Saturday, April 30, 2011

Peta Sabah: bha!! Lahad Datu di mana

Orang mane?..Sabah?
Ya aku orang Sabah.. Sabah bha..
"kenapa bha kau berubah..kenapa bha.." keh keh..

Tu soalan wajib kalau first kenal atau borak borak dengan sahabat baru kat sini.. aku bangga jadi anak Sabah!! ya betul..aku bangga..

Tapi soalan tu selalaunya tak berakhir kat situ.. kebiasaanya akan di susuli pula dengan soalan bertubi tubi.. macam polis bagai..bla bla...arghhh!!!...

Tak pe la.. diorang tak tahu...so memang wajar pun diorang tanya kan.. hehehe

Sabah kat mane?
Lahad Datu..yup, aku orang Lahad Datu..sebut betul betul ok..bukan Liang Lahad ok...


Kalau korang nak tahu lahad datu betul betul kat mulut peta sabah..toing!! mulut? hahaha.. yang ni kira ramai dah orang perasan...peta Sabah boleh korang bahagikan dengan menyebut:
'tengah tengah' merujuk kepada area pedalaman sabah,
'tanduk/ telinga' merujuk kepada area kudat..
'mulut, muncung/di bawah mulut/ atas muncung' pula merujuk kepada pantai timur (sandakan, lahad datu, tawau)
dan kalau sebut area KK maka di area kk la atau pantai barat...
(peta sabah cantek tekan sini.)

Cam mana nak sampai Lahad Datu?...sila tengok kat sini..jauh kan.
ape yang best kat Lahad Datu (LD)..? emmm.


tag; kedudukan lahad datu di sabah, lokasi lahad datu, lanun di felda sahabat, pencerobohan orang filipina di lahad datu, peta felda sahabat, peta lahad datu, kesultanan sulu menceroboh lahad datu, tuntutan waris kesultanan sulu di lahad datu, mundu di sabah, mundu di lahad datu, lokasi bandar sahabat, lokasi bandar lahad datu

dammm..my blog is suck!!

Thursday, April 28, 2011

Blogger bajet pemes

Dua hari dah aku tak update blog.. rasa mcam seminggu dah kotak kosong ni senyap.. hahaha... bajet blogger tegar..cit!! btw, terima kasih korang yang berkunjung kat sini..

Busy la dua hari ni, tak sempat nak update blog, balik lewat penat sebab ada training... ada jugak buka tengok tengok.. tapi nak bw memang tak sempat.. ni baru nak membalas kunjungan... adoi! bajet pemes again..hempuk sekali....

Ni aku attach gambar aku petang tadi.. gambar kenang kenangan konon masa training buat farm audit tadi. ah! kecik je aku kat tengah tengah.. kena tendang oleh orang sebelah memang aku terus tepelanting masuk longkang.. hahaha..

Monday, April 25, 2011

April 29, Save The Frogs Day: Hari menyelamatkan katak katak sedunia..




Hari menyelamatkan katak atau kodok (Save The Frogs Day) akan di sambut di seluruh dunia 29 April setiap tahun dan tahun ini adalah tahun yang ketiga. Ia adalah hari yang terbesar di dunia dalam usaha pendidikan amfibia dan tindakan pemuliharaan/ menyelamatakan makhluk tersebut.. rasa macam comel je hari KATAK ni kan..hehe

Tak tahu la agak agak Malaysia sambut tak hari menyelamatkan katak ni.. tapi yang pastinya 19 buah negara terlibat termasuk Australia, Bangladesh, Brazil, Kanada, Colombia, Ecuador, India, Itali, Mexico, Nepal, New Zealand, Peru, Portugal, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Uganda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.. pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menyelamatkan katak katak ni..

Tujuan utama Hari Menyelamatkan Katak adalah untuk meningkatkan kesedaran akan nasib amfibia ini kepada semua lapisan masyarakat di dunia.. jangan mati katak sudah!! hahaha.. ingat, katak katak bergantung kepada anda. Masa depan planet ini juga terletak di tangan anda dan tindakan anda. SAVE THE FROGS!!

Sunday, April 24, 2011

Red Riding Hood: Boleh layan..

Korang dah tengok tak cerita Red Riding Hood.. release kat pangung 4 hari lalu.. filem daripada pengarah twilight.. memandangkan sekarang ni tak de cerita serigala serigala kat pangung wayang so boleh lah korang layan filem ni.. komen aku sebagai penonton emmm.. ok la!!.. cerita agak flat pada tahap yang  agak best.. tak de la boring sangat dan tak de la best sangat.. still tak boleh kalahkan cerita twilight atau underworld lagi..

Tak silap aku movie ni diadaptasi daripada buku cerita kanak kanak Little Red Riding Hood, fairy tale yang famous.. aku pun tak tahu sangat tapi cuba korang tengok kat sini.. huhu..tak pernah ada bedtime story..

