku agak tertarik dengan entry dan komen blogger di bangku kosong malam tadi "bila dah berblogging facebook dilupakan"..
Minggu lepas pun kosmo ada siarkan pasal 10000 orang di UK telah menutup akaun facebook diorang.. sama seperti di US pengguna facebook menurun daripada 155.2 juta kepada 149.4 juta.. ini berikutan kebimbangan diorang tentang pencerobohan data peribadi.. tapi ada yang berpendapat Facebook sudah mula berdepan nasib yang sama seperti Friendster dan MySpace setelah menggunakan akaun laman sosial tersebut dalam tempoh yang lama.. pendek kata bosan la..

Di Malaysia ni pulak macam mana? baru nak tekedek kedek nak berfacebook ataupun sudah mula bosan jugak.. kita sebagai blogger pulak macam mana?.. mantain, makin rancak, makin bosan ataupun dah so so?..hahaha..

Seberanya aku dah deactivate akaun facebook aku tiga minggu yang lalu selepas mula bosan dengan menatang tu.. tapi atas desakan kawan kawan dan aku nak ping kan blog aku dalam Busuk.org, so aku terpaksa aktifkan akaun tu balik..hahahahaha.. sekarang ni tak de apa sangat dah, bukak pun dah jarang jarang, atau just nak tengok tengok perkembangan semasa rakan rakan aku.. kalau online kat pc aku lebih banyak menghabiskan masa aku dalam blog dah berbanding facebook.. biasanya aku online fb pakai talipon jak kalau tak de apa sangat nak buat kan..

Saturday, June 18, 2011

Gambar Pintu Tandas

Ini dia gambar pintu tandas untuk membezakan tandas lelaki dan tandas perempuan dari beberapa negara yang berlainan..hahaha macam macam..

Award for The Great Blogwalker

Blogwalking.. kalau aku buka blog mesti nak blogwalking.. macam mana korang blogwalking? apa teknik yang korang gunakan?.. tapi ada jugak blogger yang tak perlu nak blogwalking sangat, blog dia akan sentiasa di kunjungi orang beribu ribu.. ada pulak orang blogwakling secara random dari blog ke blog melalui shoutbox.. ada pulak orang blogwalking tapi tak blogwaling hahaha.. yang ini jarang berlaku.. menghantar massage ke shoutbox tanpa menjejaki blog korang..

Cara aku blogwalking ialah dengan membalas kunjungan, seperti yang aku cakap dalam entry yang ini.. sebolehnya aku akan membalas kunjungan semua blogwalker yang singgah kat blog aku.. even yang datang daripada Uganda atau Saudi Arabia pun aku terjah jugak hahahah..

Aku terpaksa memberi keutamaan kepada orang yang bagi aku 'pelempang', orang yang tinggalkan jejak dan senang aku nak capai.. tapi sebelum tu aku kena tengok shoutbox dulu, aku akan mulakan daripada list paling bawah, ini untuk mengelakkan daripada tertinggal mana mana blogwalker yang singgah..

Disebabkan masa, kebiasaanya orang yang jarang siggah kat sini aku susah nak terjah balik.. unless aku terserempak dalam ruangan komen blog orang lain.. bagi aku, hubungan baik diantara sesama blogger adalah sangat penting... cehh!! ada gaya macam En. Ben tak aku?..hahahaha..

Dengan rasa rendah diri, humble dan malu malu kucing.. aku ingin memberi AWARD kepeda mereka yang aku boleh anggap sebagai The Great Blogwalker.. mereka adalah Bloggers yang singgah dan meninggalkan jejak dalam lima entry aku yang terakhir bravo bravo..

