Tuesday, May 31, 2011

Blog aku berat

Aku kan kalau orang masuk dalam blog aku, seboleh yang mampu aku akan membalas kunjungan korang, dan aku sangat menghargai jejak yang korang tinggalkan.. unless aku tak sempat, busy dengan kerja kerja yang lain.. aku yakin korang pun macam tu jugak kan..

Sebab tu mintak mintak la aku tidak teperosok dalam blog blog yang berat.. macam mana blog yang berat tu? kalau korang letak banyak sangat widget, segala macam yang terbang melayang layang, salji salji dan macam macam lagi... ha yang tu la dia.. memang la nampak lawa kan.. tapi..

Lagi satu, aku paling suka kalau ruangan komen tu kuar dalam bentuk pop-up, dan tak de verification.. uh! aku rasa macam nak gigit gigit je blog yang kena double load.. lagi teruk kalau dah taip message, tiba tiba kena letak kod verification pulak.. arghhh.. ada satu tahap tu aku gigih je nak letak komen kan.. tapi..

Sebab tu.. aku harap korang tak kecik hati kalau aku langsung tak tinggal jejak dalam blog macam tu.. sebenarnya aku masuk dalam blog korang..tapi banyak aral melintang, masuk gitu gitu je, pastu kuar balik.. ok, salam ukuah.. nama saya Abu,...ah ah abu  :D

adakah aku perlu samak blog aku ni sebab letak seekor anjen kat sini hahaha..oh! kasihan delou, keberatan dia mengangkat batu bata..

ah ah abu...

Aku ni kalau cakap pasal benda benda dalam radio tu memang agak ketinggalan.. lagu lagu baru ke ape benda semua aku tak tahu.. kebnyakan maklumat aku tengok dalam newspaper ataupun internet.. lagu pulak aku download daripada 4Share, tengok dalam youtube, billboard charts, atau kawan kawan bagi tahu..

baru je tadi masa lunch dengan member office kitaorang terdegar lagu lucu...

ah ah ahmad...
ah ah ahmad..
ah ah ahmad..

hahah..macam macam lagu Malaysia ni kan.. kawan aku cakap baik tukar lagu tu..

ah ah abu...
ah ah abu...
ah ah abu...

aku search dalam google.. kat bawah ni separuh daripada lirik lagu ah ah ahmad tu nyanyian Arrora Salwa.. dan aku tukar kepada abu

Abu… Yang selalu dihatiku
Abu.. Luluhkan keangkuhanku
Abu.. Ingin aku cepat-cepat
Bercinta dengan lelaki paling hebat..


Abu.. Peribadinya sederhana
Abu.. Tiada banyak bicara
Abu.. Ku tak mahu lama-lama
Mendekat kepadaku dengan segera..


Ah Ah Abu..
Ah Ah Abu..
Ah Ah Abu..
Ah Ah Abu..


Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya
Ah Ah Abu..


hahahaha.... seronoknya aku...
bertuahla ngko Ahmad.. ada lagu khas untuk anda.. ah ah ahmad...hehehe

ini la Arrora Salwa.. cantek kan.. meeouw~..

Monday, May 30, 2011

Pesta Kaamatan: Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Hari ni dan esok adalah publick holiday bagi negeri Sabah sebab diorang tengah meraihkan hari kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat negeri di Pinampang.. huhu meriah la gamaknya.. tahu tak korang Pinampang tu lah pusat kebudayaan bagi masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.. kalau korang datang Sabah rugi kalau tak pegi Pinampang.. tambah tambah lagi kalau time macam ni.. seronok tengok budaya masyarakat tempatan..

Menurut kepercayaan orang Kadazan Dusun, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan (makhluk halus). Bambaazon adalah pencipta, berkuasa dan amat memuliakan tanaman padi sebagai sumber makanan...


Kemuncak Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' (Harvest Festival) ada pertandingan Unduk Ngadau 'ratu cantik' tarian tradisi sumazau, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan iaitu ketua pendita.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan..

Tips hilangkan rasa mengantok di tempat kerja

Memandangkan hari ni ialah hari Isnin,.. aku nak bagi tips untuk hilangkan rasa mengantok di tempat kerja.. sudah semestinya korang tahu kenapa korang mengantok kan, ia mungkin disebabkan borring, penat, lapar ataupaun kurang stamina.. rasa mengantok sebenarnya mempengarui kualiti dan prestasi kerja, sebab tu elakkanla diri daripada mengantok di tempat kerja ok.. hehehe..


Minum teh hijau 
Teh hijau adalah untuk menggantika kopi, sebab orang cakap kalau terlalu banyak minum kopi boleh menjejaskan kesihatan ataupun ketagih. So mungkin lebih baik kalau digantikan dengan green tea.. sama macam kopi, ia mengandungi L-theanine yang dapat mengurangkan rasa ngantok dan meningkatkan focus semasa bekerj.