Saturday, April 23, 2011

Mereka sangat cantek hari ini

keh keh keh..
hari ni mereka memberi sedikit pabli-siti kat aku

oh!adwa sahabat blogger yang baik dan mesra, tak percaya terjah la.. sebab aku cakap hidup adwa awesome..dia pun mengawesomekan aku dalam entrynya dengan meletak nama aku dalam tajuk entry dia.. thanks adwa.. mee ayam simpan tuk aku...hahaha..

 
ni pulak dalam entry cik Luna Lanun..menjadi follower ke 300 katanya... tekejut berok aku tengok header aku dalam entry cik Lanun ni.. aku tak perasan pun jadi  yang ke 300..dia kini memburu follower ke 333 pulak..apa lagi korang...serang!!!

William Shakespeare: sonnet 18

SONNET 18

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee. 
eik! apasal tiba tiba bersajak ni..hahaha..ingat lagi tak korang sonnet 18 kat atas tu, dalam buku teks tingkatan 4 tak silap aku.. haram aku nak hafal dan faham maksud dia.. tu la mungkin banyak sangat makan semut kut!! sebab tu jadi bongok..keh keh..

Hari ni sebenarnya adalah hari William Shakespeare (26 April 1564 - 23 April 1616) meninggalkan dunia yang fana.. agak agak ada tak yang tak kenal dia ni..hehehe memang pun tak kenal.. tapi pernah dengar la jugak nama dia kan.. kalau tak marila sini ikut aku terjun kat Jurang Mariana.. ha! baca kat sini latarbelakang William Shakespeare sebagai seorang penyajak yang tersohor..

Thursday, April 21, 2011

Tutorial cara berenang anjing.

Aku tak pernah lagi buat entry pasal tutorial.. kalau dalam dunia blogging ni ada banyak jenis tutorial.. untuk widget ada, gain income ada, ringankan blog ada, naikkan traffic ada dan banyak macam lagi lah..

Kali ni aku pun nak buat entry tutorial jugak.. tutorial cara berenang anjing.. na amek kau!!..hahaha aku tau kat sini ramai orang tak reti berenang kan....kan..!! reti blog walking je..kan..

Ok serius weyi, aku nak perturunkan ilmu berenang ajing ni kat korang..take it seriously, kot kot ada banjir kilat, dapat lah kita menyelamatkan diri degan sekil berenang anjing ni.. kalau yang dah reti, sila lah sumbangkan idea korang ok..

Cara dia mudah sahaja.. just 3 simple steps.. baca betul betul..

First korang kena buka baju yang berat berat, contoh kalau korang tenga pakai jeans..tolong buka sekarang!!..pastikan anda berenang dalam keadaan ringan dan selesa.. jangan gelak!!

maafka aku, sebab aku tak reti nak lukis..harap korang dapat gambaran keh keh..
Pastu korang bertiarap di atas air.. buat slow slow, jangan sampai tengelam pulak..kang lemas..hehehe.. dan pada masa yang sama korang hayunkan tangan korang (dengan pantas) tepat tepat betentangan dengan leher korang sambil tapak tangan korang buka.. bukan hayun macam tangan Usop Wilcha ok.. buat macam kaki itik yang sedang berenang tu. ini akan menghasilkan daya tujahan keatas bagi mengelakkan korang tenggelam dan lemas..oh ya, jangan lupa jugak lonjongkan leher korang ke atas..untuk pernafasan yang baik..

Last sekali ialah hayunkan kaki korang seperti korang tenga diving di dasar lautan..berangan sikit.. tapi yang ni pun kena buat dengan pantas jugak untuk menghasilkan daya tujahan ke hadapan dan mengelakkan bahagian paras bontot dan kebawah daripada tengelam..

Bagi menetukan arah pergerakan pulak pandai pandai la korang adjust hayunan tangan dan kakai korang.. ke kiri atau ke kanan, kalau nak reverse takyah tanya aku, aku tak reti.. ingat jangan sampai cramp sudah..hahaha

ok! selamatkan diri anda daripada lemas...gud luck..

Bila aku bosan aku makan

Tido awal sangat dammm... terjaga pukul dua, apa nak buat, dah la esok kena masuk keja awal..cit!!

Tengok facebook pun semua orang dah tidur..buka blog nak blog walking internet pulak sello, lagi la kalau terbuka blog yang banyak widget ..problem betul la pakai berrokbeng ni..

Aku terus buat entry bosan ni,..entry orang lapar bangun pagi pagi buta.. nak turun bawah makan kedai mamak, tapi pikir pikir dengan saiz lemak tepu yang semakin besar ni.. arghhhh! tak jadi..

Dulu kurus sangat, nak jadi gemuk, ni dah berisi mula la pulak rasa risau..banyak macam perangai manusia, yang gemuk nak jadi kurus..yang kurus nak jadi gemuk..tapi dok asyik juga nak bantai makanan berlemak..pastu malas nak senaman..padan muka!! keh keh..cakap pasal diri sendiri..dammmm!

Nak tengok abu versi kurus klik kat sini..jangan gelak..tips untuk menjadi gemuk aku bagi kemudian..
ok 3.14am, nak turun kedai mamak sekarang juga (tips no.1)..sekian!!