adwafarahin, faiz, Mawar Berduri, nfdeeda_zubir, Syuxer, IMANSHAH, Dayana Nasir, apik pehe, Aki, Fathiah Hamim, Nurnajwa, Shamsuddin Amin, **::CIKNUURUL::**, ïêmå å¢klê§, syrupmasin, Far8 budak baik, Aisyah Aina, chemay, Cik Bidadari, Aman Ibrahim, M Fizan, lilypelangi, nawal addina, ~SaL IjOu~ , Raji and Yeen, HonEyBuNNy, Abu Huzaifah, sudeh, dill, Cik Miza, YOUsoF, Nurnajwa, Rtp Farra Arisha, amna, GaRy™ , sobri yaacob, Rina AVAIL a.k.a Cik Betty, yatie Awang, ayie, syud, APAN, catwoman, Liyana Yusof, cucu umie, meaw, Afzainizam, Mr.Thinker@Ali nurAMALLINA, cantekk, Mizz D O L L Y, ekin alias, SoutulMujahid, Ivan, Andrik McVean, virgo19, ghab van hal, A retarded kitty, leya, Khairil,  ::contengan hati::)), Siti Mashitah Saidin, tia @ Ini Kisah Tia /rara pinkmafia, Scya Lollit,  Fyq, Miecybe, amir aizat, cantekk, nelly, fadh leyanie, vampire's lovex, liyana, miss.Addin. 

14% from the total follower.. tahniah korang, nak tepek ke tak nak tepek tak pe..hehehe sori poster tu buruk, aku tak reti guna Photoshop dammmm.. hahahaha...

Friday, June 17, 2011

Makan makan di udara

Pernah tak korang terfikir untuk makan malam di udara, konsep ini sebenarnya telah wujud sejak 2007 lagi di 32 negara lain termasuk di Belgium .. dan yang terbaru Indonesia akan menempatkan satu restoran seperti ini di Bali soon..
Huhuhu.. macam mana la agaknya.. gayat tak gayat, korang duduk makan makan pada ketinggian 50 meters daripada permukaan bumi dengan meja panjang yang tergantung dihubungkan oleh crane..
More info:dinnerinthesky.com

Kentut daripada sudut pandangan positif

Dulu masa aku study diploma kat UiTM Menggatal KK.. ramai dikalangan rakan sekelas aku termasuk aku sendiri yang berperangai tak senonoh, terutama sekali lelaki.. antaranya ialah suka kentut merata rata samada di dalam kelas ataupun tenga buat amalai di ladang.. bagi kitorang kentut adalah sesuatu yang menyeronokkan, dan ia perlu dikongsi bersama walaupaun berada di hadapan perempuan kelasmate kitorang yang lain..

Tapi setelah aku melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam, perangai tak senonoh itu tidak lagi terbawa bawa.. mungkin disebabkan perempuan kelasmate baru yang aku tak kenal sangat, kurangnya rakan sekentut yang melanjutkan pelajaran bersama sama dengan aku dan azam baru aku pada ketika itu untuk menjadi lebih matang..

Bagi aku, dari sudut pandangan yang lain kentut sebenarnya mempunya banyak kebaikan.. di sini aku ingin kongsikan kepada korang beberapa menfaat daripada kentut..

Merilekskan badan.
Aku dapat rasakan sebaik sahaja aku melepaskan kentut badan aku akan terasa lebih rileks.. yea kan? korang pun sama jugak kan.. cuba anda bayangkan anda mengemut selama tiga minit, selesa tak korang rasa? tak selesa kan.. jangan kemut, lepaskan sahaja.. dengan itu badan korang akan menjadi lebih rileks..

Memeriahkan suasana
Jika korang duduk ramai ramai dalam keadaan suram tak de topik untuk dibualkan.. salah satu kaedah yang cepat untuk memeriahkan suasana ialah dengan kentut.. percaya la korang, keadaan akan bertukar menjadi meriah, ceria dengan gelak dan tawa.. hahahaha.. try la korang..

Mengkambing hitamkan orang lain
Jika korang merasa tidak berpuas hati dengan seseorang.. sebenarnya korang boleh mengenakan orang itu dengan kentut.. tetapi harus dingat, pastikan dahulu korang adalah seorang yang bijak berlakon inesen sebaik sahaja melepaskan kentut.. dapat tak yang aku cuba sampaikan di sini? dapat kan..hehehehehe..

Melapangkan suasana
Ramai orang, sesak, sempit dan anda merasa kurang selesa.. kentutlah untuk mendapat keselesaan yang anda inginkan.. pastikan kentut anda adalah kuat dan berbau busuk..

Wangian aroma semula jadi
Kalau korang lupa pakai perfume ketika pegi ke kelas atau ke tempat kerja.. bolehla korang kentut untuk medapatkan wangian semula jadi yang percuma.. perfume beraroma kentut..