Berdiri dari kerusi
Seperti biasa kalau duduk di atas kerusi berjam jam ia menyebabkan kita rasa mengtok bukan.. so untuk hilangkan rasa mengantok korang mungkin perlu berdiri dari kerusi tu.. berjalan sekejap dan membuat sedikit aktiviti regangan.. henjut henjut, tarik tarik, picit picit, pusing pusing regangkan otot..

Tidur lima minit (napped)
Jika di tempat kerja, walaupun duduk diam je kan, tapi sebenrnya tenaga banyak digunakan untuk berfikir, kekurangan tenaga boleh menyebabkan kita rasa letih dan mengantok.. so lepas lunch, dengan tidur lima minit sahaja sebenarya sudah cukup untuk merehatkan badan kita.. cari tempat yang selesa/ tenang dan tidurlah.. ingat lima minit jak ok.. jangan telajak sudah..haha

ah! itu je la.. aku tahu, bagi korang ini mesti entry boring kan.. tapi ia sangat penting ok.. kalau rasa nak amalkan silakan silakan.. ada banyak lagi cara sebenarnya.. terpulang daripada korang nak ikut yang mana satu.. dah! selamat bekerja.. tingkatkan prestasi ok..

Saturday, May 28, 2011

Bikini paling sexy


Mari kita gelak.. bikini paling sexy sekali.. aku nak censored tapi aku tak reti, kalau korang tak nak tengok korang tutup mata je la ya.. aku tak tahu gambar ni daripada mana ntah, aku jumpa dalam tenet.. keh keh keh.. gelak je aku..

Shortcut untuk Facebook

Mesti korang semua ada Facebook kan.. ada kan.. boleh dikatakan semua orang ada Facebook (13 tahun keatas), orang yang tak de Facebook orang cakap buta IT.. orang cakap ya bukan aku.. hehehe..

Sebenarnya aku baru tahu Facebook punya shortcuts.. aku jumpa kat intrnet ni.. sebelum aku share kat korang aku try dulu.. oh memeng boleh pakai, try la.. baru nampak pro sikit.. Raja Facebook!!.. mati kan kalau tak on Facebook.. hek keh keh..

shift + alt + 1 = home

shift + alt + 2 = profile

shift + alt + 3 = Friend request

shift + alt + 4 = message

shift + alt + 5 = notification

shift + alt + 6 = edit My Account

shift + alt + 7 = choose settings privacy

shift + alt + 8 = Facebook Like

shift + alt + 9 = statement of rights and responsibilities

shift + alt + 0= Facebook help center

Friday, May 27, 2011

Bah Mari Belajar Bahasa Sabah

Permandangan indah Gunung Kinabalu di Daerah Kundasang..sumber

Seperti yang korang semua tahu.. bahasa sabah sangat berbeza dengan bahasa melayu semenanjung dan juga Bahasa Melayu Piawai.. terdapat banyak perkataan yang jika disebut ia meng-identitikan bahasa yang di pertuturkan itu ialah bahasa Sabah..

Untuk pengetahuan korang, bahasa melayu sabah boleh dibahagikan kepada dua jenis logat/ slang/ accent..

1. Bahasa KK atau slang KK - bahasa dipengaruhi oleh suku kaum Kadazan Dusun, Bajau KB(Kota Belud), Murut dan bahasa dari negara jiran Brunei

2. Bahasa Pantai Timur atau merujuk kepada slang Tawau (Sandakan, Lahad Datu dan Tawau) - bahasa yang banyak dipengaruhi suku kaum Suluk, Bajau, Bugis dan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia

Untuk kali ini, aku cuma ingin menerangkankan sedikit dan memberi contoh ayat untuk bahasa KK sahaja.. free free kang aku akan terangkan bahasa/ logat Tawau pulak ok..

Penggunaan perkataan bah
Bah di dalam bahas Melayu Piawai bermaksud banjir besar (flood).
Tetapi di dalam bahasa sabah ia membawa maksud kepada ayat penegasan, ataupun juga digunakan sebagai kata mesra.

Penggunaah perkataan bah boleh berada di mana mana ayat.. ia boleh berada di hadapan, di tengah ataupun di belakang ayat 

Contoh ayat ringkas:
hadapan  - Bah mau tebirak sudah sia ni.. (aku dah nak terberak ni..)
tengah     - Kenapa bah kau berubah.. (kenapa awak berubah..)
belakang - Kawan kau tu tambirang bah.. (kawan awak tu sombong..)

Walaubagaimanapun perkataan bah juga boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu dengan perkataan lain. Ia digunaakan untuk merujuk kepada jaminan atau pengakuan..