Wednesday, April 20, 2011

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides


One of my favorite movie..ni aku tak sabar nak tengok lanun yang tidak pernah mengecewakan..Pirates of the Caribbean on Stranger Tides...mesti superb, aku akan memberikan 'Standing Ovation' dalam pangung nanti haha.. antara filem wajib tengok tahun ni.. relase kat Malaysia 19hb May tapi aku dah bagi 10 stars dalam IMDB keh keh keh...overrated tak?.. even dua orang pelakon asal keira nightley dan orlando bloom tak de tapi penelope cruz ada, dan sudah tentu dengan Captain Jack Sparrow.. sinopsis filem korang baca la sendiri kat sini ya..mari kita jadi lanun!!.. Tengokla official trailer kat bawah ni.. teruja tak? 

Monday, April 18, 2011

Attacus Atlast: Kupu kupu terbesar di dunia

Ini adalah entry jawapan bagi solan dalam entry Pengetahuan Entomologi.. jawapan untuk soalan tersebut ialah KUPU-KUPU..hehehe...

Scientific Name: Attacus Atlast
Class: Insecta
Order: Lepidopter
Family: Saturniidae
Genus: Attacus
Attacus Atlast konsider sebagai kupu kupu terbesar di dunia dengan memiliki bukaan sayap boleh mencapai 1 kaki (30 cm) panjang, dan keluasan bukaan sayap sehingga 400 sintermiter persegi..digelar sebagai 'snake's head moth' bagi sesetengah negara di Asia..

Perbezaan di antara rama rama dan kupu kupu..Kadang kadang tu memang agak susah untuk membezakan diantara rama rama dan kupu kupu. rama rama selalunya memiliki warna yang menarik berbanding kupu kupu. rama rama juga memiliki sesungut yang berfilamen dan langsing sementara kupu kupu pulak lebih kepada bebulu. kupu kupu akan merentangkan sayapnya apabila berada dalam keadaan rehat manakala rama rama pula menutupkan sayapnya dalam keadaah tegak...kupu kupu aktif pada waktu malam sementara rama rama aktif pada waktu siang (cuba tengok gambar dalam entry aku hari tu)...sumber wiki

Btw, untuk pengetahuan korang rama rama paling besar di dunia ialah Queen Alexandra's Birdwing..lebih kurang sama saiz macam Atlas dan origin di Papua New Guinea..
Terima kasih kepada korang yang memberi respon:

Adwa - oh! adwa
Ayie - bila aku bosan..aku mula merepek
Kak Sumi - lagi sedap dari..
iszieylyanziy - lying to myself
Shamsuddin Amin - santan berlada
rakan rakan dalam facebook..

Saturday, April 16, 2011

Giveaway Ujang9897

Ramai orang inform pasal GA ajak join sekali,..sori korang, lately agak busy.. aku join mana yang sempat je, yang mudah.. jangan kecik hati ya..

Ini GA bakal pengantin baru, Ujang, simple je GA dia, ada banyak benda tak wajib boleh di buat hahaha.... hari tu dah nampak, tapi tak sempat join.. hari ni kena tag pulak oleh ayie hehehe..thanks, so follow je la.. alang alang dah duduk depan lappy..

Memandangkan aku tak pakai top-up harap harap aku dapat hadia Design Blog ataupun Domain free setahun..pulak boleh pilih hadiah..hehe


Gambar ini adalah yang paling sempoi aku jumpa..lokasi Port Dickson. aku tak tahu motif sebenar gambar aku ni..nak tayang apentah.. hahaha.. tapi ini adalah aksi rehat dalam swimming pool setelah penat belatih berenang anjing ok..keh keh!!

Bebelanku pasal blog Ujang 9897
Aku suka blog si ujang ni..sebab blog dia santai, lucah dan kira ada info la jugak..awal awal lagi aku dah letak dia dalam kelompok "mereka yang hebak" dalam bloglist aku..harap harap dia konsisten dengan kelucahanya nanti walaupun sudah berkahwin keh keh!!

Nak join? sila lah terjah blog Ujang9897 untuk mengetahui syarat syarat dia dan hadiah yang bakal anda menangi..for sure memang ramai akan join sebab ujang ni blogger pemes.. kipas sikit hus hus!!.. oh ya nak tag rakan rakan yang lain DD dan MY harap dorang dua ni join sekali dan menang hadiah..aminn..

ok beres doakan kejayaanku..kui kui..

Tukar tiket kapal terbang Air Asia

Ok memandangkan orang dok balek balek search cara nak tukar tiket kapal terbang, meh sini aku explain sikit, ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ok.. tukar tiket kapal terbang untuk air asia je.. sebab aku lebih suka syarikat penerbangan tambang murah ni.. Tawau - Kuala Lumpur. kalau nak naik MAS ke Tawau, haram J la nak dapat murah..

Tagline dulu.."Now Everyone Can Fly"..keh keh..

Untuk info korang, lain syarikat lain polisi dia, so jika anda ingin mengetahui pengalaman aku dengan air asia sila la teruskan membaca,..ini adalah sequel daripada entri aku yang lepas, klik di sini.

Ada banyak sebab mengapa orang nak tukar flight.. kalau aku kejadian berlaku dah dua kali..first salah PICIT tarikh masa beli online and yang second sebab cuti tak approve oleh boss.

