Sunday, March 13, 2011

Komen aku sebagai penonton - Hikayat Merong Mahawangsa.

korang dah tengok tak Hikayat Merong Mahawangsa? pegi la tengok..'berila sokongan kepada industri filem tanah air'..huhuhu..asyik nak layan filem orang puteh je kan, sekali sekala layan la jugak filem melayu..

first, tahniah kpada KRU studios sebab berjaya buat filem epic yang ala ala hollywood punya..walaupun tak sebarapa nak hollywood sangat kan, tapi boleh la..daripada unsur action dan seni grafik dia. disebabkan aku tak pandai sangat nak kritik filem, so aku bagi kat sini hanya pandangan peribadi aku je ok..

filem ni okay dan layak untuk disokong oleh kaki kaki wayang kat malaysia, jalan cerita sangat mudah di faham, sesuai dengan orng malaysia yang kadang kadang tu malas nak berfikir kan..dan ia sedikit agak berbeza dengan filem filem melayu yang lain..mungkin disebebkan genre dia kott, pengunaan bahasa dan jugak teknologi yang digunakan dalam filem ni..

kalau korang nak gi tengok aku nasihatkan jangan terlalu memberi expectation yang sangat tinggi..anggap je seperti typical filem melayu..jangan cuba bandingkan dengan filem filem epic hollywood macam 300, troy, gladiator, pirates of the caribbean, the lord of the rings dan lain lain...kang takut korang kecewa pulak..ngeee..

sebagai penonton biasa, aku dapat detect beberapa scene agak pelik ataupun kata lain yang aku nak maksudkan ialah bodoh..ops!! sorry..satu, masa yang si merong ni nak kena bunuh atas menara tepi pantai tu..ye ye je manara tu dijatuhkan oleh lanun garuda and then semua orang mati kecuali si merong..rasa mcm pelik je..second, masa si merong ni silaukan lanun mengunakan cermin...blh pulak lanun tu terbakar, mati dan jatuh dalam air...arghhhhh please....mcm bengong jer aku tengok..

entry lepas aku ada tanya apekah jadah computer generated image (CGI) tu..klik wikipedia ..kalau dalam HMM memang nampak la kesan visual cgi ni..terutamaya masa scene yang tenga gadoh tu (dinamik) dan banyak view landskap yang menarik (statik) cth macam markas garuda tu..yang ni betulkan aku kalau aku silap...

overall drpd 10 bintang aku blh bagi 6 je...okey doky..selamat menonton..!!

7 comments:

Jefry said...

good sinopsis bro!

GiveAsh said...

thanks..dah tengok ke..pgi la..kira tak rugi juak..

Anonymous said...

g tgk wayang ramai2 xajak aku...
tp aku xmo pegi kalo tgk MERONG..
kuar panggung je trus MENGONG nnt...
hahahahahaa...

Ihab said...

U and me.. We are meant to be together! Apa yg ko E-X-PRESS kat sini, camtu jugaklah pandangan & pendapat aku..
Puas aku leter kat Awie.. Ko jugak yg memahami haha.. Tp aku pemurah skit la, aku kasi 7/10 ;)

GiveAsh said...

sapela si anonymous ni: jom la..bnyak lagi wayang yang best skunk tenga tayang..

en ihab: setuju dgn uall..dan i tau jugak uall mmg pemurah..:)

Shamsuddin Amin said...

bg ak best la...
x la expect setinggi hollywood nyer pilem...
harapan lagi ok dari cicakman la...
tapi skali masuk
wow..
mmg better dari tu...
ak nak bg 7 suku la... LoL

GiveAsh said...

ya latu baik ko bagi 10 terus...hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!