Isnin, 21 Mac 2011

Tempat Best Di Terengganu

Beberapa hari tak update blog sebab sebok becuti bersukaria ke Terengganu..seronok wei, rasa macam nak pgi lagi..hahaha..

sebagai penumpang memang best, duduk je mengangkang layan lagu, sekali sekala tidur tidur ayam pastu borak borak 'orang dewas' dengan Ijan dan si Hani memang tak boring..perjalanan 7 jam lebih tak terasa langsung..thanks to En Fadir sebab sanggup jadi pilot, drive sorang pegi dan balik dripada ganu...kitaorng pun senyum sokmo je la...har har har..
at least aku dah sampai Terengganu, salah satu tempat aku yang mesti pegi. dah berapa tahun duk semanjung ni finally sampai jgk aku kat negeri yang famous dengan Monsun Festival dia, keropok lekor, dan penyu...huhuhu..

motif utama nak gi ganu ni sebenarnya nak pegi majlis kawin member..tapi diselitkan sekali dengan konon Desinasi Bajet, shopping shopping..dan jalan jalan cari makan..tak rugi!! korang pegi la, best memang best berbaloi percutian yang menghiburkan..na na na na na Ganu kite!!

lebih kurang pukul 12 malam gerak daripada Puchong and then sampai kat Kemamang dalam pukul tiga lebih, singgah kentut, rehat dan makan makan jap bla bla bla...pastu perjalanan diteruskan...and then lalu di hadepan loji penapisan minyak yang pertama di Malayisa kat Dungun fuh!!...tak nak lepas pelung, singgah jugak ambek gambar tak nak rugi kan...view kawasan industry yang lawa, banyak lampu lampu and ade api menyala kat menara dia...loji penapisan minyak yang luas dan sangat penting kepada Malaysia...aku jakun..bangga dengan Malaysia..

kat Kuala Terengganu, sebelum masuk ke rumah rehat, pekena dulu dengan Nasi Dagang Warung Mak Ngah yang sedap dan asli..fuhh!! rugi sape yang datang ganu tak rasa nasi dagang, dihidang atas daun pisang, simple je...tapi rasanya memang sedap...rasa sekali pasti nak lagi..nasi dagang mak ngah ni memang famous ok..pena masuk tv tau!!..


sebelum ke rumah pengantin kitorang masuk dulu kat rumah rehat..nak rehat setelah beberapa jam perjalanan. dapat rumah rehat yang bersih dan selesa kitaorng memang puas hati..bayar 200 jer untuk satu malam, check in pagi pastu check out pagi esok, 4 orang so bayar 50 sorang..murah kan !! rumah rehat ni sesuai tuk family set..kalau datang denagn family yang ramai boleh la tepon pakcik yang mesrah dan baik hati tu..i tell you, korang pasti berpuas hati..hehehe..

pegi rumah pengantin tengah hari macam tuh..pegi makan, borak borak dan seperti biasa mesti ambik gambar sebagai kenangan. pasangan pengatin yang cantek dan tampan bergaya...selamat pengantin baru kepada Sarah dan Fadhir, semogah berkekalan ke anak cucu cicit dan sentiasa di cucuri rahmat olah Allah...
daripada rumah pengatin terus je nak pagi cari keropok lekor, tau tak..nak beli keropok lekor kena ambek nombor giliran..wah gilerrr ramai orang..nombor yang kitaorng dapat pun kena tunggu 200 orng lebih lagi di hadapan..makai..mampus nak tunggu..pegi kedai lekor yang lain pun sama jugak, kena tunggu sejam baru blh dapat lekor...malas nak tunggu, kitaorng decide pegi Pasar Payang dulu beli souvenir and ape ape yang patut..