First yang korang perlu tahu ialah penukaran tarikh dan destinasi boleh di buat 48 jam sebelum penerbangan..itu peraturan nombor satu..even korang terlewat 1 jam pun memang dorang tak nak bagi punya.. pernah sekali aku siap memujuk rayu lagi dengan orang kat kaunter tu.. tapi dia cakap "tak boleh encek..komputer kami tak dapat bagi respon" cit!!..then tiket aku burn cem tu je..

Second, jika korang dah bayar tiket tu..status penerbangan korang adalah SAH/ Conformed, cuba tengok betul betul kertas yang diorang bagi atau korang prin, besar besar kat atas tu..so nak tak nak korang kena ikut flight tersebut dan sebarang penukarna akan dikenakan charge..

Sama seperti nak beli tiket, ada dua cara nak tukar flight, sama ada korang tukar kat internet dalam airasia.com atau korang terus pegi kaunter air asia..kalau nak beli online korang kena ada kredit kat ataupun boleh direct debit daripada akaun bank (ctn CIMB kliks/ Mybank2U).. by call aku tak tahu pulak, sebab aku tak perna buat lagi..

Kalau korang nak tukar dalam internet korang masuk je airasia.com...pastu tekan Penerbangan Saya > Hantar Semula Jadual Perjalanan > tekan Ubah > pilih butang Ubah Suai/ Naik Taraf Penerbangan...pastu korang follow je la arahan seterusnya..ingat tengok betul betul, jangan silap..hehehe..

Aku advice korang supaya tukar tiket kat kaunter air asia, aku tak tahu macam mana diorang kira, tapi pengalaman aku buat perbandingan harga masa nak tukar flight, tukar internet lagi mahal berbanding tukar kat kaunter..kalau korang tukar kat internet, kos penukaran termasuk tiket sama seperti korang membeli tiket baru, malah di tambah pulak dengan charge panelti penukaran tu sekali..bengong tak!!..ka aku yang silap..Awan Dania sila betulkan aku..Charge penukaran dan contoh, sila baca entry aku di sini, tips nombor 6..ok..good luck!

Hott key yang lain:
harga tiket kapal terbang murah.
cara beli tiket kapal terbang online.
Tutorial cara nak beli tiket kapal terbang online klik kat sini
beli kapal terbang.

Friday, April 15, 2011

Pengetahuan Entomologi

Entomologi ialah salah satu cabang zoologi (ilmu tentang kebinatangan) iaitu berkaitan dengan kajian saintifik SERANGGA, termasuk taksonomi, morfologi, fisiologi, dan ekologi diorang. Term entomologi juga digunapakai dalam bidang mengkaji kesan bahaya dan manfaat sesuatu serangga pada manusia.

Ok untuk mengetahui tahap ke-entomologian korang, sila jawap soalan kacang kat bawah ni:

Menatang dalam gambar kat atas tu tergolong dalam kategori apa? (jujur no Mr. Google)
A. kupu - kupu
B. rama - rama

Jawapan akan diupdate dalam tempoh empat hari. Thanks bagi respon..^^

Wednesday, April 13, 2011

Kesan SEO kepada blog

Pertama tamanya aku ingin mengapresiasikan ucapkan terima kasih aku kepada readers yang menyinggahkan diri ke dalam blog picisan aku ni. walaupun blog yang tak seberapa nak best ni kan. terutamanya kepada silent reader even tak tinggalkan jejak..saya sangat menyayangi anda.. i lapiu..arghhhhhh!!! aku tenga merepek...!!

Ok sebenrnya aku nak cakap pasal Search Engine Optimization (SEO)... yang orang dok canang canangkan dalam merata rata blog tu. aku ni obviously blogger baru lagi..(sila jangan gelak) baru nak belajar nak merangkak.. dalam usaha merangkak tu aku perna terbaca pasal SEO..salah satu teknik jurus handalan untuk naikkan traffic blog..so aku buatla experimen dengan menatang SEO ni... kira menjadi la jugak tuk semalam.. ada significance different jugak la konon...  

Korang tahu kan semalam adalah hari Yuri Gagarin angkasawan pertama berada di angkasa lepas..kalau tak tahu sila baca enty aku cerita pasal Gagarin. enty ni aku post pada 6 April.11,  saja nak buat entry pasal sesuatu yang agak unik, sebab aku tahu benda ni orang akan search secara beramai ramai seminggu akan datang (12 April) .. walaupun entry ni tak la unik sangat bagi kebanyakan negara Eropah.. tapi entry ini berbahasa melayu dengan tajuk 'Yuri Gagarin: Manusia pertama ke ruang angkasa' key word dia memang senang nak jumpa taip je "Yuri Gagarin Angkasa...." kat google dah kat atas blog aku.
pembesaran sang yang sihat? sila picit pada gambar
Aku tahu jugak pasal Yuri Gagarin ni adalah issue global. maksudnya merata rata orang akan search. Tengok la gambar kat atas tu,..aku kopi daripada analitik nuffnang. Mereka mereka tu kebanyakan search pasal Yuri Gagarin,..dan ada dua tiga orang yang masuk dalam blog aku sebab nak beli kapal terbang dan macam biasa ada orang gila seks...grrrr..