Sekian, nak kentut ni..^^

Thursday, June 16, 2011

Ingin Mengatasi Bunyi Haiwan dan Bunyi Gitar

Mula mula dulu aku ingat nak tukar Bunyi Kotak Kosong tu.. macam pelik jak kan.. jangan tanya aku kenapa bagi nama blog bunyi kotak kosong? sebab aku pun tak tahu.. tu jak yang ada dalam kepala hotak aku masa nak create blog ni.. tengok gambar kat atas.. nak tukar pun sayang kan..

Macam mana aku nak mengatasi bunyi haiwan dan bunyi gitar, setakat ni aku dah berjaya mengatasi bunyi tokek, bunyi binatang, bunyi konsonan, bunyi kompang dan macam macam jenis bunyi.. aku nak bunyi kotak kosong berada di atas sekali apabila perkataan bunyi di taip.. itu azam aku.. aku harap google lagi suka dengar bunyi kotak kosong banding bunyi dua menatang di atas tu hahahaha..
untuk apa?..hehehehe...

Celebrity Hollywood: Sebelum dan Selepas Pembedahan Tetek

Arghh..!! merata rata orang cakap pasal hackers..
Lantak korang la nak hack sapa.. pandai la aku cakap kan sebab bukan aku yang kena..hehehe 

Aku rasa aku bukanla pengguna 10 website yang kena block tu.. tapi mungking diorang ada sebab kenapa bertindak macam tu.. tak puas hati? nak uji pertahanan? apa apa la.. pihak kementrian pun rasanya bersedia dengan serangan serangan yang mungkin akan meningkat.. 'pernah mengalamai situasi serupa sebelum ni' katanya..huhuhu..

Bagi akula kan.. kenapa block 10 websites tu, sedangkan ada banyak lagi website yang sepatutnya kerajaan perlu block.. besepah website pornography, judi bagai. yang tu pulak tak kena block, boleh jak aku masuk hahaha... yang pegi block PiratesBuy tu buat apa?..
Ok fine, aku bercakap tidak mengikut fakta... mintak maaf..^^

Tengok..apa yang di masukkan kat dalam tu..huhuhu..

Website Malaysia yang telah di hack

Wah hebat gila diorang hackers ni.. cuba korang masuk http://penang.uitm.edu.my/
Dengar khabar Gengblogger pun dah kena hack.. ayoh!! matila, untungla aku tak pemes.. kalau aku kena hack aku tak tahu nak buat apa.. aku tidur jak.. hahahaha..




Wednesday, June 15, 2011

Tips Keselamatan Menggunakan Internet Banking

Memandangkan sekarang ni musim hack menghack kita sepatutnya lebih berhati hati ketika menggunakan perkhidmatan internet.. terutama sekali yang berkaitan dengan akaun peribadi kita seperti bank dan sebagainya..

Sebut pasal bank, adakah korang mengamalkan langkah langkah yang keselamatan yang betul ketikan menggunakan perkhidmatan internet banking? tak pasti?.. kita tahu pihak bank mungkin telah memberi jaminan keselamatan kepada pengguna e-Banking mereka.. tapi bagaimana pula di pihak kita?.. main belasah jak kan..


Di sini aku ingin berkongsi dengan korang tips tips keselamatan untuk pengguna internet banking..

Jangan menggunakan komputer awam
Cuba elakkan mengakses akaun internet banking menggunakan komputer yang di tempatkan di tempat awam seperti di perpustakaan ataupun di CC.. biasalah kalau banyak orang yang dah pakai komputer tu selalunya banyak dijangkiti segala macam virus. Ingat, spyware yang ada di komputer awam macam ni boleh mengintai transaksi anda.. lebih buruk lagi apabila ia dapat mencuri data data korang..

Pengawasan rutin 
Lakukan pemeriksaan online bank anda anda secara rutin.. dengan ini, ia dapat memastikan bahawa tidak terdapat transaksi mencurigakan di dalam akaun anda.. jika terdapat sesuatu yang aneh, segera buat laporan kepada pihak bank...

Kuatkan password anda
Gunakan password yang tidak mudah di curi.. sebaik baiknya gunakan password yang menggabungkan huruf dan angka.. ingat, jangan sesekali mengunakan password daripada tarikh lahir ataupun IC korang sebab ia sangat mudah untuk di curi.. adalah lebih baik jika korang mengubah password secara rutin.. dan sudah pasti korang harus ingat password tersebut.. jagan asyik dok tukar tukar..last last lupa pulak..keh keh..

