Sunday, February 27, 2011

Bilionair sebaris Carlos Slim Helu dan Bill Gates

jom tengok pulak perkembangan semasa dunia..nih asik cakap benda yang bukan2 jer ni..AYOH kita alihkan pandangn pulak sedikit ke Afrika Utara..

kalau dalam news paper hari2 kuar berita pasal ketegangan di Libya sejak penentangan terhadap Muammar Gaddafi bermula di bandar Benghazi pada 15 Feb lalu. yang terbaru dikataka Gaddafi sedang melancarkan perang saudara terhadap penentang2nya...perdana mentri Libya itu juga dikatakan sedia membekalkan senjata kepada penyokong2nya dan yakin dapat mengalahkan mereka..huhuhu..nampakya ramai lagi la nyawa yang akan melayang..


Muammar Gaddafi macho gila!!

tindakan gadafi ini menyusul selepas US menyekat dan menyita aset ketua negara itu yang berada di Amerika dan empat orng anaknya. Obama hilang kepercayaan terhadap Gaddafi dan ketua negara itu harus bertanggungjawab atas tindakanya melangar hak asasi manusia.

akhbar tempatan hari ni melaporkan Gaddafi telah mengumpul harta kekayaanya dia Asia Tengara mencecah rm183 bilion ( AS$60 bilion)...fuh banyak gila seh!!..kekayaan ini meletakkan nama Gaddafi sebaris dengan bilionair seperti Carlos Slim Helu dan Bill Gates.

Angsa hitam yang menawan.


satu cerita yang korng mesti tengok bulan ni...bess wok!!.. sekarang tenga meletop letop kat pawagam malaysia sejak 24 haribulan ari tuh..dibintangi oleh natalie portman yang hot, mila kunis dan vincent cassel.

cerita genre drama/ misteri  mengisahkan seorang penari ballet swan lake nina (portman) menpunyai sisi terang (white swan) yang lebih dominan tetapi mampu menunjukkan sisi gelapnya (black swan) yang selama ini tidak pernah dia ketahui. konflik timbul apapbila sisi gelapnya yang muncul dalam keadaan terancam dan ia sendiri tidak mampu untuk mengawalnya..best best..rugi kalau tak tengok,..

ps: ramai sudah jadi angsa hitam..

Saturday, February 26, 2011

Thaisong, wheelchair dan perasaan kasihan

Ada orang duk sama flat tmpat aku tngal ni..kasian jer aku tngok dia, kurus je  duk atas wheelchair, OKU..aku perasan dlm kul smbilan dia mula lepak kat bawah dgn wheelchair dia..nampak dah kemas2 mcm baru lepas mandi..dia ni kira pemes jgk la kat kawasan ni, orang awam salu je borak dng dia, siap bagi rokok lagi tuh..

dulu masa mula2 tegur aku dia cita pasal life dia sebelum ni..sampai menangis nangis, sedih jugak aku tengok..walaupun duk atas wheelchair macam semua tempat area ni dia tau..dia cita je smua..kadang2 tu aku penat drpd keja sempat lagi dia nak borak dgn aku..

tapi nak tau, yang ni lagi kasihan..korang tau tak Thaisong? Haha...ni sejenis arak, aku pun baru tau..rasanya datang drpd thailan la kot..picture dia pun ada orang thailan menari, yang pakai topi tinggi tuh dgn kuku yang panjang. Aku pun tak pena baca lable dia.

ha..dia ni selalu mintak aku tolong belikan thaisong, aku tau dah mana kedai2 kat puchong perdana dgn puchong permai ni yang ada jual arak. harga dia lbh kurang rm3.50..kalau nak bli kena cakap camni..

'thaisong satu, kecik bulat, bungkus news'...


aku bukanya teruja pun nak tolong dia ni, pastu belikan arak untuk oku pulak tu..aku selalu je mengelak teserempak dgn dia, kalau dia tak nampak cepat2 aku memecut..ya la kott, aku ni bukan la alim sngat tapi atlist tau la aku benda2 yang haram cam ni kan..kadang2 tu dia siap cakap lagi penat tunggu aku...


'motor ada orang tara'..dengan logat india..pastu dengan muka sedih dia mintak tolong..


sebenarnya cam ni,dia cakap kat aku.. dia minum benda tuh sebagai ubat, dia tak blh tido kalau tak minum..terutamaya kalau hari hujan, tulang2 dia semua sakit..dia tak der pilihan, dia kena minum jugak. dia pena tnjuk kat aku banyak2 ubat..tp aku tak dengar sangat apa yang dia cakap..yang aku tau dia ni sakit. kalau dia mntak tolong akau tolong, tapi kalau sempat aku mngelak aku mengelak..aku selalu cakap 'takder orang lain ka yang blh belikan'...