Seingat aku pada hari hari biasa orang luar negara yang teperosok dalam blog Bunyi Kotak Kosong cuma dua tiga bijik je, jumlah visitor pun tak ramai macam hari ni.. hari ni agak meriah, tapi kejadah orang asing nak baca entry melayu..hahaha..so itulah dia yang mungkin diakatakan effect daripada jurus SEO itu.. ah!! jolok la aku jika aku silap..

Tapi ramai jugak blogger yang cakap teknik ni adalah teknik tipu..huhu..WALAUBAGAIMANAPUN tanya la dalam hati anda apa tujuan anda berbloger...nak dibaca kah, mencari duit kah, isi masa lapang kah atau di gitu gitukan sahaja kah, hehehe..kah!!...so, marilah kita berSEO semua..hahaha.. ok terima kasih kerana sudi membaca, jasamu dikenang.

Monday, April 11, 2011

Jalan jalan ke Kuala Kangsar


Orang perak sila berbangga..aku suka negeri kau..kui kui!

Semalam aku ke Kuala Kangsar jalan jalan coti coti..aku boleh cakap kuala kangsar memang best.. Makanan best, orangnya friendly, bangunan lama dan banyak yang best, ada sungai airnya sejuk macam ais..dan musim banyak DURIAN (ni aku paling like)..hahaha..


En fadir sebagai orang perak bijak sana lagi gagah perkasa memandu cik wun myvi si Hani Piko bawak kitaorng terus ke kuala kangsar, pegi ke Musium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan)..ala..bangunan yang ada dalam buku teks Kajian Tempatan tu, masa sekolah tingkatan 3, dibina tanmpa menggunakan sebatang paku...itu yang aku ingat.. Tapi sayang masa kitaorang sampai tempat tu tutup, tak boleh masuk..cit! dapat tengok dari luar dan ambek gambar kira ok la.. Aku ingat lagi masa sekolah dulu berangan je aku nak tengok istana ni..haha..

Pas tu,kitaorang pegi galeri Sultan Azlan shah,..nak godek geodek ilmu pasal Sultan Azlan? Galeri ni lagi bijak daripada mr google..gila kau, gambar daripada tahun 1886 pun ada dalam galeri ni..sala silah sultan perak, barang barang lama semua ada..pegi la korang. Tak rugi bayar rm 2 sekali masuk..tapi dalam galeri tak boleh ambek gambar tau..


Bandar kuala kangsar tak de la gah sangat tapi kira ok la..singgah makan pulut cendol, ABC dan laksa..yam yam even laksa agak kureng (tula tak nak tengok tengok dulu sebelum order) tapi makcik tu sangat mesra.. Pasar keraf tangan pun ada jugak, nak beli parang, pasu, raga, kipas sate, tikar,semua macam macam ada.. Nasib baik la aku mengamalkan sikap berbelanja mengikut keperluan, kalau tak zazzz jugak duit aku keh keh..


Sungai Ulu Kenas, airnya sejuk dan nyaman, pun best jugak..banyak batu batu besar aku still boleh TOJON lagi..tak menahan haha..dah la masuk free wayang free pun banyak jugak..lagi pun dah dua tahun lebih aku tak mandi sungai, memang bergelora la aku tengok sungai..

Daripada sungai pegi ke sebuah kampung yang indah permai tepi jalan Kg Pauh, aim utama pastinya adalah DOYAN.. 5 orang sangap durian jumpa durian yang banyak, cuba anda banyangkan.. eh! aku mengaku akulah yang paling sangap, sebab dorang yang lain ni dah biasa sangat makan durian, ada dusun durian la katakan.. Pakcik terimah kasih, murah durian kau plus layanan sungguh istimewa..musim doyan akan datang kami datang lagi ya pakcik..


Kalau seblum ni aku pena lalu je kat Ipoh masa otw pegi Kulim buat farm audit, tapi kali ni aku masuk bandar Ipoh..cari makanan sodap, Nasi lemak ayam kampung..fuhh! Terbaik wokk!.. Kalau pegi Ipoh korang wajib pegi restoran ni.. Tak dak tempat lain.. Perut kira dah full house pun masi boleh di isi lagi dengan ayam kampung yang sodap. Masuk masuk je restoran ni nampak lingkaran belut.. yaii!! Cam ular..ini aku unlike..


Ah! Seronoknya ke perak, sebenarnya ada banyak tempat lagi yang best best tak sempat pegi. Sebab kena balik hari lawatan disingkatkan..TAK PA lain hari boleh datang lagi..


Perjalana pulang menyaksikan beberapa kali tingkap di buka dan rasa rasanya ada orang singah berak di RNR hahaha...

Sunday, April 10, 2011

Cuti cuti: Melancong ke Sabah

Kali ni aku nak buat entry untuk merangsang orang..grrr..jangan salah faham pulok, aku nak rangsang korang supaya pegi ke sabah jalan jalan cuti cuti satu malaysia..hehehe

Entry ni mungkin bersiri, cuma kali ni aku nak bagi tumpuan untuk encourage minat korang  sahaja, belom cerita pasal apa yang ada kat sabah lagi ok..tapi aku yakain ramai je kat sini yang tahu sabah ada banyak tempat tempat yang best..