Contah perbualan di bawah:
Orang A: Jom kita jalan jalan di KK nanti pukul 5 patang.. (jom, kita lepak kat KK (kota kinabalu) pukul 5 petang)
Orang B: bah.. (ok..)

ah!! bebelit belit dah aku terangkan.. aku pun dah naik pening hahahaha..
Kat bawah ni adalah contoh beberapa perkataan Sabah yang lain dan selalu digunakan dalam pertuturan harian masyarakat sabah..

bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
limpang - baring
ampus - lelah, asma
bantut - pondan/ mak nyah
ngam - sesuai , muat
pancut - pancit
limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
lugai-lugai - tak tentu arah 
ndak/inda - tidak

Antara blogger Sabah yang selalu singgah dalam blog aku ni ialah:







wunny (eik!! sesat..hahaha..)

Bha buli ka kurang tinguk itu penerangan aku diatas.. kalau ada salah kamu urang kasi tau aku ya.. bulih bah kan.. hehehe

Thursday, May 26, 2011

Gambarku yang poyo

boleh tak letak gambar ni dalam blog aku.. boleh kan, suka hati aku la.. ni blog aku maa..keh keh. aku suka gambar ni sebab tu aku nak letak.. aku nampak sangat poyo di sana.. ia jarang berlaku ok, kepoyohanku agak terserlah ehemm.. lantak la..hahaha

Tips, petua, cara untuk mengelakkan perut buncit

Perut buncit adalah masalah yang di hadapi oleh lelaki dan perempuan, tapi nampak sangat lelaki lagi banyak kot hahaha... sebenarnya perut buncit tidak berlaku pada orang yang berbadan gemuk sahaja, tetapi ia juga boleh berlaku pada lelaki/ perempuan yang berbadan kurus.. Perut buncit selalunya disebabkan oleh cara hidup dan amalan pemakanan yang kurang sihat.. untuk mengelakkan masalah perut buncit, berikut adalah langkah langkah yang boleh diambil..


1. elakkan pengambilan garam yang berlebihan.. kalau korang ingat masa sekolah dulu, kita ada belajar tentang konsep osmosis.. so kalau kita mengambil garam yang berlebihan, tahap kepekatan tisu badan kita akn tinggi dan air akan meresap pasuk ke dalam badan(tidak dikumuhkan)..dan dengan itu berat badan akan bertambah..ya kan..

2. elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan. di dalam badan karbohidrat akan di tukar kepada glikogen atau di simpan sebagai sumber tenaga (stock).. jika ia tidak dibakar(tukar kepada tenaga) sama seperti garam, ia akan mengubah tahap kepekatan dalam badan.. sebab tu kita kena bersenam untuk membakar karbohidrat dalam badan.. kan.. kan..

3. elakkan makan makanan yang mempunyai banyak minyak (goreng goreng).. ini sudah jelas terang dan nyata lagi bersuluh, minyak adalah lemak.. lemak dicernakan agak lambat di dalam badan sehingga ia sangat mudah menempel dan bertumpuk di dalam perut..dan...buncit!!

4. elakkan mengambil minuman bekarbonat.. tahu tak jika minuman bekarbonat di minum ia tidak akan dicernakan di dalam badan melainkan tersimpan di dalam perut(keluar sebagai kentut)... mungkin kita dapat membayangkan jika gelembung gelembung udara tadi mengendap di dalam perut...yaaaaa perut akan membuncit..wah well done buncit!!..hahaha

Itu jak yang aku dapat kongsikan kat korang, betul ke tak yang aku cakap ni korang fikir la sendiri ya.. rajin rajin la godek internet ni, jangan asyik main blog jak.. grrr.. jangan jadi buncit...ok! good luck hahaha

Nur Kasih tak best, bosan..


Yaaa..cerita Nur Kasih tak best.. bosan..aku tertidor dalam panggung arghhh!!!!...
Abis la aku kena kutuk oleh peminat nur kasih..hahahaha..sori sori..

Tak de la.. ok je cerita dia, boleh layan, sedih sedih.. macam biasa typical cerita melayu, mungkin sebab aku tak tengok drama dia kot, so aku tak masuk sangat. lagi pun masa tu aku baru balik daripada kerja, agak penat.. aku apa lagi, tido la dalam panggung.. haha.. ada beberapa scene aku tetinggal..


Cuma aku agak tetarik dengan cerita KL Gangster.. cam best je.. sound effect pun best.. arahan Syamsul Yusof, selain cerita hantu hari tu, dia ni memang masuk kalau genre samsing samsing.. lakonan Syamsul Yusof sendiri, Ridzuan Hashim, Aaron Aziz, dan Ady Putra.. release 9 Jun, boleh la layan nanti.. more info review dan sinopsis KL Gangster cuba kelik kat sini..

Wednesday, May 25, 2011

Harga minyak Ron 95, diesel dan LPG kekal

Baru je terbaca dalam yahoo, nampakya buat masa ni harga minyak Ron 95, diesel dan LPG (liquefied petroleum gas) tidak akan di naikkan.. Ron kekal pada harga rm 1.90.. wah legala korang semua kan.. harap harap akan bertahan untuk jangka masa yang panjang. Untuk pilihan raya akan datang, mestila jaga hati rakyat ye dak.. Datuk Ismail Sabri cakap goverment kan concerned pasal welfare rakyat.. bagus la kalau macam tu..