Pasar Payang yang BEST banyak barang barang yang BEST jual kat sana, tekejut dengan harga kain songket mencecah rm700 lebih..tapi kuality baik ok..tarak cikai punya..haha..kat sini macam macam ada, banyak benda boleh menjadi pilihan untuk dijadikan buah tangan..penyu pun banyak jugak hehehe...sempat lagi ambek gambar atas beca depan pasar payang sebleum pegi beli lekor kat Kg. Losong..terbaik wok!!...pastu kitaorng pegi pulak ke pantai batu buruk cuci mata..hahaha..dan malam kuar lagi pegi cari makan kat pulau kambing..gilerrr best..jadual full house..

kesokan paginya sebelum gerak sempat singgah kat masjid kristal..ambek gambar huha huha..pastu gerak balik KL..saje gerak awal sebab nak singgah rumah Pak Andak lagi kat Tekam dan rumah pengantin baru kawan kepada en fadir..

terbaik, percutian hujung minggu ke Terengganu yang sangat best ..!! terima kasih kepada En Syaril sebab banyak membantu.

comel kan baby Pak Andak (en faizal)..kui kui kui..nak jugak baby satu!!

Jumaat, 11 Mac 2011

Senyum Kambing


eh bukan main dengan kambing...tapi bermain kuda kuda kambing..grrr...
ok korang pernah tak naik kuda? maksud aku kuda yang betul betul kuda..mesti ramai yang tak pernah kan..aku pun tak pernah jugak.. tapi aku pernah naik kambing..kambing aku pernah jadikan kuda..serous ini cerita betol..ngeee..!

aku orng kampung, so kalau nak cerita pasal kampung ni aku mmg bnyak gila..masa kecik kecik dulu aku duk dengan nenek aku, duk sekali dengan kazen. arwah nenek ade bela kambing, banyak pulak tuh.. kalau dah dekat tengahari kambing kambing tu akan dilepaskan..soh dia pegi cari makan.. tapi dalam area tanah arwah nenek aku jugak la. area ditanam dengan rumput, ditanam khas utuk kambing kambing tu ok. hijau je cam padi..

kalau dah dekat petang kambing kambing tu dimasukkan balik ke kandang, kalau kambing tu cerdik, IQ tinggi siket pandaila la dia masuk kandang sendiri. tapi kalau yang bongok, kitaorng kena usir kambing tu masuk kandang. then masa ni la yang seronok..tau tak sebab apa? sebab masa ni la blh main kuda kuda kambing..hehehe..
kan kalau dah petang kambing ni dah kenyang, so dia tak de la sengal sangat..

nak main kuda kuda kambing kena tengok kambing mana yang ada diikat dengan tali..sebab senang siket nak kontrol..selalunya ibu kambing akan menjdai mangsa, tak berani dengan bapak kambing, bapak kambing garang doh, siap tanduk yang besar lagi tu, kena tanduk kang mmg mapos...

nak naik belakang kambing pastikan line clear ok, kalau arwah nenek tengok mmg kenala kitaorng. kena bebel, tak pun kenak kejar guna batang kayu ubi..hahaha...arwah nenek garang siot, tapi sebenarnya dia baik dan didik kitorang dengan betul..cuma kitaorng jer yang degil siket..ngeee..


ok balik cerita kambing tadi..tau tak korang betapa besnya naik kuda kambing..haha..sebab kambing tak tinggi, kalau jatuh pun tak sakit,..paling kurang pun kambing tuh lari masuk dalam longkang sebab tak tahan kena tunggang dengan budak budak cam kitaorng ni, lari pun dia tak de la laju sangat, still boleh loncat lagi sebelum masuk longkang...

paling seronok kalau kitaorng main lumba lumba kambing, tengok siapa yang dapat bertahan lama menunggang. tak de garisan awal dan penamat, naik je terus tunggang, tungang seberapa lama dan seberapa laju yang kitaorng boleh..haha.. nak menungang kambing kena bertindak dengan pantas, tak de masa nak kira satu dua tiga ok..sebab kambing ni kalau dah tengok kitaorng dekat, terus tunjuk muka tak puas hati. nak lari..tak nak kena tunggang la tuh..hahaha..

