Saturday, March 12, 2011

Gempa bumi dan tsunami melanda Jepun 2011

  • gempa bumi sekuat 8.9 skala richter melanda Jepun dikuti tsunami besar membawa kemusnahan dan ratusan nyawa terkorban di Jepun.
  • sekurang kurangnya 200 hingga 300 ditemui di pantai Sendai beberapa jam selepas gempa bumi berlaku.
  • sebuah kapal membawa 100 orng dihanyutkan oleh ombak tsunami. beberapa gempa susulan yang kuat melanda utara jepun.
  • amaran tusnami dan langkah berjaga jaga telah dikeluarkan di negara negara termasuk  rusia, taiwan, indonesia, filipina, malaysia, papua new guinea, fiji, mexico, guatemala, costa rica dll..
  • pihak penguasa hawaii mengarahkan penduduk dipesisir pantai di pulau itu dipindahkan.
  • taiwan telah memindahkan sebahagian penduduk daripada pantai timur negara itu tetapi menarik balik amaran yang dikeluarkan sebelum ini.
  • banyak lebuh raya tohoku yang menghubungkan utara jepun rosak dan kebakaran berlaku di logi penapisan minyak chiba berhampiran tokyo.
  • perhikmatan kereta api laju ke utara jepun dihentikan, dan kerajaan jepun menghantar 900 orang petugas penyelamat ke lokasi lokasi yang terjejas.
  • beberapa penerbangan ke luar daripada lapangan terbang antarabangsa narita dan tokyo kembali beroprasi selepas ditutup untuk seketika.
  • perhikmatan tren bawah tanah ditangguhkan dan sementara itu lapangan terbang sendai di utara jepun mengalami banjir.
  • bursa saham tokyo menyatakan bercadang ia akan beroprasi seperti biasa pada isnin ini dan bank pusat jepun berjanji akan memastikan pasaran kewangan di negara itu kekal stabil.
  • empat loji nuklear paling hampir dengan gempa bumi telah ditutup, kata agensi atom antarabangsa.
  • saham saham di asia merundum selepas gempa berlaku manakala indeks nikkei masih di niagakan. saham saham di eropah jatuh ke tahap terendah dalam tempoh tiga bulan.
  • media tempatan melaporkan sebuah kawasan sebuah dermaga yang luas berdekatan bandar sendai telah terbakar dan sebuah kereta api tergelincir dan sebuah lagi hilang di wilayah miyagi
  • seramai 3000 penduduk yang mendiami kawasan berdekatan loji nuklear di wilayah fukushima, tokyo telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan tersebut.
kosmo, sumber: Agensi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!