Walaupun harga minyak tidak dinaikan, tapi mungkin pada masa hadapan, sapa tahu kan.. kita still lagi perlu berjimat cermat tidak boros dan membazir. Sebab itu semua adalah sahabat syaitan.. nak tak bersahabat dengan syaitan. tak nak kan.. hehehe

Bawah ni senarai yang mungkin kita boleh amalkan sebagai langkah untuk berjimat cermat..
  1. bawa bekal daripada rumah
  2. berhenti merokok
  3. baca ahkbar/ majalah melalui internet dan tidak lagi membeli
  4. menonton DVD di rumah, kurangkan menonton filem di pawaaganm.. ehem ehem..
  5. bayar secara online, tak payah nak kuar rumah
  6. car-pool bergilir gilir kereta dengan rakan pejabat
  7. kurangkan ke pusat membei belah, lepak beriadah di taman.. ehem ehem..
  8. ubah lampu di rumah menjadi lampu kos kuasa rendah
Korang boleh tambah lagi list kat atas tu, ikut kesesuain korang, bagus kan.. aku dapat dariapda irfankhairi.. semoga aku dapat mengamalkanya jugak.. tapi nampaknya aku macam ada problem jak untuk sesetengah list tu, maklumlah hidup bujang lagi, tak de dapur tak de bini.. loser pulak tu.. arghhh!!

Harga Ron95 dijangka naik 20 sen


Semalam AmResearch telah mengumumkan harga minyak Ron95 kemungkinan akan dinaikkan daripada rm1.90 kepada rm2.10 bermula bulan hadapan. Ini berikutan kenaikan kos subsidi yang di tanggung oleh kerajaan sehingga tiga kali ganda kesan dariapada pergolakan di timur tengah dan utara Afrika. Kerajaan memperuntukkan subsidi bagi Ron 95 ialah 30 sen dan meningkat kepada 90 sen seliter selepas kanaikan harga pasaran dunia (rm10.3 kepada rm 20.58 bilion).

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengumumkan bahawa harga minyak berkemungkinan akan naik dan rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Datuk Ismail Sabri juga berkata adalah lebih baik jika kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan itu di belanjakan kepada perkara yang memberi menfaan kapada rakyat seperti membasmi kemiskinan atau menyediakan perumaah untuk rakyat..

Sumber: malaysia today dan berita harian

*****

 Gambar daripada Caca Marba

So kesimpulanya bertambah lagi la kos hidup kita nampaknya.. untung untung kalau masi bujang, ni kalau dah bekeluarga, anak anak lagi, istri..wah.. memang sakit kepala woooo.. terfikir macam mana nak mencari pendapatan sampingan..

Secara lojiknya memang la harga minyak ni akan sentiasa meningkat. Cuba anda bayangkang hasil bumi yang di korek korek korek, lama lama akan habis jugak kan.. tahu tak berapa puluh ribu tahun masa yang diperlukan untuk membentuk petrolium.. so, bawak bawak la berfikir ya..

Yang paling penrting sekarang ialah masyarakat perlu bersedia dan mengubah cara hidup mereka untuk lebih  berjimat cermat.. jangan asyik nak merungut dengan masalah ini.. nasib baik lah negara kita ni aman, kalau bergolak, macam mana la nak menguruskan sumber kewangan negara.

Kerajaan pun satu, kalau dah cakap duit tu digunakan untuk rakyat, so gunakan la betul betul untuk rakyat.. ini cakap bagai bagai tapi hasilnya tarak nampak... celah bedah mana kebaikan kalau macam tu. Ini yang selalu membuatkan rakyat marah.. aku geram betul dengan pemimpin yang huha huha..cakap bukan main berapi... tapi tin kosong. selalunya peruntukan tu memang ada. tapi, masa duit tu OTW ke golongan sasaran, melalui bos bos ketua ketua taik taik.. ntah duit tu pegi mana ntah.. masuk poket Wallahu 'alam.. 

Sebenarnya aku nak buat entry pasal berjimat cermat, tapi hujung gujung aku dah ter emo pulak grrr.. cerita lain sudah.. nanti la aku sambung..

Tuesday, May 24, 2011

On Stranger Tides best..!

Selepas habis tengok cerita On Stranger Tides malam tadi aku bertanya kepada kawan aku..

Ade ke mermaid jantan? er..

Ngok! mestila ada..abistu macam ne dia nak membiak...

Eh ya, betul juga kan.. kalau tak de, dengan sapa diorang nak tuuutttt..tuuuttt..