kasihan dengan kambing kambing tu kan..kredit kepada si merah, si hitam, si belang, si cangang, si putih (nama nama kambing)..sori kambing kambing, tu je yang aku dapat ingat..^^

Khamis, 10 Mac 2011

Tips Badan Kurus Jadi Berisi

eh, apasal ko nampak lain? ko makan ape?....

ko dah gemok,berisi,..ko makan vavi ke?..<----soalan cam sial je kan..haha

ha, tu la antara soalan yang aku kena jawab kalau aku jumpa member lama, tak tau kenape...dulu aku mmg kurus sangt. macam tak de harapan je nak hidup, skin and skeleton ...ngee..orng cakap mmg cam tu la aku sampai ke tua, kurus kering..dah la hitam, buruk pulak tuh...haha..eh, aku tak cakap orng hitam tu buruk ok, aku cakap aku hitam dan buruk..tapi aku tetap bersyukur, daripada yang lama adalah yang baru..tapi yang ni dah Rebranding..

even kawan lama dlm mukabuku pun ada jugak yang cakap aku ni dah nampak laen..gemok, berisi dan ensem..hahaha...ok aku begurau, dorng tak de pulak cakap aku ensem..saje nak sedapkan hati sendiri..

tengok gambar kat bawah, yang kat blakang tu korang takyah nak tanye..juniors kitaorng tenga kena bully..ngee..gambar ni ambek time aku diploma kat uitm sabah, tak silap aku tahun 2005,..amacam scary tak, skinny nak mampos kan. aku tak tau nak cakap ape..itu la aku...hahaha..


ps: soalan hot yang lain -----> Ko bila nak kawin?

Isnin, 7 Mac 2011

Tips untuk mendapatkan harga tiket kapal terbang yang murah

Sedang orang lain busy nak bagi tips famouskan blog aku pulak dok busy nak bagi tips kat korang cam ner nak dapat tiket kapal terbang yang murah..ngeee..tu pun kalau korang rasa ini sebagai tips ataupun ini cuma general knowledge yang semua orang pun boleh tahu.. ye la aku dah beberapa kali tekena akibat kurang arif tentang ini. beli tiket harga yang sangt mahal, atau dah beli awal pun tapi trpaksa tuka tiket baru..demmm kost!! so, kat sini aku nak berkongsi dengan korang sedikit yang aku ada untuk mereka yang mungkin ingin tahu pasal benda ni..ok la kita terus kepada tips:
 

1. Rancang perjalan korang.
Yang ni sangat penting, pastikan korang rancang perjalanan korang betul betul. jangan buat last minit. kalau dah yakin korang terus beli tiket flight awal awal. sebab kalau beli awal selalunya harga tiket murah, jangan esok nak terbang pas tu baru hari ni nak beli..mampus la korang..

2. Rajin survey tiket kat internet.
Dok korang asyik online, blogging dan facebook..korang rajin rajin la survey tiket. kot kot ada tiket yang murah kan.. ala tak beli pon just survey survey je klick kat Booked Tiket, tengok kot kot ada tiket yang murah. pada kebiasaanya kat home website dorang tu ada kurkan iklan. ada promosi. tengok betul betul penerbangn pegi mana dan period booking tarikh bila. kalau berkenan terus je beli. jangan tunggu lama lama sebab tiket macam ni cepat je habis..melepas la korang..

3. Alert dengan promosi.
Ini termasukklah iklan kat tv ataupun news paper. baik beli tiket masa promosi berbanding hari hari biasa. ya la masa promosi ni harga tiket jauh lebih murah..yang seringgit pun ada jugak ok..hehehe..tapi aku tak pena lagi dapat tiket seringgit ni..tak per la kelas ekonomi pun ekonomi la, yang penting dapat beli teket murah dan sampai ke detinasi yang kita nak pegi..so rajin rajin la korang bukak news paper..