Ok fine, selalu kalau orang lain ajak pegi sabah, first apa yang korang akan fikir?.. 'Tiket kapal terbang mahal la bang..ko nak belanja boleh lah'..itu Kan!! 

Korang pena tak tepikir yang satu hari nanti korang akan pegi sabah jenjalan.. mesti korang nak kan. Oh! Seronoknya jalan jalan, naik flight pegi sabah, tengok negeri orang.. masyarakat, budaya, makanan, permandangn, tempat yang lain yang mungkin kat sini TAK DAK..ala..sesuatu yang lain, pengalaman baru, seronok kan..

Aku ada je kawan dalam fb, dan di tempat kerja yang dorang sebenarnya tak de la apa sangt nak pegi sabah..tapi dorang saja nak jalan jalan tengok tengok tempat orang lain sambil melancong ringan ringan.

Dengar cerita dorang memang best, dorang ni pegi pun tak de la sampai belanja rubu rubu, dah dirancang dengan teliti, so kos tak de la mahal sangat, bagus kan..


Atlist kalau orang lain tanya, anda boleh berkata 'oh aku dah perna pegi sabah!!'.. Sure korang akan bercerita non-stop tentang apa yang korang tahu, tak kirala cerita best ka atau tak best, yang penting ada sesuatu yang anda boleh ceritakan dan orang akan mendengar cerita anda dengan bersemangat.. see.. seronok kan!!.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Sebenarnya kalau nak pegi sabah tak de la rumit sangat, cuba baca entry en wanbu ni..(eh! tapi dia cerita simpel je sebab itu entry GA) tambah tambah lagi kalau korang ada family, member yang tinggal kat sabah, lagi mudah.. Zazzzz je boleh pau dorang lagi hahahaha..

Cuma selalu orang akan fikirkan ialah KOS terutamanya flight,..try tengok entry aku pasal tips untuk mendapatkan tiket kapalterbang yang murah.. sebenarnya tak de la mahal kau kau kalau korang bijak, tiket flight boleh dapat sangat murah untuk penerbangan pergi balik.. I tell u.. yang penting ialah perancanagn yang teliti..ala contoh, beli bulan ni, pas tu lima enam bulan akan datang  baru terbang, bukanya apa pun..yang penting dah beli tiket rm 56 (cth) two way Kuala Lumpur - Kota Kinabalu, tak ke bebaloi..huhuhu..


Rugi korang kalau tak kuar jenjalan... Ya la, kita ni tak de la sehigh klass macam haniz zalikha kan, pegi travel luar negara (hope soon i will), but at least kita kuar, go someware jalan jalan, menjauhkan perjalanan dan meluaskan pengalaman..setuju tak dgn apa yang aku cakap ni? kalau tak..tak nak kawan!!..

Friday, April 8, 2011

Cik Gojes: Contest kita kawan kan??

Sebagai menyokong follower aku iaitu Cik gojes jes jes..aku ingin menyertai Give Away yang dianjurkan oleh beliau.. cik gojes ni nak gambar yang gila gila, nampak paling gedik dan ceria.. jenuh aku cari.. akhirnya jumpa jugak.. aku lupa gambar ni wujud... agak gedik jugk la aku tengok!! adooy..
Ini dia gambar menjadi taruhan aku..na kau!! 

picit gambar untuk tumbesaran yang sihat
Gambar ni ambik masa raya puasa last year, kitaorang semua tak balik kampung..kampung kat Sabah. Raya rumah sewa kawan je Shamsuddin Amin dan Awie kat Kelang.. beraya di perantauan la katakan, tengok la kue kitaorang tuh, beli kat tesco je ok..hahaha.. mukak gumbira je kan, kanak kanak rebina.. padahal dalam hati meronta ronta nak balik... huk huk huk!!.. tapi tak pa, raya tahun ni aku balik kampung....oyeh!!

Aku suka  gambar ni sebab:
  • masa ni aku tenga menahan kentut...
  • menggamit masa silam.......gamit?
  • macam gampang tengok kawan aku yang tenga menjelir lidah tu...KAU ingat kau siapa? ha!!
Tagline yang boleh menggambarkan blog Cik Gojes ni ialah:  Blog CG gojes glitter Welcome melompat lompat..gilerrr gojes!!

Nak join tarikh tutup: 25 APRIL 2011, 11.59 malam, utuk syarat syarat penyertaan dan hadiah sila tengok kat blog CG. Nak tag satu lagi kawan..Cik Najwa si kawan baru aku yang ke 100..har har har.. aku nak bagi dia ni sesuatu, ole ole daripada Sabah, tapi tunggu kawan aku Samsuddin Amin tu balik daripada Sabah dulu 17hb ni..hehehe sabar ya..
tiket penyertaan

Musim durian: Sedapnya durian

Sekarang ni memang musim durian.. 
banyak je besepah tepi jalan jual durian..
durian D24, durian kampung, durian king, banyak jenis durian
petang semalam semalam aku pegi bantai durian..
daripada tempat kerja terus pegi cari durian.. 
ruginya orang yang tak suka durian 
agrhhhhhhhh...durian!!
aku puas hati dengan durian.. 
dah lama aku nak makan durian
tapi tak de member free boleh ajak makan sekali di gerai durian
aku tak de dusun durian,
pasal tu la aku gila durian..
makan durian tak best seorang, makan berjemaah barus syok..durian!
cit!..ada orang diajak, tapi jual mahal..tak nak durian
tapi tidak mematahkan semangat aku untuk berdurian..
tengok la gambar orang yang sawan durian..!! 
nasib baik tak makan kulit durian..