Tapi selain rupa paras yang cantek, dan baik hati selama ini aku tidak pernah terfikir adanya mermaid jantan.. aku berangapan bahawa mermaid tu membiak dengan sendirinya, macam siput babi.. tak perlu nak ada yang jantan.. hahaha..

Dalam cerita Pirates ni betul betul mengubah perspektif aku bahawa mermaid adalah makhluk yang lemah lembut tinggi budi bahasanya, macam budaya sebenar wanita melayu, tak ganas.. maskud aku melayu adalah mermaid, dan mermaid berbangsa melayu.. sexy tapi sopan auw!!
hahaha apa aku merepek ni...

Astrid Berges Frisbey and Sam Clafin

Ok, better korang tengok cerita ni best wok.. tak rugi, best macam cerita Pirates of the Caribbean yang dulu dulu.. dia tak de la sangat kaitan dengan cerita pirates sebelumnya, so mean kalau tak tangok yang dulu pun kita tak de la nak ble ble dalam pangung.. tapi sayang kali ni The Black Pearl tak nampak, sebab dia duduk dalam botol.. keh keh.. balek balek dalam botol..

Sebab tak nak tengok lambat, gigih je aku paksa kawan aku join tengok semalam.. even seat second line je yang ada.. hahaha.. pirates terbaik 10/10 abu bagi.. oyeh!! (mesti kotang cakap overrated kan haha..)
entry pirate sebelum ni..klik kat sini..

entry auto publish..owner blog tenga kerja hehe..^^

Manal al-Sherif: women driving campaign

Aku baru tahu sebenarnya di negara arab saudi wanita tidak dibenarkan drive kereta.. satu satunya negara di dunia yang tidak membenarkan wanita temptan mahupun wanita asing untuk membawa kereta..

Manal al-Sherif telah ditahan oleh pihak berkuasa arab saudi sebeb dia membuat rakaman ketika sedang memandu dan mengupload vedio itu ke dalam facbook dan youtube. Ini adalah tindakan beraninya untuk mendorong wanita melakukan perkara yang sama bagi memberikan hak sewajarnya kepada mereka..
Dia bersama sekelompok wanita lain menubuhkan 'women driving campaign page' di facebook supaya mendesak pihak berkuasa menarik balik larangan memandu kepada wanita di negara itu. Bagi mereka, sekiranya tidak mempunyai adik beradik lelaki yang boleh memandu kereta, mereka terpaksa membelanjakan $300 hingga $400 sebulan untuk membayar pemandu lain..
more info, klik kat sini..

Kasihan kat diorang, godek godek kat internet sebenanya ada banyak lagi hak hak wanita seperti yang ada kat malaysia ni tidak diberikan kepada wanita arab saudi.. 

Manal al-Sherif

Monday, May 23, 2011

Gambar aneh bin ajaib tapi benar hehehe

Tengok kat bawah ni.. beberapa gambar yang mungkin hanya berlaku di negara tersebut sahaja, gambar yang meng waaaoou! kan kita semua... mana nak jumap peristiwa macam ni..

kangaru sebagai troli di dalam pasar raya...hanya di australia

makan tenga hari di laut.. hanya di hawai..

budak kecil berus kepala ular sawa dalam besen.. hanya di thiland

kereta enjinya lembu.. hanya di libia

bandel tepi gerebak kereta api.. hanya di indonesia

pesta pelir.. hanya di jepun..hahahaha

First Giveaway Ame Dan Aneff

Aku adalah peserta terakhir untuk GA ni...mungkin..

1. buat entry bertajuk "First Giveaway Ame Dan Aneff" (siap)
2. tepek banner diatas kat entry and link kan banner ke entry giveaway ini. (siap)


3. mengutuk mahupun mengkritik dua blog . AME and ANEFF . kutukan mahupun kritikan tidak melebihi 150 patah perkataan. (siap)

ame: blog ko ok jak, ringan nak masuk, lagipun tak semak sangat cam blog aku ni. tapi boleh tak buang kod muzik yang terbang terbang tu.. annoying la..hahaha serius.. lagi, perasan tak widget 'sahabt blogger' tu macam over size.. tak tahu la kalau kat lappy aku ni jak dia keluar cam tu..otherwise, ignore jak apa yang aku cakap ni.. peace..

aneff: ok, tak banyak widget, senang nak masuk dan font tulisan pun okay...gud.. tapi blog sangat simple pada background.. and playing too much color on font used. sikit sikit ok la.. ot!! serius ko tak marah ke aku cakap ni..hahaha..