4. Beli online atau beli kat kaunter syarikat penerbangan.
Maksud dia di sini ialah jangan beli kat kaunter agen. sebab kalau korang beli kat kaunter agen mereka akan kenakan charge perhikmatan..harga tiket flight biasanya akan mahal sedikit berbanding korang beli online atau kat kaunter sebenar, contoh kalau airasia korang blh terus ke KL Central tingkat atas..beli kat agen mahal pun lebihkurang extra rm30 hingga 50 je, tak silap aku la..kalau korang tak kesah blh je beli..berbanding korang beli online, harga yang dia tunjuk kat situ, jumlah tu la yang korang perlu bayar..sekarang ni banyak kaedah, kredit kat boleh, direct debit drpd akaun bank pun boleh contoh macam cimbklicks ataupan mybank2u..so kalau korang takde akaun cam ni, orang bukak la ya..senang siket, tak yah nak pegi beratur kat kaunter tuk bayar bill..



5. Elakkan shopping lebih lebih ketika beli online.
Ha!! yang ni untuk mereka yang beli tiket secara online. selalu berlaku kalau nak beli tiket airasia. ingat berbelanja mengikut keperluan. masa korang tenga bali tiket online korang akan dicadangkan oleh website tuh  untuk beli barang makanan ataupun barang barang lain melalui internet,..ok fine, mmg harganya agak murah berbanding kalau korang beli masa dalam kapal. tap kadang kadang barang tu tak perlu pun nak beli, ataupaun tak perlu nak beli banyak banyak...kat bawah pun ada jugak benda tuh. untuk mengelakkan rasa lapar dalam kapal korang bolehlah makan sebelum penerbangan bermula..makan yang biasa biasa je ok, jangn overloaded sudah. kang sakit perut pulak masa dalam kapal..adeehh!!
tapi kalau korang beli MAS atau penerbangn lain harga tiket dah termasuk dengn harga makanan, so sebab tu harga tiket tersebut agak sedikit mahal..



6. Berhati hati ketika membuat pembelian online.
Yang ni aku pernah kena sekali..tengok betul betul tarikh dan masa penerbangan time korang buat pembelian online. kalau boleh baca berulang kali. pastikan tarikh dan masa penerbanagn adalah sama seperti yang korang nak. sebab once dah beli, status penerbangan jugak dah conform. so, sebarang pertukaran tarikh dan masa akan dikenakan charge. lagi, contoh seperti airasia, dorng akan kenakan charge rm90 henggit tuk sebarang pertukaran dan charge beza harga tiket...maksud di sini, jika harga tiket yang korang dah beli tu rm100 then tukar tarikh baru yang korang nak harga RM200, so kena bayar RM90 plus RM100 plus new insurance dll..

Tutorial cara nak beli tiket kapal terbang online klik kat sini
Tutorial cara nak tukar tarikh dan masa penerbangan online klik kat sini

Ok itu jer yang aku ada. yang lain  lain korang pikir la sendiri...unless korang memang dah kaya dan tak perlu tahu benda ni tu lain cerita..hehehe...wa cau...

Jumaat, 4 Mac 2011

Gam uhu atasi rambut gugur..huhuhu..


gam uhu yang sangat pemes

aku pelik la..dua hari je bilik aku tak sapu, pastu banyak dah rambut yang aku jumpa jatuh berguguran atas lantai..tak de la banyak sangat..tapi kira banyak la jugak..hehe..

tiba tiba teringat pulak kes bekas naib canselor universiti terengganu (umt) saman yun nam hair care, ape ntah..tapi yang aku tau tribunal tuntutan pengguna malaysia soh yun nam bayar rm14900 tuk pensyarah tuh..kira menang kes la..
tapi bukan ini sebenarnya yang aku nak cakap...dan apa pulak kaitan diantara gam uhu dengan rambut gugur. sebenarnya TIDAK ADA apa apa kaitan, aku cuma bergurau..ngeee!!