Wednesday, April 6, 2011

Yuri Gagarin: Manusia pertama ke ruang angkasa

Kini hampir genap 50 tahun Yuri Gagarin mencatatkan sejarah sebagai angkasawan pertama berjaya keluar ke angkasa lepas dan mengeliling orbit bumi pada 12 April 1961. Kejayaan Gagarin bukan sahaja dibanggakan oleh Kesatuan Soviet tetapi turut dibangakan di seluruh negara sebagai satu sejarah dunia. Pada usia 27 tahun Gagarin, telah menunjukkan kemenangan Kesatuan Soviet mendahului Amerika Syarikat dan melampaui kejayaan politik mereka pada saat itu.

Gagarin dilahirkan di desa Klushino, luar Moskow, ayah Gagarin adalah seorang tukang kayu, sementara ibunya bekerja sebagai seorang pemerah susu. Pada tahun 1955, Yuri Gagarin memasuki Pilot School Orenburg, bekerja dengan Tentera Udara Soviet sebagai leftenan. Selepas berkahwin dengan pasanganya Valentina seorang lulusan Orenburg Medical School, Gagarin mula melibatkan diri sebagai juruterbang pesawat pejuang. Dan pada tahun 1960, Gagarin bersama-sama dengan 19 yang lain dipilih sebagai calon untuk program luar angkasa oleh Kesatuan Soviet.

April 1961, Yuri Gagarin  telah meluncur ke angkasa daripada Tyuratam Missile Range (kini Kosmodrom Baikonur) menggunkana Vostok 1. Selepas berjaya membuat pusingan orbit bumi secara solo dan berada orbit selama 108 minit, Gagarin berjaya mendarat dengan selamat dekat dengan Sungai Volga. Kejayaan itu menjadikan ia selibriti antarabangsa dan kemudian dianugerahkan gelaran Pahlawan Kesatuan Soviet oleh pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev pada ketika itu.  

Gagarin juga telah dipilih sebagai angkasawan kedua back-up untuk angkasawan Vladimir Komarov misi Soyuz 1 yang dilancarkan ke orbit pada 23 April 1967. Namun Soyuz 1 yang membawa Komarov seorang diri mengalami masalah teknikal semasa memasuki admosfera dan terhempas pada kelajuan tinggi di permukaan bumi menyebabkan Komarov meninggal dunia. Kejadian ini telah disahkan adalah penerbangan fatal yang pertama dalam sejarah Spaceflight. 

Yuri Gagarin tidak lama menikmati status ternamanya sebagai manusia pertama ke luar angkasa. Gagarin telah meninggal pada 27 March 1968 ketika pesawat MiG-15 semasa menjalani latihan rutin berhampiran bandar Kirzach utara-timur Moskow. Umur Gagarin pada ketika itu ialah 34 tahun. Co-pilot Gagarin Vladimir Seregin juga turut meninggal. Punca kemalangan itu tidak diketahui. 

Kini kejayaan 50 tahun Gagarin dikongsi bersama bukan sahaja Kesatuan Soviet tetapi diseluruh dunia. Hari memperingati Yuri Gagarin menembusi ruang angkasa diraikan di kebanyakan bandar besar seperti di New York, Washington DC, London, Tokyo, Moskow, Sydney, Beijing, Delhi hingga ke Nairobi. 

" Ruang angkasa adalah sesuatu yang menyatukan kita semua, ia adalah isu global" kata presiden Russia Medavedev.


Sumber: BBCNews, VivaNews and Wiki.



Tuesday, April 5, 2011

Daily porno surat khabar tempatan: skandel seks, video lucah, rogol..

Korang perasan tak sejak akhir akhir ni surat khabar kita ni dah macam Daily Porno dah.. hari hari dok cerita pasal skandel seks la, video seks la, rogol la...adeeh!!.. paling hot sekarang ni pasal ketua pemimpin pembangkang konon dikaitakan dengan rakaman video seks.. hari ni lagi kencang, muka depan akhbar "WAJAH PELAKU SEKS TERBONGKAR".. huhuhu...dah macam tajuk CD Lucah dah...entah bila la perkara ni berakhir. selesai satu kes..kes yang lain pulak timbul. kasihan dengan generasi mudah.. terdedah sangat dengan benda benda macam ni, kalau dah faham tak per la jugak..ni kalau kecik lagi umur 12 tahun kebawah macam mana pulak... entah siapala yang boleh dijadikan idol.. propaganda, permainan politik dan motif individu...susah nak cakap!!