Jangan percayakan bank ataupun polis
Jangan pernah memberi password korang kepada sesiapa pun termasuk pihak bank ataupun pihak berkuasa seperti polis.. bank mungkin sesekali bertanya kepada anda tentang informasi peribadi seperti nombor kad pengenalan tarikh lahir dan nama ibu untuk melakukan verification.. tetapi bank yang baik tiada hak untuk menanyakan password korang.. ini termasuklah pihak polis.. tiada hak tau!!.. 

Antivirus 
Sila pastikan komputer yang anda gunakan untuk mengakses online banking korang dilengkapkan dengan antivirus dan sistem keselamatn yang bagus.. serta pastikan jugak ianya update.. ini adalah untuk keselamatan, siapa sangka.. perlu anda tahu, dunia maya penuh dengan perangkap, program jahat dan hackers..

Ok aku rasa tips tips kat atas serius sangat berguna dan sangat penting.. jangan pandang enteng.. ingat itu!!

Hachers Anonymous menggodam website kerajaan Malaysia

Sejak semalam kecoh pasal hackers yang menggelar kumpulan mereka sebagai Anonymous ingin menyerang website rasmi kerajaan Malaysia .. mari kita lihat apakah yang akan berlaku nanti, aku pun tak sabar nak tahu apa yang akan mereka lakukan..  kumpulan ini dikatakan sangat hebat kerana mereka telah menggodam berapa syarikat besar seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Sony PlayStation dan syarikat penerbangan Lockheed Martin Corp.. mereka juga telah turut menyerang website dua negara lain iaitu Turkey dan Spain.. Anonymous akan melancarkan serangan keatas Malaysia di 7.30 GMT Rabu (waktu Malaysia Khamis 3.30)
More info..klik kat sini..

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour. 

Wordless Wednesday ka jugak ni?

Wordless Wednesday ka jugak ni? banyaknya words...dammm..

Tuesday, June 14, 2011

Blog aku dalam blog mereka

Aku amat menghargai mereka yang meletakkan link blog Bunyi Kotak Kosang di dalam blog mereka.. dengan itu aku ingin memberi penghargaan kepada mereka dengan meletakkan link blog mereka jugak di dalam blog ini.. walau tak sebanyak mana kan.. tapi jutaan terima kasih aku ucapkan.. so far antara mereka yang aku temui ialah...

http://www.miecyber.com/
http://syrupmasin.blogspot.com/
http://deandian.blogspot.com/
http://kongsakongsi.blogspot.com/
http://thisisguitarburok.blogspot.com/ 
http://meina-dots.blogspot.com/
http://salsalbilah.blogspot.com/
http://exyanne-collection.blogspot.com/
http://cikhuhu.blogspot.com/
http://kuno1989.blogspot.com/
http://limelog.blogspot.com/
http://nfazcheeriest.blogspot.com/
http://keluhkesahkudin.blogspot.com/
http://leyamaleya.blogspot.com/
http://ainluvely.blogspot.com/
http://cayob.blogspot.com/
http://misssabridah.blogspot.com/
http://ourphonetography.blogspot.com/
http://lautantehbloglist.blogspot.com/
http://inikisahtia.blogspot.com/
http://missfroggy84.blogspot.com/
http://andrik-mcvean.blogspot.com/
http://aisyaj.blogspot.com/
http://idaida0504.blogspot.com/
http://www.orangmuo.com/
http://adwatingtong.blogspot.com/
http://khairulakmalazman.blogspot.com/
http://blogthinkeryo.blogspot.com/

Gigih aku menjejaki diorang ni.. ada lagi tak yang aku tertinggal.. sila bagi tahu aku ok.. sesiapa yang ingin menjalinkan hubungan asmara dengan blog ini antara suka sama suka sila bagi tahu aku ok, no main rogol rogol, letakkan link anda ketika melempang aku.. 

Bio kecik janji sedap

Aku suka komen si Apan dalam entry aku yang ini.. betul betul boleh menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi diri.. 'bio kecik janji sedap' hahahaha.. dalam sungguh maksud yang cuba digambarakan di situ.. keh keh keh..


Aku baru tahu rupanya ada jam untuk orang cacat penglihatan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!