nih aku nak bagi kongsi dengan korang tips untuk mengatasi keguguran rambut,..dah start risau ni..kang ntah pasal2 ada padang jarak padang tengkukur kat atas kepala uish!

pic ni tak de kena mengena dgn entri ni ok..saje nak letak tengok cam ne rupa pompuan kalau botak..:P

first, kita kena tau jugak faktor2 sebab munasabah apasal rambut kita ni berkeguguran ke bumi..antaranya ialah disebabkan faktor usia semakin meningkat, genetik yang diwarisi daripada orng tua, datuk nenek moyang , perubahan hormon dalam badan, pengambilan ubat ubatan, kekurangan nutrisi dan yang pompuan tu boleh disebabkan oleh putus haid dan yang baru lepas bersalin..nak tau detail, korang rajin2 la godek internet ya..

aku ni memang pemalas orangnya, masa buat entry ni ingatkan nak bagi penerangan panjang lebar..tapi disebabkan kemalasan menjelma secara tiba2, so aku just highlight je ok..kat bawah ni bukan methodoly, tapi ini ialah beberapa cara atau kaedah yang mungkin boleh digunapakai untuk merawat dan mengatasi keguguran rambut:

1. korang ambik bawang merah yang ada dalam dapur tu, pastu korang belah dua, sambil2 korang tengok drama sinetron tv korang tenyeh tenyehkan la bawang tu atas kepala..biar rasa wangi siket..

2. korang boleh jugak ambek buah keras, korang bakar hingga betuka color kuning pastu tumbuk sampai hancur then campur dengan minyak kepala kelapa. pastu sapu kat kelapa kepala bia 30minit then basuh ngn air bersih..

3. lagi korang boleh ambik daun inai, tumbuk hingga halus, campo dgn air asam jawa pastu tuang kat atas kepala, bia dulu stenga jam pastu barsihkan..

4. guna minyak kelapa darah pun boleh jugak...tah mana nak dapat, tapi kalau korang ada korang blh ambek satu sudu korang minum pastu satu sudu lagi korang gosok gosok atas kepala korng..

5. untuk rawatan dalaman pulak..ceeh!! dah macam pakar dah aku ni..ngeee.. rawatan dalam korang kena banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi dan protin. pastu makan jugak makanan yang ada omega 3 cam ikan solomon ke apentah, atau telor omega..

6. dan yang last..apa2 pun yang kita buat untuk orang islam kena dimulakan dengan bismillah..dan lagi best kalau disertakan dengan selawat sekali..insyallah kuranglah rambut yang gugur itu..

gaya rambut botak yang terkini..huhu cam best je kan..

try la, bagus kaedah tradisional ni..jangan terlalu banyak gunakan bahan kimikal, bahaya wey.. ok!! selamat MENCOBA..!!

ps: gam gajah pun banyak jual kat kedai

Khamis, 3 Mac 2011

Untuk orang baik


udin kawan yang baiek..
udin baru buat short entry besday ko..
wakakaka..
ni pun pic aku curi drpd blog ko,
aku mintak yang raw ko ndak mo bagi kan..
na rasakan aku curi sudah..

btw, congrats for being old already..
semoga diberkati tuhan dan dimurahkan rezki..
ornag tua dilarang nakal nakal,
bagi conth teladan yg baik kepada adek adek..
sperti biasa soalan maut..
bila mau kawin?, kubur kata mari rumah kata pergi sudah..
jgn mara udin nti tamba tuak kakakaka..

terimakasih sama si awie..
master planer surprise party ari tuh..
dia yang rancang ok, aku ikut jak,
dia jugak yang belanja kepsi tuh..
ihab jugak, thanks..
very supportive and sporting gilerrrr..
awie..tetetet...

exam ko dekat sudah kan udin..
gud luck aku ucapkan, dan semoga berjaya

ps:susah cari kawan yang betul betul blh buat kawan..

Babab.net