4. follow kedua dua blog AME and ANEFF. optional , kalau tak nak follow pun tak apa. aku follow dah. (siap)

5. tag dua bloggers lain dan pastikan mereka tahu yang mereka ditag (siap)
-pija dan najihah

6. pest kan link entry ini kat ruangan komen entry GA ini. (siap)

ok beres..hahaha

Sunday, May 22, 2011

Kisah sedih sepasang burung

 
seekor burung betina baru sahaja dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang terlalu rendah untuk mencari makanan... burung jantan ini datang dan cuba untuk menyelamatkan kekasihnya..

dengan perasaan simpati dan sayang terhadap pasanganya, burung jantan itu beberapa kali membawakan sedikit makanan dengan harapan burung betina tadi dapat pulih dan terbang seperti sediakala..

 namun demikian ditakdirkan burung betina itu tidak dapat diselamtkan dan akhirnya pergi untuk selama lamanya..

 menyedari pasangan kekasinya telah pergi meninggalkanya, burung jantan itu terpaku di sisi jasad burung betina itu.. ia berkicau sedih sekuat hatinya meratapi pemergian kekasih yang sangat dicintainya..

dengan perasaan sedih, di atas jalan raya burung jantan itu tetap berada di samping jasad kekasihnya dengan tidak menghiraukan lagi bahayah yang mungkin akan menimpanya di saat itu..

*jutaan orang berkongsi kesdihan ini, semoga menjadi iktibar kepada kita..
gambar diambil oleh jurugambar amatur di Prancis dan disiarkan di dalam surat khabar

Lindsey Wixson

Cuba anda bayangkan seorang wanita yang gojes lalu di depan anda, dengan pakain yang lawa dan sexy tiba tiba...gedebukk!! jatuh..sepoil, hilang stim tengok... mesti korang terus gelak kan....hahahaha
Itulah yang berlaku, malang bagi supermodel Lindsey Wixson apabila ia terjatuh sehingga tiga kali ketika jalan kucing (catwalk) di atas runaway. Kejadian ini berlaku di Fashion Show Cannes 16 May lalu..dia yang cuba menahan malu lantas mengakat tanganya menunjukan dia ok...tapi.... gedebukk!!.. jatuh lagi..hahaha.. kasian delou!~...

Menurut sumber, ini adalah saingan terbaru Naomi Cambell yang dikatakan pernah terjatuh dengang keadaan sangat sadis pada 1993 di Paris ketika pertunjukan gaun musim sejuk.
 meeouw......

Saturday, May 21, 2011

Aku nak BE daripada nuffnang

Terima kasih kepada korang yang memberi respond dalam entry Bincang nuffnang, aku tak replay pun lagi komen korang, ala..aku reply pun bukanya korang baca kan..kan... tapi sory tak sempat, lately busy jak.. arghh!!... perasan glamour again.. hahaha.. serius, bw pun aku tak sempat sangat nak buat, kalau buat pun pakai talipon jak, so aku tak dapat nak komen, tah Opera Mobile aku ni, bongok..
Hari tu aku ada sebut pasal khiasan tabung AM Bank tu kan.. klik kat sini.. korang faham tak maksud aku?, ke tak.. buat duno jak... daripada komen korang aku dapat simpulkan kebanyakan diantara kita blogger baru ni tak kesah sangt pasal BE.. betul ke? Tak boleh mcm tu.. letak je la.. kot kot ada rezki.. tak payah nak gigih sangat pun tak pe.. sambil sambil main blog ada jugak yang masuk kan.. nak gigih pun apa salahnya.. side income la katakana.. slow slow.. hehehe..

Yaa.. tengok baru je hari tu aku cakap pasal BE.. dah diroang tambah BE aku lagi... thanks la nuffnang, pilih la blog aku lagi untuk kempen kempen korang.. hahaha.. aku tak kesah dia terbang terbang menyemak kat sini, janji korang bayar kat aku sudah..keh keh keh..
Petua nak dapatkan BE dan traffic tinggi banyak besepah dalam blog.. tu la, kalau bw jangan main scan je.. ada sesetengah entry orang tu usefully jugak.. contoh try masuk dalam blog bangku kosong dan IR ni. Diorang ni bagus.. ada banyak knowles pasal blog yang dia kongsi..
Aku jugak nak mengapresasikan ucapan thanks kepada diorang kat bawah ni, terjah la.. rajin rajin ‘ikut’ terus.. diorang okay..^^
http://cikhuhu.blogspot.com/
http://deandian.blogspot.com/
http://kuno1989.blogspot.com/ 
http://syrupmasin.blogspot.com/
http://limelog.blogspot.com/
http://nfazcheeriest.blogspot.com/
http://keluhkesahkudin.blogspot.com/
http://www.miecyber.com/

oh ya, satu lagi.. "hi bw, follow my blog, then I'll follow your blog".. apa korang rasa kalau ayat ni kuar dalam shoutbox korang?

Kasih sayang binatang..

Tengok.. binatang pun ada perasaan kasih sayang, even berlainan jenis.. spesis burung dengan mamalia, jauh kot..

Tapi kenapa ada manusia yang tak de perasaan langsung?.. bunuh membunuh, fitnah memfitnah, menjatuhkan orang lain.. sungguh jahat orang itu!! dammm...