gambar hiasan

untuk penjelasan daripada segi agama aku search google...jumpa blog Tanyalah Ustaz, dia menjelaskan 10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak. fuh!! terang2 aku kat situ..dah tak nak tolong dia doh!!  



ps: nak belajar sebut "tak hingin"  pada yang bersimpati

Thursday, February 24, 2011

Live in concert Maher Zain.


kat malaysia sekarang ni mmg tenga hangat dengan Maher Zain,..sapa tak kenal penyanyi and penulis lagu berasal daripada Lubnan..kat kl ni je, pegi mana2 pun dapat dengar lagu dia..pegi je Jalan TAR hampir semua kedai pasang lagu dia..hu! pemes betul mamat ni kan..

dengan lagu ingris dan arab kontemporari berkonsepkan ketuhanan kena sangat la dengan jiwa malaysian ni..album Thank You Allah popular dengan lagu Insha Allah, Baraka Allahu Lakuma, Awaken dan banyak lagi mmg sedap di dengar..aku pun sangat suka dengan lagu2 beliau ni..ngeee

nak kabar kabar kan, mungkin ramai dah tau..tapi aku saja nak bagi tau lagi. mamat ni nak datang shah alam buat live concert kat stadium malawati pada 25 dan 26 Febuary ni..harga tiket bleh tahan jugak, dijual daripada rm297-rm53..so datang la kalau nak datang, ramai2 bawak saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan..maklumat lanjut sila klick disini..cehh!! tolong promot siket,..cam aku ni pegi kan..

ps: thankyou Allah..

Laki nadia yang bongok..

Aku tak cukup tido sbb laki nadia (bukan nama sebenar) yang bongok tuh..

Aku ni kalau dah tido mmg tak blh dikejutakn..aku dah plan kalau aku tido jam cam ni so aku kena bangun jam cam ni..tp kalau aku dah dikejutkan aku mmg susah nak tido balik..
 
Dijadikan cerita, ada mamat ni..tak ingat dah nama dia sapa, tau laki nadia je..dia ni baru jer kawin minggu2 lepas, jiran aku jugak (dah la kawin tak jemput aku makan..cesss!!..) nak pijam motor, dia kata nak pegi ambik bajau pinjam kejap je pastu pulangkan dalam 10 mnt.
 
Aku mmg balik lewat malam sbb masa tu aku masuk keja petang..sampai2 je drpd tmpat keja trus dia sergah aku nak pinjam motor..nak gerak, lepastu dia cakap pinjam jaket sekali sbb sejuk..hampeh!!
 
Ok la fine, aku tunggu 10 mnt, nnti tak ya la dia nak kejutkan aku masa tido..aku mmg dah pesan kena pulangkan malam ni sbb esok pagi aku nak pakai motor tu, saja bagi alasan..then aku tak nak pulak esok sebok2 nak mintak balek kunci kat mak ipar dia yang tak mesra alam tuh..

Mmg tak blh harap, dia tak sampai2,..dlm lbh kurang kul 12 aku tertido..dua jam pas tu tepon aku mengaum..dlm keadaan mamai aku angkt tepon,..pas tu dia cakap..


'eh abu ko kat mana?..aku ketok2 rumah ko tak der pun...'
 
'ah ya aku...sapa ni ?'
 
'aku la laki nadia...nak pulangkan kunci motor'.
 
'Oh..ya bagi la..'
 
Tunggu...mana mamat ni..3 mnt pastu dia ketok pintu,...dia bg balik smua barang aku yang dia pinjam pastu motor dia parking kat mana ntah tak dengar sangat sbb ngtok gila babi mas tu..dah la tak mintak maaf sbb pulangkan lewat..pas tu blh pulak dia salahkan aku sbb lambat buka pintu..ayooh!
 
Eleh! Dia tu dah la pinjam tepon spare aku buat macam hak milik sndiri..tak reti nak pulangkan balik..jumpa dia malam tadi buat tak tau je...hampeh tul laki baru nadia ni!!
 

Ps: kumpul aset dulu baru nak kawin..

Wednesday, February 23, 2011

Bahaya Kandungan Racun Dalam Sayuran

Hari ni nak buat entry berilmiah pulak.. 

tau tak korang apa tu organophospates group?..tak tau..organochlorine dan synthetic pyrethroid? pun tak tau jugak..aku pun tak tau..baru je malam tadi tanya dengan mr. goooooogle, dia bagi jawapan berjela jela, penat aku nak baca, sampai pening kepala aku..

semalam belek belek click click report dalam PC masa kat tempat kerja, terjumpa perkataan tu, lantas terus aku google. rupanya chemical tu biasa digunakan pada tananam sayur, salah satu campuran bahan semburan racun mahluk perosak (pesticide) ataupun rumpai (herbicide) untuk mejadikan sayur tu nampak bergaya sihat walafiat masa jual kat pasar...