Monday, April 4, 2011

Turtle gergasi ditemui di Vietnam

Aku tak tahu la ni kura kura ke, labi labi ke tuntung ke? binatang ni telah ditemui di sebuah tasik bernama Lake Hoan Kiem bandar Hanoi Vietnam. Dikhuatiri sampah dan pencemaran di tasik tersebut mungkin telah menyebabkan turtle seberat 200kg in terluka dan keluar daripada markas tempat persembunyianya.. huk huk!!.. kasihan kau turtle.. tu la dorang suke je buang sampah merata rata rata..

walaubagaimanapun turtle yang dipercayaai berusia lebih daripada 100 tahun ini berada dalam keadaan sihat walafiat dan stabil.. alhamdulillah selamat la kau turtle kalau tidak dimakan oleh dorang..sob sob!!


Saturday, April 2, 2011

Menjadi seorang yang gembira

Selamat berhujung minggu korang...selamat bergembira dan selamat ber hu ha hu ha.....hahahaha...tapi apakah itu gembira?...gembira ialah perasaan yang wujud apapabila sesuatu yang berlaku itu mampu membuatkan mood korang berada dalam keadaan BAGUS/OK/GOOD...korang perlu tahu bahawa kat dunia ni tak der sorang pun yang merasa gembira sepanjang masa...mungkin orang gila je la kot tersengih sengih, gelak sorang sorang...ingat, hidup umpama roda, roda umpama hidup..roda roda roda..balek balek orang cakap benda ni arghhhhh bosan!!....ok skop tajuk ni sangat luas, kalau nak bincang satu hari pun memang tak cukup. dua benda je aku nak cakap ari ni iaitu senyum dan rileks...yang penting ialah jika korang bersyukur dengan kehidupan diberikan maka korang akan menjadi seorang yang GEMBIRA...

Senyum
Apa apa pun yang korang buat cubala untuk senyum..senyum kepada orang lain, jangan asyik buat muka ketat je hujung hujung minggu...perasaan anda ok ke tak ok ke..korang cuba la untuk senyum...lakukan sesuatu yang positif keatas diri korang seperti berkongsi senyuman kepada orang lain...pindahkan neurochemical pada direction yang betul..senyum..bangun pagi pagi je senyum..ingat senyum itu satu sedekah ok...hehehe...

Rileks 
Lupakan timbunan kerja kat office, hujung minggu babe...lakukan perkara yang enjoy hari ni..tenangkan fikiran...tak yah nak serabut serabut, kita rileks...dan enjoy...pegi bersantai tenangkan fikiran dan rasailah kegembiraan itu...hahaha...apa yang mamapu membuatkan korang gembira korang buat la...santai bersama orang yang tersayang? makan? blogging? travel? lumba motor? tengok wayang?..tapi sebelum tu aku nak ingatkan bahawa korang buat la yang korang nak asalkan ia tidak melanggar norma kehidupan, undang undang, tidak menyakitkan diri sendiri dan orang lain dan jugak tidak melanggar ajaran agama...

ok!! I go amigos...:)

Friday, April 1, 2011

The Wheels, Subang Avenue Disco Skating Rink


Petang semalam member call ajak main rollerblade kat Subang sekali sempena farewell untuk Wan member office, lama dah tak main since study kat uitm lagi...aku tak tahu pun tempat main rollerbalde ada kat sana...kalau kat Sunway ice skating aku tau la...member cakap tempat tu baru lagi...seronok giler aku...walaupun memang tak reti main kan haha..

kitaorng plan nak start masuk pukul 8 malam, ingatkan nak main 2 jam...disebabkan tak reti sangat laluan kat Subang tuh kitaorng sampai agak lewat..dapat main sejam lebih je..sebab tempat tu tutup pukul 10 malam..

tempat tu memang best bagi orang yang minat sukan macam ni...aktiviti yang agak berlainan sikit, ni asyik nak tengok wayang bowling wayang bowling je kan..apa kata cuba benda ni pulak..The Largest Disco Skating Rink in Malaysia..seronok woo!!..nama tempat tu The Wheels..


kalau korang pegi jangan teperanjat pulak...sebab dia memang ala ala Disco siket..agak gelap, cuma ada lampu kelip kelip, nion pas tu ada DJ mainkan lagu disco doom doom doom!! ahaha..giler gempak!!..ada skrin beso lagi tuh...

sah sah kitaorang ni memang tak reti main...sakit bontot asyik jatuh je...dammm!!...nasib baik la ada tiang boleh warming up sambil buat tarian tiang, belatih siket sebelom masuk dalam track...agak bertuah jugak sebab dah malam tak ramai sangat orang...sesuai la untuk skater amatur cam kitaorang nih...


kalau nak korang pegi jer kat Subang Avenue Shopping Mall sebelah dengan Carrefour Subang,..sekarang dorang tengah buat promotion masuk jer terus jadi Member...bukan Member bayar rm15 tuk dua jam tapi kalau nak main the whole day kena bayar rm25..Member dapat murah sikit rm12 tuk dua jam, whole day pulak rm20 je..boleh la...bila lagi nak try kan..grrr..sakit doh!!

sempat lagi begambar dengan gadis paling Hot!! hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!