Friday, May 20, 2011

Rahsia Krabby Patty: Sejarah asal usul dan cara menyediakannya

Sapa sini tak kenal Krabby Patty?.. cepat cakap!! makanan sama famous macam dorayaki..
Krabby patty ialah sejenis makanan segera yang terdapat dijua di Krusty Krab.. tau tak mana letaknya Krusty Krab tu? hehehe.. restoran ni terletak kat Bikini Bottem, jauh di dasar lautan.. 
Spongebob adalah orang/makhluk yang bertanggungjawab menemui semula krabby patty ketika dia kembali ke abad ke-12. Ia adalah makanan yang telah diperkenalkan kepada Raja Krabs ketika abad ke-12 untuk menenangkan Naga Obor-obor ahli syihir jahat Planktonimor dari nenek moyang Sheldon J. Plankton. Dengan itu, Krabby patty telah menjadi resepi rahsia keluarga mr. Krab.
Untuk menyiapkan krabby patty, perkedel terlebih dahulu perlu dimasak pada suhu 298 dgree dengan menterbalikkanya menggunakan sudip yang bagus. Selepas itu, perkedel tersebut dimasukkan kedalam lapisan roti bersama bahan bahan yang lain. Untuk menghasilkan krabby patty yang lazat, ia perlu di siapkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, ataupun kekadang mengunakan sihir dan mesin semangat sebagai enasiatif tambahan.
Ingerdients krabby patty adalah sangat sangat rahsia. dalam suatu ketika resepi itu telah terungkap dalam suatu lagu dan yang selebinya tertulis di dalam kertas, disimpan selamat oleh Mr. Krab. Tapi yang pasti antara ramuanya ialah  
1 cawan sesuatu
1 sejumput sesuatu
1 sudu teh sesuatu
1 splash dari sesuatu
Sedikit sesuatu
1 sudu teh sesuatu
4 cawan sesuatu
Sedikit sesuatu dengan beberapa makanan
Krabby patty juga mempunyai kesan sampingan. Sebagai contoh, jika ia dimakan terlalu banyak dalam sesuatu masa, bahagian peha akan mengalami bengkak disebabkan lemak dan pecah. Hal ini pernah dialami oleh Squidward. Tapi jika seseorng/ binatang tidak memakan krabby patty dalam suatu jangka masa yang lama ia akan mengalami penyakait 'Krabby Patty Withdrawal'. Seseorang yang tidak memakan krabby patty ketika mengalami 'Krabby Patty Withdrawal', ia akan mengeluh tentang hal itu selama beberapa minit seperti yang pernah dialami oleh si Petrick.
berguna tak info aku ni..hahahaha
nak lagi..klik kat sini.

Al fatihah buat arwah Abdul Hakim

Mari kita sedekahkan al-fatihah kepada sahabat blogger kita Abdul Hakim Mohd Kamal ‘telordibasuh’ yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.. dapat berita daripada sahat blogger petang semalam..
Tak sangka post 15 May baru baru ni adalah entry terakhir daripada arwah. Walaupun tak mengenali arwah secara peribadi tapi terasa kehilanganya.. masih dalam senari bloglist aku, selalu masuk blog ‘telordibasuh’, rasa terhibur dengan entry entry beliau..
Jenazah selamat dikebumikan selepas solat asar petang semalam.. Semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman..
More info masuk dalam blog ayeem, komen tubelawak dan para sahabat dalam entry last arwah..

Thursday, May 19, 2011

Stop Lynas! : Solidarity walk 2011


From Harakah:
Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.

PS: kalau tak dapat pegi pun but atlist please join this campaign in Blogs, untuk masa depan generasi akan datang selamatkan Malaysia..
Sama ada ia ada unsur politik ka ape barang aku tak tahu... tapi semua tahu akan kesan radioactive.. save the cheerleader, save the world.. peace..^^

Bincang nuffnang: pemilihan iklan dan BE tak masuk

Di sini aku nak cakap pasal pemilihan iklan pulak.. khususnya blogger new incomer macam aku, dulu aku langsung tak tahu apa.. kalau korang berminat untk baca pasal pemilihan iklan, charity dan Buffered Earnings (BE) sila lah teruskan membaca ok..

Mungkin ramai yang tak tahu, main letak je iklan kan.. konon konon semua iklan yang terdisply tu akan dibayar, sebenarnya tak.. mungkin ada sebahagian daripadanya adalah charity sahaja, saja ada kat situ, ia tidak dibayar pun.. kin berat blog jak.. sebab tu kena baca betul betul sebelum letak iklan.. nanti ada pulak yang merungut cakap BE tak pandai nak masuk, BE seciput..hahah.. sama macam aku la..

Entry semalam aku ada cakap pasal blog aku yang problem tu kan.. aku ada sebut pasa iklan aku yang tak kuar tu, aku tanya dengan nuffnang.. diorang replay dah.. bagus diorang ni, laju.. kalau korang ada masalah korang tanye jak.. diorang okay..

