Wednesday, February 23, 2011

Bahaya Kandungan Racun Dalam Sayuran

Hari ni nak buat entry berilmiah pulak.. 

tau tak korang apa tu organophospates group?..tak tau..organochlorine dan synthetic pyrethroid? pun tak tau jugak..aku pun tak tau..baru je malam tadi tanya dengan mr. goooooogle, dia bagi jawapan berjela jela, penat aku nak baca, sampai pening kepala aku..

semalam belek belek click click report dalam PC masa kat tempat kerja, terjumpa perkataan tu, lantas terus aku google. rupanya chemical tu biasa digunakan pada tananam sayur, salah satu campuran bahan semburan racun mahluk perosak (pesticide) ataupun rumpai (herbicide) untuk mejadikan sayur tu nampak bergaya sihat walafiat masa jual kat pasar...

sebab malas nak tulis panjang panjang...pendek kata makanan yang kita makan telahpun desembur dengan racun..sangat terdedah ok..hehe sanggup korang makan racun, nak mampus ka apa..tau, semangat je makan sayur, sebab mak dan cikgu kata rajin rajin makan sayur supaya badan ko sihat..walla walla!!

nak sambung lagi, organophospates tu sangat bahaya ok..kalau korang makan boleh kena macam macam penyakit seperti ganguan sistem saraf pusat (pusat mana ntah aku tak tau), ganguan mental aka gila, penyakit pernafasan kronik, penyakit jantung, ganguan peredaran darah, hati, ginjal dan penyakit mata..
synthetic pyrethroid pun sama jugak..boleh kena autism iatu penyakit yang berkaitan dengan otak (ganguan mental lagi la tu), sleeping disorder termasuk ganguan fizikal, intelektual, physiology dan emosional..huhuhu.. pataut la ramai jer orang emo kat dunia ni..

ni baru dua jenis chemical aku sebut, ada banyak lagi bahan racun yang telah digunakan untuk sayur mayur ni.. sampai beratus ratus..tak mamapu aku nak merapu kat sini cakap pasal menatang tuh..

sebenarnya mana mana negara kat dunia ni rasanya la,ada menetapkan tahap racun dalam sayur sayur termasuklah buah buahan yang selamat untuk dimakan,we called it Minimal Residue Level (MRL) ..wah cakap omputeh kejap... nak tau lanjut pegi baca buku Akta Racun Mahluk Perosok Malaysia punya..


undang undang ada pun tapi selamat ka? tuh aku cakap sangat terdedah sebab tau tak racun racun yang ada kat pasaran tuh bnyak yang eligal punya, ntah datang daripada mana tah, Thailan ada, China pun ada..pas tu yang sembur tuplak orang antarabangsa yang diimport khas memang datang daripada luar negara punya.. Bangladesh ada, Nepal ada Indonesia pun ada..sembur punya sembur yang penting sayur mayur dorng tu subur sihat dan kuat..

ha, tau dah makan racun tapi aku tetap suka dngan sayur kankung tumis belacan.. lantak ko la, aku makan je..
mungkin sebab tu la jugak macam macam penyakait kat dunia ni, kanser la apa la, umur manusia pun makin pendak sebab banyak makan makanan yang beracun/chemical..slow release...mati pun slow slow..

so, jangan la kita makan sayur k, jangan order sayur, kalau jumpa sayur dalam makanan burger ka buang terus, jangan makan..pulak!! kalau nak makan pun tanya dulu penjual tu, ok ke tak, selamat tak untuk dimakan..mcam penjual tu tau je kan..

ini pandangan aku je la..ada banyak je sayur yang selamat dimakan kat market tuh..beli sayur yang belubang lubang yang dah dimakan ulat, jangan ambik yang lawa lawa, ambek yang hodoh hodoh punya..

dan kalau korng nak tau aku pun suka makan sayur jugak..ngeee..
lagi satu, kolau korang rasa info aku ni salah korang ignore je ar..buat duno..

tapi kalau betul korang tak nak makan sayur jugak, join kelab ni...klick sini, kau kau dia ni ANTI SAYUR ..

ps: nak pegi Jabatan Kimia Malaysia jap..

5 comments:

Shamsuddin Amin said...

tu la kan...
lagi slamat klo amik jer
kangkung kat
parit2 tepi umah....
x der racun pun...
subur menghijau lg.... hahaha
goreng pun sodap... LoL

PecahKata said...

MAFC punya entri kah ini? kehkehkeh.

Rahmatia said...

blakang rumah jiran mu 2 kan ada kangkong juga bu..x guna baja lg baja ori dia guna..subur n sihat walafiat juga 2

GiveAsh said...

udin and katty: kangkung parit tak main ok..
gce: terbaik punya MAFC..tp entry ni xda kaitan dgn MAFC ar..hehe

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

Terima kasih kerana mempromosikan Kelab Anti Sayur (KAS).

Sertailah Kelab Anti Sayur (KAS) http://www.facebook.com/kelabantisayur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!