sebab malas nak tulis panjang panjang...pendek kata makanan yang kita makan telahpun desembur dengan racun..sangat terdedah ok..hehe sanggup korang makan racun, nak mampus ka apa..tau, semangat je makan sayur, sebab mak dan cikgu kata rajin rajin makan sayur supaya badan ko sihat..walla walla!!

nak sambung lagi, organophospates tu sangat bahaya ok..kalau korang makan boleh kena macam macam penyakit seperti ganguan sistem saraf pusat (pusat mana ntah aku tak tau), ganguan mental aka gila, penyakit pernafasan kronik, penyakit jantung, ganguan peredaran darah, hati, ginjal dan penyakit mata..
synthetic pyrethroid pun sama jugak..boleh kena autism iatu penyakit yang berkaitan dengan otak (ganguan mental lagi la tu), sleeping disorder termasuk ganguan fizikal, intelektual, physiology dan emosional..huhuhu.. pataut la ramai jer orang emo kat dunia ni..

ni baru dua jenis chemical aku sebut, ada banyak lagi bahan racun yang telah digunakan untuk sayur mayur ni.. sampai beratus ratus..tak mamapu aku nak merapu kat sini cakap pasal menatang tuh..

sebenarnya mana mana negara kat dunia ni rasanya la,ada menetapkan tahap racun dalam sayur sayur termasuklah buah buahan yang selamat untuk dimakan,we called it Minimal Residue Level (MRL) ..wah cakap omputeh kejap... nak tau lanjut pegi baca buku Akta Racun Mahluk Perosok Malaysia punya..


undang undang ada pun tapi selamat ka? tuh aku cakap sangat terdedah sebab tau tak racun racun yang ada kat pasaran tuh bnyak yang eligal punya, ntah datang daripada mana tah, Thailan ada, China pun ada..pas tu yang sembur tuplak orang antarabangsa yang diimport khas memang datang daripada luar negara punya.. Bangladesh ada, Nepal ada Indonesia pun ada..sembur punya sembur yang penting sayur mayur dorng tu subur sihat dan kuat..

ha, tau dah makan racun tapi aku tetap suka dngan sayur kankung tumis belacan.. lantak ko la, aku makan je..
mungkin sebab tu la jugak macam macam penyakait kat dunia ni, kanser la apa la, umur manusia pun makin pendak sebab banyak makan makanan yang beracun/chemical..slow release...mati pun slow slow..

so, jangan la kita makan sayur k, jangan order sayur, kalau jumpa sayur dalam makanan burger ka buang terus, jangan makan..pulak!! kalau nak makan pun tanya dulu penjual tu, ok ke tak, selamat tak untuk dimakan..mcam penjual tu tau je kan..

ini pandangan aku je la..ada banyak je sayur yang selamat dimakan kat market tuh..beli sayur yang belubang lubang yang dah dimakan ulat, jangan ambik yang lawa lawa, ambek yang hodoh hodoh punya..

dan kalau korng nak tau aku pun suka makan sayur jugak..ngeee..
lagi satu, kolau korang rasa info aku ni salah korang ignore je ar..buat duno..

tapi kalau betul korang tak nak makan sayur jugak, join kelab ni...klick sini, kau kau dia ni ANTI SAYUR ..

ps: nak pegi Jabatan Kimia Malaysia jap..

Monday, February 21, 2011

ko memang tak blh bercinta cinta..

Eh tetiba teringat dgn blog aku ni, wujud lagi rupanya..ingatkan hilang dah. Kalaula ia umpama seperti bilik sudah tentu ia dipenuhi dgn setebal satu inci habuk dan dihiasi dgn sawang sawang yang indah..tak pun ditumbuhi dgn kulat yang mungkin sedap untuk dimakan..fuh tak blh bla imajinasi aku ni..haha..

Daripada aku begolek golek atas sofa update fb..baik aku update blog pulak. Kalau blog blh merapu panjang siket..lagipun fb makin lama smakin boring la..ntah!!

Ni baru balik dripd lepak dengan kengkawan..seronok jugak dah lama tak lepak sesama, makan ramai ramai bersekutu..gelak kuat kuat tanpa mengiraukan jiran sebelah meja..maafkan kami encek jiran..hehehe

Sebenarnya aku nak cakap pasal kawan kawan aku ni..yang dorng CAKAP aku ni tak blh ada gf sekarang...kalau nak pun tunggu blakang blakang sebab aku ni asyik busy je memnjang..bnyak abiskan masa di tempat kerja dan merenung tigkap (ntah apa yg dorng pikir pasal aku)..tambah mereka lagi, aku tak blh ada komitmen, susah nak kuar becinta cinta..adeey!!


Bila aku pikir pikir betul jgk apa yg dorng CAKAP tuh..tp peliknya tak jgk aku kaya kaya.. Plus mungkin dorang consider jugak dgn perangai aku ni yang ntah bila nak matang yang benar benar matang..tapi bukan 'menatang aka binatang tu ok'.haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!