Bawah ni email/ tiket aku, tanya pasal iklan aku tu.. tapi jangan gelak ok, bahasa orang puteh aku memang macam haram, nak try power la katakan.. untung diorang paham hahaha..


Merujuk kepada masalah aku semalam (ayat gampang), apa yang diorang cuba maksudkan kat sini ialah pemilihan iklan kat bawah, dia tak display iklan sebab aku letak "kecilkan unit iklan".. bongok tak aku hahaha... korang jugak kena tengok betul betul.. jangan men bantai jak.. sama yang macam aku buat sebelom ni..

Boleh tak aku tak payah explain panjang panjang? aku rasa kalau korang baca kat bawah ni pun korang boleh faham kan.. ada soalan korang hantar jak tiket/ email kat diorang..


Dulu aku berpendapat, apa nak pikirkan sangat pasal nuffnang, blog macam aku ni setakat berapa sen jak yang masuk.. tak payah letak lah (alasan sebab aku lambat letak Ad).. sebenarnya tak, cuba korang bayangkan jika korang mempunyai sebuah tabung dapat free daripada AM Bank letak macam tu je.. kita tak isi pun, tak buat apa apa..tetiba taraaaaa.. eh!! ada 5 heinggit, magik beno.. mana datang?.. So macam tu la, yang penting jangan down sebab BE tak masyuk.. just let it happen.. buat biasa biasa jak.. saja saja nak ber blog.. kongsi limu, meluahkan hati dan perasaan..aauw!!

Wednesday, May 18, 2011

Tips untuk layout blog

Ini adalah entry kipas.. bukannya entry tips..

Aku rasa layout blog aku ni rosak la.. aku tak tau..somenting going wrong here.. iklan nuffnang tak kuar, aku dah email kat diorang tak tahu la boleh satel ke tak.. pastu kalau aku letak gambar ada pulak garisan dot dot dot kat tepi yang aku sendiri pun tak tahu apa morif sebenar dia kat situ.. macam dot dot dot dalam botol pulak...arghh!!

Aku agak bongok benda benda macam ni, layout yang haritupun budak ni yang buatkan..
tangan aku kegatalan, saja nak tukar yang baru.. nak tukar test konon.. ini la hasilnya, tunggang langang.

Sekarang satu jak harapan aku.. mintak tolong dia buatkan aku.. seblom dia pindah rumah, busy dengan kerjaan dia.. boleh kah Shamsuddin Amin? boleh bha kan ko tolong aku buatkan, aku nak teme yang ni jugak atau lebih kurang, tak nak tambah widget nanti keberatan.. boleh kan.. bha kawan kawan free.. keh keh keh..


Ok ini mungkin adalah tips..
  1. Jangan letak banyak sangat widget.. follower macam aku ni pakai berokbeng susah nak masuk
  2. Jangan letak segala menatang yang terbang terbang dalam blog.. ni pun panggil widget juga ka apa?..kalau benda ni ada serius berat nak hayun..
  3. Seboleh bolehnya ruangan komen kuar dalam bentuk pop-up.. jangan ada email and word verification.
  4. Aku tak tahu apa fungsi lagu dalam blog, tapi kalau nak dengar lagu baik kita bukak winamp jak kan.. lagu dalam blog pun kin berat jugak la rasanya..

    contoh blog yang cool:
    En.Harrazdani

    Kak Adwa
Kalau empat benda ni korang buat barulah boleh dikatakan anda adalah mesra pengguna..ye dak.. ada sapa sapa lagi nak nambah? silakan..ehehehe..

Jangan la pulak ada yang terasa ya, ini cuma pendapat aku jak la.. sama ada korang nak buat atau tak itu terpulang.. itu hak milik korang kan.. blog korang kan.. suka hati la kan..^^

Silent Evoluation: Galeri dalam laut

Aku tak tahu korang pernah terbaca atau ternampak pasal benda ni kat mana mana ke tak, tepi jalan ke, kedai mamak ke. tibi atau paper ke..

The artwork of Jason deCaires Taylor, Silent Evoluation.. hasil seni yang unik dan ganjil, explorasi perhubungan diantara hasil seni dan alam semulajadi..

Projek Silent Evoluation ni dia buat kat Cancun Meksiko.. terletak sedalam sembilan kaki dari permukaan laut. ia telah menjadi galeri bawah laut (MUSA) yang menempatkan 403 patung diperbuat daripada simen khas dan juga menjadi terumbu karang buatan habitat kepada hidupan laut.. hidupan macam si patrick, spongebob, squidward, mr krab dan rakan rakan diorang..

Awesome je aku tengok..

alolololo.. canteknya 

 pun ada jugak..

banyaknya patung macam pasar borong dah..

ini upacara perasmian dia.. pakai baju opis masuk dalam laut.. macam gampang..hahaha

* lebih banyak gambar dan info klik kat sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!